Seramai 169 orang murid telah berdaftar kemasukan ke Tingkatan 1 di BRASS. Murid-murid ini datang dari sekolah rendah berdekatan iaitu SK Sungai Isap dan SK Bukit Rangin. Mereka ditempatkan di 6 buah kelas seperti kebiasaan. Hampir kesemua murid ditemani ibu bapa masing-masing melalui proses pendaftaran, taklimat, pembelian kelengkapan sekolah di Koperasi Sekolah dan pengambilan buku teks di bilik SPBT. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang ke BRASS. Selamat belajar di BRASS. Semoga anda bakal mencipta sejarah baru di sini dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment