MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 9 October 2020

TERIMA KASIH DAUN KELADI TUAN

Alhamdulillah... Rezeki PSS AL-FURQAN, mendapat sumbangan sebuah komputer drpd YB Ustaz Tarmizi, Adun Panching.








Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020 (MUSIM COVID-19)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020 (MUSIM COVID-19)













      Selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM 2020 kepada semua pelajar Tingkatan 5. Buatlah yang terbaik dan semoga berjaya dengan cemerlang!  Peperiksaan percubaan peringkat sekolah ini bermula dari 30 September 2020 dan berakhir pada 14 Oktober 2020. Amat penting bagi calon-calon spm mengaplikasikan pengetahuan, teknik menjawab soalan yg dibekalkan oleh guru. BRASS SUPERB !!!

#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang

ANUGERAH BITARA & PELANTIKAN PEGAWAS INTERIM

 ANUGERAH BITARA & PELANTIKAN PEGAWAS INTERIM


Tarikh : 28 Sept 2020

Hari : Isnin

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Bitara

VIP : Tn Hj Abdul Razak b Hj Ahmad


                  Syabas dan Tahniah!! Kepada semua penerima hadiah, .Teruskan kecemerlangan anda. Nilai kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi pengiktirafan yang begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-rakan yang tidak menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak kalian akan dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

                Kepada Pengawas sekolah pula, Anda berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa dalam keadaan yang terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Jadilah Khalifah yang akan membantu ke arah kebaikan.