MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 31 December 2019

MESYUARAT GURU 1/2020

Seperti kebiasaan, sekolah pastinya dibuka dengan mesyuarat untuk semua guru membincangkan tentang hala tuju sekolah dan pembahagian tugas guru dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum. Tarikh mesyuarat telah ditetapkan oleh Tuan Pengetua mengikut bidang iaitu:

Kurikulum pada                                   27.12.2019 jam 8.15 pagi
Hal Ehwal Murid & Kokurikulum      30.12.2019 jam 8.30 pagi
Taklimat eRPH & Mesyuarat Panitia  31.12.2019 jam 8.30 pagi















Saturday 28 December 2019

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1/2020

Seramai 169 orang murid telah berdaftar kemasukan ke Tingkatan 1 di BRASS. Murid-murid ini datang dari sekolah rendah berdekatan iaitu SK Sungai Isap dan SK Bukit Rangin. Mereka ditempatkan di 6 buah kelas seperti kebiasaan. Hampir kesemua murid ditemani ibu bapa masing-masing melalui proses pendaftaran, taklimat, pembelian kelengkapan sekolah di Koperasi Sekolah dan pengambilan buku teks di bilik SPBT. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang ke BRASS. Selamat belajar di BRASS. Semoga anda bakal mencipta sejarah baru di sini dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
















Thursday 19 December 2019

KEPUTUSAN PENILAIAN TING. 3 (PT3) 2019

Tahniah kepada empat orang murid Tingkatan 3 yang telah mendapat semua A dalam ujian PT3 yang telah dilaksanakan pada Oktober 2019 yang lalu. Kesemua murid ini dari kelas 3 Bestari. 

Calon cemerlang yang mendapat semua A
Belakang dari kiri: Fathin, Farhan, Airene dan Izzatul Asyikin.


 




Tahniah juga diucapkan kepada calon-calon lain yang berjaya mendapat keputusan cemerlang seperti yang diimpikan. Kepada yang kurang cemerlang, janganlah putus asa. Dunia belum berakhir. Berusahalah selagi bernafas, dan berdoalah semoga Allah mengkabulkan permintaan anda. InsyaAllah pasti berjaya suatu hari nanti.