Baru-baru ni, pada 7 Julai, sekolah kita sekali lagi berpeluang untuk mewakili negeri Pahang ke Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran di SMKA Maahad Muar. Alhamdulillah. Sekolah kita telah mewakili Pahang sejak tahun 2007 lagi sehinggalah kini. Walaupun belum berpeluang menjuarai pertandingan, tetapi kita merasa sangat bertuah dan bersyukur kerana sekolah kita telah ditakdirkan Allah untuk menjadi wakil negeri setiap kali festival nasyid dianjurkan. Pencapaian terbaik ialah pada tahun 2009. Pada tahun itu kita telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan seumpanya yang diadakan di Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan. Walaupun nasib tidak menyebelahi kita lagi pada tahun ini, kita doakan semoga pasukan nasyid Soutun Nasihah akan buat yang lebih baik dan terbaik seterusnya berpeluang menjadi juara, insya Allah.
assalam'alaikum
ReplyDeleteboleh saya tahu bila tarikh festival nasyid 2012 peringkat negeri pahang diadakan?