MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 30 July 2011

Puan Maznah

29 Julai 2011. Tahniah kita ucapkan kepada Puan Maznah kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Gudang Rasau. Kesempatan Pot-Luck di Bilik Guru diambil untuk menyampaikan sedikit cenderamata penghargaan kepada beliau. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Puan Maznah, semoga menjadi PK HEM yang cemerlang!

Cenderamata daripada PIBG

Cenderamata daripada Kelab Staf

Cenderamata daripada Unit Disiplin

Kursus Haji

29 Julai 2011 - Dewan Bitara. Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)." - Wikipedia (klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang ibadat Haji)
         Teruja sungguh bila menyaksikan replika Kaabah yang dibawakan oleh pihak Tabung Haji. Tengok replika saja pun dah terasa sebak inikan pula kalau berpeluang menyaksikan Rumah Allah itu yang sebenar. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang berjaya merealisasikan program yang dirancang. Semoga murid-murid dapat memahami dan menghayati pengisian yang diterima.








Thursday 21 July 2011

Kejohanan Olahraga Kali Ke-9


17 Julai 2011 - Padang Sekolah. Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan peristiwa penting dalam kalendar aktiviti sekolah. Aktiviti yang diadakan setiap tahun ini mampu menggabungkan semua warga sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan. Selain itu pelajar-pelajar didedahkan dengan pengelolaan dan pengurusan sukan melalui penglibatan mereka sebagai atlit dan pembantu guru atau pegawai kejohanan.

MATLAMAT
1. Penyertaan 100% pelajar dalam aktiviti olahraga dan pengurusan sukan.
2. Meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecergasan fizikal pelajar

OBJEKTIF
1.       Melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat sekolah.
2.      Melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan dan sihat.
3.      Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat di kalangan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh.
4.      Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.
5.      Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti sukan.
6.      Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya atau profesion.
7.      Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.

Perasmian Pembukaan








Rumah Sukan




Acara Balapan



Larian Guru

Tarik Tali Guru dan Murid





Penyampaian Hadiah






Olahragawan dan Olahragawati


Juara Keseluruhan - Laksamana Gagah Perkasa.

Tahniah! Nampaknya rumah sukan Laksamana masih lagi bermaharajalela. Menjadi juara untuk 3 tahun berturut-turut! Berbaloi memang berbaloi. Guru-gurunya yang bertungkus lumus penuh Laksamana menyiapkan rumah sukan sehingga pukul 11 malam akhirnya dinobatkan sebagai Juara. Tak dinafikan...memang cantik dan gah. Ditambah pula dengan ramainya atlet di kalangan ahli Laksamana, mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai rumah sukan terbaik keseluruhan bagi tahun 2011.
Sehingga jumpa lagi tahun depan, insya Allah.
Sukan Untuk Semua.

Wednesday 20 July 2011

Formula 1:3:7

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/07/15

Kes disiplin pelajar wajib selesai dalam seminggu di semua peringkat

KUALA LUMPUR: Berikutan kelewatan menangani beberapa kes disiplin di sekolah sejak kebelakangan ini, Kementerian Pelajaran menetapkan supaya kes disiplin murid wajib diselesaikan dalam tempoh tujuh hari pada semua peringkat.

Tempoh itu bagi penyelesaian kes dalam bidang kuasa pentadbiran sekolah, pejabat pelajaran daerah (PPD) dan jabatan pelajaran negeri (JPN), di bawah pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) 1:3:7 (hari pertama, ketiga, ketujuh) Pelaporan Dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid. Penyelesaian itu termasuk tindakan perlu diambil mahu pun hukuman atau penyelesaian lain yang sudah dilakukan selain memaksimumkan kepuasan hati pihak terbabit.

Bagaimanapun jika kes itu membabitkan pihak berkuasa lain seperti pendakwaan di mahkamah, maka tempoh proses terbabit tidak dikira dalam pelaksanaan SOP berkenaan.

Berdasarkan SOP itu, insiden yang memerlukan kesegeraan dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada hari pertama meliputi kes berunsur jenayah, kelucahan melampau, keracunan makanan, kemalangan serius, bencana, buli, pergaduhan, isu perkauman, pandemik (contohnya H1N1), histeria atau isu lain yang perlu dilaporkan segera pada pandangan pengetua atau guru besar.

