MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 29 January 2020

CERAMAH KESELAMATAN SEKOLAH

Disampaikan oleh En. Rosli bin Daud, Pegawai Kanan 2, Pejabat Bomba Indera Mahkota Kuantan. Ceramah bermula pada jam 12.30 tengahari dan berakhir pada 1.30 petang. Terima kasih diucapkan.




MAJLIS MEMORI SERIBU RINDU

Majlis ini diadakan untuk meraikan Tuan Haji Jafri bin Muhammad yang akan bersara pada 2 Februari 2020. Tn Hj Jafri mula berkhidmat di BRASS pada tahun 2016, bertukar dari SEMSAS Kuantan atas faktor kesihatan. Beliau menghidap penyakit kencing manis yang agak teruk sehingga menyebabkan gangguan penglihatan pada mata beliau. Beliau juga menderita sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan hemodialysis sebanyak tiga kali seminggu. Walau bagaimanapun, beliau tetap cuba melakukan tugasan setakat yang termampu dalam membantu rakan guru terutamanya Unit Pengakap.

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Hj Jafri dan semoga diberi kesihatan yang baik. Diharapkan Tn Hj Jafri dapat berehat dan mempunyai lebih masa untuk menguruskan diri dan kesihatan. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.