MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 31 December 2019

MESYUARAT GURU 1/2020

Seperti kebiasaan, sekolah pastinya dibuka dengan mesyuarat untuk semua guru membincangkan tentang hala tuju sekolah dan pembahagian tugas guru dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum. Tarikh mesyuarat telah ditetapkan oleh Tuan Pengetua mengikut bidang iaitu:

Kurikulum pada                                   27.12.2019 jam 8.15 pagi
Hal Ehwal Murid & Kokurikulum      30.12.2019 jam 8.30 pagi
Taklimat eRPH & Mesyuarat Panitia  31.12.2019 jam 8.30 pagi















Saturday 28 December 2019

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1/2020

Seramai 169 orang murid telah berdaftar kemasukan ke Tingkatan 1 di BRASS. Murid-murid ini datang dari sekolah rendah berdekatan iaitu SK Sungai Isap dan SK Bukit Rangin. Mereka ditempatkan di 6 buah kelas seperti kebiasaan. Hampir kesemua murid ditemani ibu bapa masing-masing melalui proses pendaftaran, taklimat, pembelian kelengkapan sekolah di Koperasi Sekolah dan pengambilan buku teks di bilik SPBT. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang ke BRASS. Selamat belajar di BRASS. Semoga anda bakal mencipta sejarah baru di sini dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
















Thursday 19 December 2019

KEPUTUSAN PENILAIAN TING. 3 (PT3) 2019

Tahniah kepada empat orang murid Tingkatan 3 yang telah mendapat semua A dalam ujian PT3 yang telah dilaksanakan pada Oktober 2019 yang lalu. Kesemua murid ini dari kelas 3 Bestari. 

Calon cemerlang yang mendapat semua A
Belakang dari kiri: Fathin, Farhan, Airene dan Izzatul Asyikin.


 




Tahniah juga diucapkan kepada calon-calon lain yang berjaya mendapat keputusan cemerlang seperti yang diimpikan. Kepada yang kurang cemerlang, janganlah putus asa. Dunia belum berakhir. Berusahalah selagi bernafas, dan berdoalah semoga Allah mengkabulkan permintaan anda. InsyaAllah pasti berjaya suatu hari nanti. 

Saturday 30 November 2019

BRASS PIBG CHANNEL

Bagi memudahkan ibu bapa dan guru untuk mengetahui perkembangan terkini BRASS, satu channel telegram telah diwujudkan. Caranya mudah saja......

1. Akses link https://t.me/PIBGBRASS
2. Klik JOINT untuk menjadi ahli.

Itu sahaja. Maklumat hanya di hujung jari anda. Sebarkan maklumat ini untuk manfaat bersama!

INOVASI 2019


Friday 15 November 2019

ANUGERAH ZOOM

Program Zoom merupakan hasil usaha PK HEM BRASS, Ustaz Fatthul Mueim bin Bustaman sebagai salah satu cara menangani masalah kehadiran ke sekolah yg semakin membimbangkan. Masalah kehadiran ke sekolah merupakan masalah kebanyakan sekolah di Malaysia. Usaha ini melibatkan 12 org guru yg dilantik sebagai AJK Program Zoom ini. Antara aktiviti zoom yang dijalankan ialah Zoom In, Ziarah Cakna, Temu Murni, Kelas Tahanan, Kerja Amal, Anugerah Bulanan, Anugerah Perdana dan Cabutan Bonanza.

Hasil daripada program ini, peratus kehadiran murid BRASS meningkat dari semasa ke semasa sehingga mencapai kepada 95.93% bagi tahun 2019 - satu keputusan yang sangat membanggakan dan terbaik dalam sejarah BRASS. Semoga usaha ini diteruskan dan memberi impak yang positif kepada kemajuan akademik dan kemenjadian murid-murid BRASS. Syabas kepada semua para penyelaras program Zoom kerana berusaha keras menjaga prestasi kehadiran murid selama lebih kurang 11 bulan bermula Januari hingga November. Terima kasih juga kepada YDP PIBG, Encik Zamzuriadi bin Shamsudin dan AJK PIBG kerana memberi sokongan penuh kepada program ini sehingga dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah...


Saturday 9 November 2019

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID SAIYIDINA OTHMAN BIN AFFAN BUKIT RANGIN

BRASS telah menyertai beberapa acara sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Saiyidina Othman bin Affan di Bukit Rangin seperti perarakan, nasyid dan syarahan. BRASS telah menjadi Johan Nasyid dan Syarahan oleh peserta Athirah bt Ridzuan (3 Cendekia) dan tempat ke-3, Mohd Frakhrul (2 Bestari). Tahniah kepada para pemenang kerana mengharumkan nama BRASS bersempena hari mulia Maulidur Rasul SAW.







Friday 8 November 2019

BRASS GLAMNITE & FAREWELL DINNER @ SHAHZAN INN

Jamuan Akhir Tahun Guru & Staf anjuran Kelab Guru & Kakitangan Sokongan juga turut meraikan hari-hari terkahir YM Cikgu Tengku Hisamudin yang akan bersara pada bulan November ini. 
Selamat bersara Cikgu Tengku dan semoga ikatan silaturrahim sesama kita terus berkekalan
sampai bila-bila.

MUNAJAT PERDANA 3.0


Tuesday 5 November 2019