Panduan pelaksanaan SOP itu terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 bertarikh 28 Jun lalu yang ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, serta dimuat naik dalam laman web Kementerian Pelajaran sejak Selasa lalu. Abd Ghafar berkata, ada kes disiplin murid yang berlaku di sekolah lambat ditangani sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dan menjejaskan reputasi serta prestasi sesebuah sekolah, malah kementerian.

“Selain itu, ada juga kes atau insiden yang hanya dilaporkan kepada kementerian selepas beberapa hari berlaku atau selepas diminta kementerian.

“Hal ini menggambarkan kelemahan pengurusan semua peringkat dalam menangani isu ini,” katanya dalam surat pekeliling ikhtisas itu.

Sejak kebelakangan ini, ada isu disiplin murid yang disiarkan di media massa terlebih dulu, membuktikan kelewatan JPN/PPD melaporkan kes itu kepada kementerian.

“Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang gagal bertindak segera menghubungi Kementerian Pelajaran amat dikesali dan perlu diperbetulkan,” katanya.

Pelaksanaan SOP itu juga untuk menilai prestasi sesebuah sekolah, PPD dan JPN dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani masalah disiplin murid.

Mengikut SOP itu, laporan mengenai insiden disiplin murid hendaklah disampaikan segera oleh JPN kepada kementerian, iaitu pada hari kejadian jika berlaku di sekolah; pada hari kes tersebar melalui media massa jika berlaku di luar sekolah, ketika cuti atau di luar pengetahuan pihak sekolah; dan jika berlaku di luar sekolah atau ketika cuti di mana pihak sekolah mengetahuinya, maka hendaklah segera menyampaikan maklumat atau laporan kepada JPN.

Enam langkah yang mesti diambil sebagai tindakan dan penyelesaian kes disiplin iaitu pertama membabitkan sekolah - siasat kes, ambil tindakan awal, buat laporan awal ke PPD atau terus ke JPN (bagi negeri tiada PPD), manakala bagi kes atau insiden serius, sekolah perlu terus lapor ke JPN.

Langkah kedua (PPD) - menyemak maklumat daripada sekolah dan siasat, menghantar laporan awal ke JPN berserta ulasan dan pandangan awal PPD, membantu sekolah menyelesaikan masalah termasuk tindakan wajar, sementara bagi kes atau insiden serius, PPD boleh lapor terus kepada JPN atau kementerian.

Langkah ketiga (JPN) - menyemak maklumat daripada PPD dan siasat jika perlu, serta menghantar laporan awal ke kementerian berserta ulasan dan pandangan awal JPN.

Langkah keempat (JPN) - menjalankan siasatan selanjutnya dan menghantar laporan penuh kepada kementerian, termasuk tindakan yang sedang, akan atau sudah diambil oleh pihak terbabit.

Langkah kelima (kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian/BPSH) - membuat ulasan dan pandangan terhadap laporan JPN, membawa laporan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, jika perlu tindakan lanjut maklumkan kepada JPN untuk dibuat, dan JPN melaporkan semula kepada BPSH.

Langkah keenam (BPSH) - mengkaji laporan akhir JPN serta menentukan tindakan dari segi dasar operasi kementerian.


Capaian lain:
* ISU DISIPLIN : FORMULA 1:3:7 SELESAI KES DISIPLIN PULIH REPUTASI SEKOLAH
* Minda Pengarang: Formula 1:3:7 selesai kes disiplin pulih reputasi sekolah
* Syor wujud penolong kanan disiplin 

Tuesday 12 July 2011

Festival Nasyid

Baru-baru ni, pada 7 Julai, sekolah kita sekali lagi berpeluang untuk mewakili negeri Pahang ke Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran di SMKA Maahad Muar. Alhamdulillah. Sekolah kita telah mewakili Pahang sejak tahun 2007 lagi sehinggalah kini. Walaupun belum berpeluang menjuarai pertandingan, tetapi kita merasa sangat bertuah dan bersyukur kerana sekolah kita telah ditakdirkan Allah untuk menjadi wakil negeri setiap kali festival nasyid dianjurkan. Pencapaian terbaik ialah pada tahun 2009. Pada tahun itu kita telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan seumpanya yang diadakan di Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan. Walaupun nasib tidak menyebelahi kita lagi pada tahun ini, kita doakan semoga pasukan nasyid Soutun Nasihah akan buat yang lebih baik dan terbaik seterusnya berpeluang menjadi juara, insya Allah.