Sejarah Sekolah
SMK Bukit Rangin mula dibuka pada 1 Januari 2001 dan menumpang di SK Bukit Rangin yang terletak di lebuh pintas Kuantan - Terengganu. Bilangan pelajar di SMK Bukit Rangin pada 31 Januari 2001 adalah seramai 340 orang dan 24 orang guru serta 3 orang staf sokongan.
Pada November 2001, banjir besar telah melanda kawasan Sungai Isap dan Permatang Badak.
Berikutan banjir tersebut, seluruh kawasan perumahan dan sekolah termasuk bangunan SMK Bukit Rangin yang baru dibina telah ditenggelami air.
Pada 1 Januari 2002, SMK Bukit Rangin telah berpindah ke bangunan sendiri yang baru dibina.
..................................
Lagu Sekolah
Kami pelajar SMK Bukit RanginSentiasa berusaha mengejar jaya
Belajar berbakti gembeling tenaga
Jadi tunggak amalan bersama
Guru-guru cemerlang penggerak wawasan
Pelajarnya gemilang punya kesungguhan
Cendekia... Terampil... berEtika...
Perpaduan bangsa terpelihara
Berusaha kami terus berusaha
Demi SMK Bukit Rangin nan tercinta
Jasamu guru amat bermakna
Pasti kami amalkan bersama
SMK Bukit Rangin sekolah nan indah
Berdiri megah kebanggaan semua
Menjunjung cita daulatlah bangsa
Pelajar cemerlang sekolah ternama (2x)
Pelajar cemerlang... sekolah ternama...
Lirik : Pn. Noraini bt Zakaria
Lagu : En. Rabiul Awal
....................................
Bendera Sekolah
Biru
Kesatuan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin dalam setiap aspek.
Putih
Keluhuran warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin yang terdidik untuk menjadi manusia Cendekia, berEtika dan berkeTerampilan.
Tiga Garis Lurus
Tiga garis lurus selari dengan Falsafah Pendidikan Sekolah, Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara menjadi teras menuju kecemerlangan sekolah.
..............................
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan sekolah terdiri daripada tiga program, setiap satunya bertujuan untuk menyerlahkan potensi pelajar ke tahap optima dalam bidang kurikulum, kokurikulum, bina insan dan keceriaan berasaskan falsafah sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (PFK).
Program Kurikulum
Antara matlamatnya termasuklah:
- Pencapaian PMR: 100% lulus, 10% cemerlang (semua A) dan minima GPS 2.00
- Pencapaian SPM: 100% - semua pelajar layak mendapat sijil SPM, 5% cemerlang (semua A) dan minima GPS 4.50
- Mempertingkatkan 60% pelajar berorientasikan Sains dan 40% berorientasikan Sastera menjelang 2010
- Melaksanakan kebestarian pengajaran dan penbelajaran demi mencapai matlamat KBSM
- Memberi kemudahan dan menjadikan sekolah sebagai tempat rujukan secara koperatif dan kolaboratif
- Meningkatkan keterampilan berkomunikasi hingga ke taraf antarabangsa
Program Kokurikulum
- Penyertaan pelajar dalam sukan dan permainan:
Peringkat MSSD/Daerah: 100 peserta
Peringkat MSSP/Negeri: 10 peserta
Peringkat MSSM/Kebangsaan: 5 peserta
Peringkat Antarabanngsa: 1 peserta - Melaksanakan program terancang untuk melahirkan pelajar yang harmonis dan berketerampilan
- Memberi pendedahan yang luas kepada pelajar melalui pertandingan dan aktiviti
Bina Insan dan Keceriaan
Program ini melibatkan:
- Melaksanakan program Bina Insan kaunseling secara terancang dan dinamik
- Mewujudkan kecemerlangan ilmu, keupayaan mercerna minda dan terangsang untuk beramal demi mewujudkan budaya yang sihat
- Mewujudkan persekitaran yang ceria untuk dijadikan pemangkin ke arah pembelajaran bestari
- Menanam dan memupuk sikap prihatin dan baik budi dialam kalangan semua warga SMK Bukit Rangin demi mengukuhkan semangat kecintaan, harmonis dan berakhlak mulia.
.............................
Falsafah Sekolah
Pendidikan di SMK Bukit Rangin adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan kamil. Usaha yang menyeluruh dan berterusan ini adalah dengan harapan agar pelajar berjaya menjadi insan yang Cendekia, berEtika dan berkeTerampilan seterusnya menjadi ahli masyarakat yang dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan ummah dan perpaduan negara.
.............................
Slogan Sekolah
'Menuju Kecemerlangan'
Bermaksud setiap warga SMKBR perlu mempunyai iltizam, semangat, jati diri dan keyakinan serta kesungguhan untuk berjaya dan cemerlang dalam setiap bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah, keceriaan dan pengurusan pentadbiran. Kejayaan ni akan melahirkan para pelajar yang mampu menghasilkan pencapaian bertaraf dunia.
...........................
Moto Sekolah
Cendekia
- Warga SMK Bukit Rangin merupakan warga yang mempunyai daya intelek, berakal, terpelajar dan bijak merealisasikan aspirasi agama, bangsa dan negara sesuai dengan perkembangan semasa.
BerEtika
- Warga SMKBR merupakan warga yang memiliki nilai akhlak yang tinggi, berpegang kepada peraturan, prinsip-prinsip dan nilai-nilai agama dalam semua tindakan dan tingkah laku.
BerkeTerampilan
- Warga SMKBR merupakan warga yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berkebolehan dan mampu menonjolkan diri sebagai insan yang dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara.
.................................
Logo Sekolah
Warna-warna utama dipilih berdasarkan warna-warna yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu merah, putih, kuning dan biru. Terdapat juga warna hitam dan putih yang juga merupakan warna pada bendera negeri Pahang.
Merah: lambang keberanian dan kekuatan mental serta fizikal yang perlu ada pada diri pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta sahsiah.
Biru: lambang keharmonian dan kelembutan jiwa pelajar untuk dididik, dibentuk dan diasuh menjadi warganegara Malaysia yang mampu bersaing dalam dunia global hari ini serta beretika dalam komuniti masyarakat.
Kuning: lambang kedaulatan dan ketaatan kepada Raja dan Negara serta keluhuran Perlembagaan Malaysia.
Ciptaan : Pn. Tuti Malindawati bt Muslim Tandjung
SMK Bukit Rangin Kuantan
Ciptaan : Pn. Tuti Malindawati bt Muslim Tandjung
SMK Bukit Rangin Kuantan
No comments:
Post a Comment