WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN MURID
TARIKH: 3/4/2023
HARI: ISNIN
MASA: 7.40 A.M - 8.40 A.M
TEMPAT: DEWAN BITARA
![]() |
Ketua Pelajar : Muhd Luqman Bin Rokman |
![]() |
Pen. Ketua Pelajar: Hasya Bt Saiful Azlan |
10 sifat yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin menurut Islam:
π’ Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh yang boleh merosakkan kepimpinan.
π’ Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai-bagai sudut.
π’ Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.
π’ Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.
π’ Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).
π’Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada manusia.
π’ Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada orang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.
π’ Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.
π’ Mempunyai sifat sabar yang tinggi.
π’ Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).
πSUMBER: https://akpdppm.wordpress.com/2016/11/29/ciri-ciri-dan-akhlak-kepimpinan-dalam-islam/
No comments:
Post a Comment