Pages

Saturday, 19 May 2012

Kejohanan Boling Hari Guru

Acara wajib! Tidak sah sambutan Hari Guru SMK Bukit Rangin kalau tidak main boling. Kali ini di Kuantan Plaza. Ramai juga `jaguh-jaguh' baru yang turut serta seperti Tuan Haji Zaimi (Pengetua), Pn. Haniliza (PK Pentadbiran), Pn. Sharifah Ruthpa'aiyah, Pn. Norashida, Pn. Nor Azizah Bakri dan Pn. Nor Zalina. Meriah seperti kebiasaan, masing-masing menunjukkan `kehandalan' bersama rakan sepasukan.

Pelbagai aksi dapat disaksikan sepanjang kejohanan ibarat `menyusur lalu, melintang patah'!  Azam, semangat, kemahiran, `trial & error', lawak dan sorakan - semuanya menjadi satu. Begitulah kejohanan setahun sekali. Kemenangan perkara kedua. Apa yang penting kerjasama dan hubungan silaturrahim sesama warga kerja SMKBR merupakan perkara utama yang menjadi matlamat.








Keputusannya................

Terbaik kumpulan:
  1. Kumpulan Zulafandi
  2. Kumpulan Hanafiyeh
  3. Kumpulan Mahmudin

Terbaik Individu Lelaki:
  1. En. Mohd Hanafiyeh
  2. En. Mahmudin
  3. En. Zulafandi
Terbaik Individu Perempuan:
  1. Pn. Asnor Samiza
  2. Pn. Sharifah Ruthpa`aiyah
  3. Pn. Normysita bt Mohamed Mokhtar
Tahniah kepada yang menang!
Yang tidak menang, esok masih ada @ tomorrow never die....

Jumpa lagi tahun depan...........
Selamat Hari Guru!

No comments:

Post a Comment