MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 28 August 2020

Sambutan Hari Kebangsaan 2020

Walaupun negera kita masih lagi dibelenggu virus Covid-19, namun sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tetap diadakan dalam suasana norma baharu. Sambutan diadakan di Dataran Saujana dan hanya dihadiri oleh para pentadbir, guru-guru (bukan Guru Kelas) dan para pemenang yang terlibat dalam pertandingan Program Kokurikulum Digital Skill Pasca Covid-19 sahaja mengikut penjarakan sosial yang ditetapkan. Manakala murid-murid lain berada di dalam kelas dan dikawal oleh Guru Kelas masing-masing.

Sebelum berlangsungnya hari yang dinantikan, semua murid telah diingatkan untuk membawa Jalur Gemilang bersaiz kecil sebagai tanda semangat meraikan hari bersejarah. Manakala para guru pula diingatkan untuk memakai pakaian berwarna-warni bertemakan Jalur Gemilang. 

Atur cara majlis sambutan Hari Kebangsaan di BRASS adalah seperti berikut:

  • 7.40-8.10 a.m.  -  Bacaan surah yasin
  • 8.10 -9.00 a.m. -  Ucapan Pengetua
                                    - Persembahan

                                    - Penyampaian Sumbangan Baju Uniform

                                    - Penyampaian Hadiah KOKO

                                    - Nyanyian lagu patriotik ~ Tanggal 31, Jalur Gemilang & Keranamu Malaysia

Semoga Malaysia terus selamat dan aman dari ancaman virus Covid-19 yang merbahaya. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus prihatin kepada rakyat Malaysia berbilang bangsa dengan memberi kelonggaran dan bantuan yang diperlukan rakyat. 


















































Sunday 9 August 2020

PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19

Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia tidak mengahalang Unit Kokurikulum BRASS untuk meneruskan agenda Kokurikulum 2020 dengan menganjurkan Program Kokurikulum 2020. Pertandingan berbentuk dalaman ini meliputi Pertandingan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, pertandingan Inovasi STEM dan Seni Visual. Semua murid BRASS dialu-alukan menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini. Mungkin tuah menyebelahi anda!

PERTANDINGAN BAHASA MELAYU

1.  BERCERITA (INDIVIDU)

  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1,2 dan 3
  • Tema : Kisah Teladan dan Pengajaran
  • Peserta perlu merakam video persembahan secara individu.
  • Peserta diberi masa untuk bercerita antara 6-8 minit.
  • Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni serta tidak menyentuh isu-isu politik, agama dan kaum.
  • Video boleh disimpan dalam format MP4/3GP/MOV dan dihantar ke email farhanaazyyatimdnor87@gmail.com  selewat-lewatnya 19 Ogos 2020. 

2.  MENULIS SAJAK (INDIVIDU)

  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1,2 dan 3
  • Tema : Patriotisme
  • Sajak mestilah karya murid sendiri dan bertepatan dengan tema.
  • Sajak mesti dilengkapi dengan tajuk.
  • Had baris sajak : 12-20 baris
  • Sajak ditaip menggunakan Font Times New Roman, saiz 12 dan dalam jarak jangkau 1.5
  • Sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negative serta menyentuh isu-isu bangsa, agama dan kaum.
  • Sajak yang telah dicetak mesti dihantar kepada Pn. Farhana selewat-lewatnya 19 Ogos 2020. 

3.  BERPIDATO (INDIVIDU)

  •  Terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5
  • Tema: Patriotisme
  • Masa : 6-8 minit
  • Peserta perlu merakam video persembahan secara individu
  • Video boleh disimpan dalam format MP4/3GP/MOV dan dihantar ke email farhanaazyyatimdnor87@gmail.com  selewat-lewatnya 19 Ogos 2020. 

4.  MENULIS ESEI (INDIVIDU)

  • Terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5
  • Tema: Covid-19: Satu Pengajaran
  • Had perkataan adalah 300 hingga 500 patah perkataan
  • Esei mestilah karya murid sendiri.
  • Esei  ditaip menggunakan Font Times New Roman, saiz 12 dan dalam jarak jangkau 1.5
  • Esei tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh isu-isu bangsa, agama dan kaum
  • Esei  yang telah dicetak mesti dihantar kepada Pn. Farhana selewat-lewatnya  19 Ogos 2020.

 

PERTANDINGAN INOVASI STEM 

1.  SCIENCE  INFOGRAPHIC (INDIVIDU)

  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1,2 dan 3.
  • Mempersembahkan maklumat berkenaan topik-topik sains tingkatan 1-3 menggunakan elemen-elemen seperti  teks, lakaran, carta, grafik dan gambar
  • Infografik mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain
  • Penghasilan infografik dibuat menggunakan perisian yang sesuai, satu muka surat bersaiz A4.
  • Infografik perlu dicetak dan dihantar kepada Pn. Farhana selewat-lewatnya 19 Ogos 2020.

