Yayasan Kepemimpinan Perdana merupakan suatu yayasan yang ditubuhkan untuk mengkaji kepemimpinan Malaysia dan tugasnya dalam pembangunan negara. Pertandingan esei kali ini ialah kali kedua pertandingan ini diadakan. Kali pertama pertandingan ini diadakan adalah pada tahun 2006.
SMK Bukit Rangin telah menghantar satu penyertaan oleh Nurul Nadiah binti Nordin. Eseinya bertajuk '100 Years is How Far We've Come' dan dia telah mendapat tempat kedua dalam kategori menengah rendah. Hadiah yang diperoleh termasuklah RM500 tunai daripada Bank Rakyat, baucer kedai buku MPH bernilai RM300 serta iPod nano 16GB bernilai RM719.
Nurul Nadiah menerima hadiah daripada Tun Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali.
Nurul Nadiah bersama pemenang-pemenang lain kategori menengah rendah: Joy Hii Mei Xin dari SMK St Columba, Miri, Sarawak (tempat pertama, tiga dari kanan) dan Tarvinder Kaur a/p Gogisar Singh dari SMK Gunung Rapat, Perak (ketiga, dua dari kanan).
Nurul Nadiah bersama guru-guru SMKBR.
Turut menghadiri majlis ini ialah bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang juga Presiden Terhormat Yayasan Kepemimpinan Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim (kanan) yang juga menjadi ketua hakim pertandingan ini.
Maklumat lanjut boleh ditemui di pautan (link) ke laman web Yayasan Kepemimpinan Perdana. Esei '100 Years is How Far We've Come' boleh dimuat turun (download) daripada pautan (link) ini.