Pages

Friday, 11 September 2020

TUISYEN RAKYAT @ KKLW

Program Tuisyen Rakyat yang diterajui oleh Yayasan Pelajaran MARA ini merupakan kemudahan kelas bimbingan tambahan yang diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar calon SPM & UPSR daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar. Objektifnya adalah untuk meningkatkan tahap penguasan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik, sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan. 

Berkonsepkan kelas tuisyen secara berpusat, ianya dilaksanakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), atau sekolahsekolah terpilih sebagai tuan rumah dengan setiap pusat tersebut akan disertai oleh 100 orang pelajar. Pelaksanaannya adalah berkonsepkan Corporate Sosial Responsibility (CSR) oleh agensi-agensi di bawah KKLW sebagai agen pelaksana. (Klik link untuk maklumat lanjut).

BRASS melahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan MARA kerana meneruskan program ini untuk kecemerlangan generasi hadapan. Semoga semua murid yang terlibat mengambil peluang keemasan ini untuk kecemerlangan peperiksaan SPM yang akan datang. 



No comments:

Post a Comment