2.  SCIENCE CRAFT (BERKUMPULAN)
  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1,2 dan 3
  • Mereka cipta kraf sains bagi tujuan pemahaman konsep sains menggunakan bahan-bahan terpakai
  • Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya adalah dilarang.
  • Segala proses perlu di bawah pemantuan ibu bapa.
  • Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri (berkumpulan)
  • Proses mereka cipta perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3-5 minit.
  • Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing.
  • Video boleh disimpan dalam format MP4/3GP/MOV dan dihantar ke email farhanaazyyatimdnor87@gmail.com selewat-lewatnya 19 Ogos 2020.

3.  STEM SHOW (BERKUMPULAN)

  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1,2 dan 3.
  • Penyampaian mana-mana konsep STEM dalam bentuk persembahan bergantung kepada kreativiti masing-masing.
  • Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya adalah dilarang.
  • Segala proses perlu di bawah pemantuan ibu bapa.
  • Persembahan mestilah hasil ciptaan peserta sendiri (berkumpulan)
  • Persembahan perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3-5 minit.
  • Video boleh disimpan dalam format MP4/3GP/MOV dan dihantar ke email -          farhanaazyyatimdnor87@gmail.com selewat-lewatnya 19 Ogos 2020.

4.  DIGITAL VIDEO (BERKUMPULAN)
  • Terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5.
  • Tema :  Covid-19 : Stay at home
  • Produksi mestilah karya asal murid dan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman ,  dan keagamaan.
  • Durasi video adalah antara 3-4 minit dan melibatkan semua elemen multimedia seperti animasi, grafik, audio dan ilustrasi.
  • Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian pembinaan video.
  • Video boleh disimpan dalam format MP4/3GP/MOV dan dihantar ke email farhanaazyyatimdnor87@gmail.com  selewat-lewatnya 19 Ogos 2020.

ENGLISH COMPETITION

1.  PUBLIC SPEAKING (INDIVIDU)

  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1-5
  • Topik : Bebas
  • Peserta perlu merakam video persembahan secara individu dalam masa 6-8 minit
  • Video boleh disimpan dalam format MP4/3GP/MOV dan dihantar ke email farhanaazyyatimdnor87@gmail.com selewat-lewatnya 19 Ogos 2020

2.  ESSAY WRITING (INDIVIDU)
  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1-5
  • Tema: Covid-19: Satu Pengajaran
  • Had perkataan adalah 300 hingga 500 patah perkataan.
  • Esei mestilah karya murid sendiri.
  • Esei  ditaip menggunakan Font Times New Roman, saiz 12 dan dalam jarak jangkau 1.5
  • Esei tidak boleh mengandungi unsur-unsur negative serta menyentuh isu-isu bangsa, agama dan kaum
  • Esei  yang telah dicetak mesti dihantar kepada Pn. Farhana selewat-lewatnya 19 Ogos 2020

3.  POETRY WRITING (INDIVIDU)
  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1-5
  • Tema : Patriotisme
  • Sajak mestilah karya murid sendiri dan bertepatan dengan tema
  • Sajak mesti dilengkapi dengan tajuk
  • Had baris sajak : 12-20 baris
  • Sajak ditaip menggunakan Font Times New Roman, saiz 12 dan dalam jarak jangkau 1.5
  • Sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negative serta menyentuh isu-isu bangsa, agama dan kaum
  • Sajak yang telah dicetak mesti dihantar kepada Pn. Farhana selewat-lewatnya 19 Ogos 2020.


PERTANDINGAN MENCIPTA DAN MELUKIS

1.    MELUKIS POSTER SAMBUTAN KEMERDEKAAN PASCA COVID-19 (INDIVIDU)
  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1-5
  • Tema : Merdeka
  • Poster mesti dihantar kepada Pn. Farhana selewat-lewatnya 19 Ogos 2020.

2.  PERTANDINGAN REPLIKA/ARCA KEMERDEKAAN PASCA COVID-19 (BERKUMPULAN)
  • Terbuka kepada murid Tingkatan 1-5
  • Tema : Merdeka
  • Peserta perlu merakam video proses pembinaan dari bahan terbuang secara berkumpulan dan hantar video ke alamat email farhanaazyyatimdnor87@gmail.com selewat-lewatnya 19 Ogos 2020

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2021

Berikut merupakan format baharu peperiksaan SPM 2021 bagi calon SPM BRASS seperti yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Bil.4 tahun 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bertarikh 17 Mac 2020. Sila klik link pada Surat Siaran untuk melihat senarai penuh format instrumen peperiksaan SPM bagi semua mata pelajaran.