MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 28 November 2022

KILAUAN EMAS DI UNIKL

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Inovasi BRASS di bawah bimbingan Puan Asnor Samiza Bt Mohd Salleh kerana telah memenangi pingat emas dalam  International Research,Conference & Innovation Exhibition 2022 (IRCIE) dengan hasil inovasi mereka iaitu  Greentors: a green corrosion inhibitors for anti-corrosion activity. Berikut merupakan pelajar-pelajar yang telah menyertai pertandingan tersebut :

💥Alyaa Amani binti Nezrul Hisyam 

💥Hasya binti Saiful Azlan

💥Alya Safura binti Abdul Syukor

💥Aishya Nabila binti Abdul Syahid

💥Muhammad Hakimi bin Abdul Manap


Pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Alhamdulillah 💗





🍀FASCINATING FACTS ABOUT GREENTORS 🍀

✎can prevent the corrosion and prolonging the time from which corrosion will occur.

✎is made up from henna leaves extract and domestic waste.

✎Henna consists of four main constituents which are Lawsone, gallic acid, D-glucose and tannic acid.

. ✎The extracts from Henna leaves were found to be cheap, environmental friendly and good corrosion inhibitors.


say no to corrosion with GreenTors👍

p/s: Lepasni admin nak beli 'GreenTors' ni dengan Cikgu Asnor. Maklumlah kadang-kadang perabot besi mudah berkarat terutamanya apabila terkena air banjir. Jadi, admin nak guna Greentors ni supaya perabot rumah admin kekal cantik dan tahan lama😁👍

Saturday 19 November 2022

PRU VIBES

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab anda? Admin sudah, anda bila lagi?? hihi

SMK Bukit Rangin telah menjadi pusat pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 15 dan admin berasa  teruja kerana dapat melihat persiapan serta suasana pusat pembuangan undi di sekolah admin serta di negeri-negeri lain melalui gambar-gambar yang telah dikongsi oleh rakan-rakan guru serta sahabat-sahabat lama admin. Terima kasih atas perkongsian 😊
Apa yang menarik ialah ketika berada di pusat pembuangan undi, admin telah terserempak dengan 'crush' zaman sekolah admin. Ewahhhh!!! Kenangan lama kembali menjelma! Harap admin tidak tersilap pangkahlah😂. 
Apa-apapun, admin bersyukur kerana telah menjalankan tanggungjawab admin dan semoga kerajaan baru yang dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia nanti akan mampu memimpin dan mentadbir negara ini berlandaskan syariat Islam seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan serta kekal aman dan makmur. InsyaAllah

@SMK Bukit Rangin

@SMK Paya Besar

@Sekolah Agama Muhammadiah, Kg Kolam,
Bachok Kelantan

@SK Panching Utara

Kak Tini (bekas staff BRASS) dan rakan
 @SK Sg Isap Murni

@SK Sg Isap

@Jengka

@Putrajaya

@SK Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan

@SK Sg Talam

@SK Temerloh Jaya


Semoga Allah mengurniakan kepada kita pemimpin yang adil dan mereka dapat membawa kita semua bersama-sama ke syurga-Nya yang kekal abadi. InsyaAllah

Friday 18 November 2022

BANTUAN PRIHATIN

 BANTUAN PRIHATIN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 BERJUMLAH RM100. ALHAMDULILLAH, SYUKUR 😊







SEMOGA PELAJAR-PELAJAR MENGGUNAKAN WANG YANG DIBERIKAN UNTUK PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT. 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022

GOOD LUCK!
HWAITING!
GANBATTE!












JADUAL GURU BERTUGAS SEPANJANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 👇


JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN 👇

Sunday 13 November 2022

YP STEM ADOPTION PROGRAMME

 YAYASAN PETRONAS STEM ADOPTION PROGRAMME

MODULE 6 -PROJECT PITCHING

TARIKH: 12/11/2022

MASA: 8.30 A.M - 11.30 A.M

TEMPAT: SEMINAR AR -RAZAK

PELAJAR TERLIBAT: PELAJAR 4 BESTARI










BEST STUDENT - ALYAA AMANI 👍

BEST TEAM - LITTLE EINSTEIN TEAM 👍

BEST INNOVATION - M&M TEAM👍