Pages

Monday, 11 July 2022

UJIAN SEGAK KEMBALI LAGI!

SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan

Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008 yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun. Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos. Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK, iaitu:

šŸ’„Pengiraan Indeks Jisim Badan
šŸ’„Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit
šŸ’„Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai
šŸ’„Ujian Ringkuk Tubi Separa
šŸ’„Ujian Jangkauan Melunjur
















No comments:

Post a Comment