MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 30 September 2020

ALHAMDULILLAH... SYABAS & TAHNIAH


1. Syabas & Tahniah Cikgu Wan Kamarul Ariffin dan anak didiknya Mohd Ariff Fitri  dari Kelas 1 Dedikasi telah berjaya mewakili Negeri PAHANG dalam pertandingan Mencipta Lirik & Lagu Antidadah ke Peringkat Kebangsaan anjuran bersama AADK & KPM.




2. Alhamdulillah Rezeki Milik Kita ☺️ .... Pelajar BRASS Athirah bt Ridzuan dan Airene Najihah bt Azhari Johan Tokoh NILAM Daerah Kuantan... Mereka akan mewakili Daerah Kuantan ke Peringkat Negeri pada tahun hadapan.
Terima kasih Guru PSS Pn Sapura dan para Guru Pembimbing Pn Nurul Rozalin, Pn Zaharah dan Pn Rosliza, Semoga kejayaan milik mereka di Peringkat Negeri nanti InshaAllah.






Friday 11 September 2020

TUISYEN RAKYAT @ KKLW

Program Tuisyen Rakyat yang diterajui oleh Yayasan Pelajaran MARA ini merupakan kemudahan kelas bimbingan tambahan yang diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar calon SPM & UPSR daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar. Objektifnya adalah untuk meningkatkan tahap penguasan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik, sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan. 

Berkonsepkan kelas tuisyen secara berpusat, ianya dilaksanakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), atau sekolahsekolah terpilih sebagai tuan rumah dengan setiap pusat tersebut akan disertai oleh 100 orang pelajar. Pelaksanaannya adalah berkonsepkan Corporate Sosial Responsibility (CSR) oleh agensi-agensi di bawah KKLW sebagai agen pelaksana. (Klik link untuk maklumat lanjut).

BRASS melahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan MARA kerana meneruskan program ini untuk kecemerlangan generasi hadapan. Semoga semua murid yang terlibat mengambil peluang keemasan ini untuk kecemerlangan peperiksaan SPM yang akan datang. 



Friday 4 September 2020

MAJLIS GRATITUDE BRASS 2020 @ SWISS GARDEN RESORT KUANTAN

 



Majlis diadakan sebagai menandakan kesyukuran pihak sekolah atas beberapa perkara antaranya selepas bercuti lama akibat Covid-19, Hari Guru yang tertangguh dan Hari Kebangsaan. Tema kali ini ialah rona hitam dan putih sebagai tanda negeri Pahang dan sebagai melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi bersusaian dengan suasana segar di Cafe Swiss Garden Resort. Semoga negara kita terus aman dan bebas dari virus merbahaya Covid-19.

























Wednesday 2 September 2020

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 untuk daerah Kuantan diadakan di Kompleks Sukan UMP Gambang dengan dirasmikan oleh YB Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II yang juga ahli Parlimen Paya Besar. Turut hadir ialah Tuan Haji Miftah bin Haji Surif, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan dan Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Pendidikan Pahang. Tahniah kepada semua penerima BRASS iaitu Cik Asnarita bt Tarmizi, Pn Suzana bt Hassan, Pn Norziah bt Johod, Tn Hj Mohd Puzi bin Mohd Zahari, Pn Nurul Rozalin bt Hamzah dan Pn Asiah bt Jusoh. Teruskan kecemerlangan anda untuk kecemerlangan anak bangsa. Klik pautan https://www.youtube.com/watch?v=_-cbzKrNpiY untuk melihat video menonton video penyampaian yang dimuatnaik oleh PPD Kuantan menerusi Youtube.