MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 30 May 2021

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA PSS

Bersempena bulan Ramadhan (1442H), Pusat Sumber Al-Furqan SMK Bukit Rangin dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni telah menganjurkan pertandingan mewarna bermula 26/4/21 sehingga 31/4/21. Pertandingan tersebut merupakan inisiatif terbaik dalam usaha memastikan pelajar-pelajar BRASS memanfaatkan masa rehat mereka dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang bulan Ramadhan. 

Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan mewarna PSS 2021. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta pelajar-pelajar yang telah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Anda bukan sahaja telah menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya bahkan telah menonjolkan bakat dan kreativiti yang anda miliki yang sememangnya "bukan kaleng-kaleng". Jom kita tengok siapa yang menang👇







 Corat-coret sepanjang aktiviti pertandingan mewarna PSS 2021
creditvideo: Puan Sapura  bt Mat Zali

Tahukah anda?

"Pakar perubatan dan kesihatan mental telah mengeluarkan kenyataan dimana terapi mewarna memberi banyak manfaat dari segi psikologi bukan sahaja kepada golongan kanak-kanak tetapi juga kepada golongan dewasa" (Sumber: Majalah Remaja, 2020)

P/s: Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar BRASS, mungkin aktiviti mewarna ini boleh dijadikan sebagai terapi bagi merehatkan minda dan menghilangkan stress. Cubalah!  Belum cuba belum tahu.😁 

Saturday 29 May 2021

KEHADIRAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Hanita Binti Kassim atas pelantikan sebagai Pengetua SMK Bukit Rangin yang baharu bagi menggantikan mantan pengetua, Tuan Haji Abdul Razak bin Ahmad yang telah bersara pada bulan April yang lalu. 

Mendayung sampan sampai ke muara,

Singgah sebentar di SMK Tok Sera,

Sambutlah kasih dan salam mesra,

Selamat datang puan pengetua

Selamat Datang dan Selamat Bertugas Puan Pengetua ☺

Thursday 27 May 2021

SELAMAT BERSARA PUAN HALIDAH

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
namun perpisahan itulah yang mengajar kita
untuk terus menghargai detik-detik kebersamaan
yang akan kekal terpahat dalam memori
sebagai kENANGAN YANG TERINDAH

Setelah sekian lama berkhidmat, kini, giliran Ketua Kerani (Chief Clerk) SMK Bukit Rangin pula akan pergi meninggalkan kita semua. Puan Halidah atau mesra disapa dengan panggilan "Kak CC" akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari Khamis (20/5/21) setelah menabur bakti selama hampir 13 tahun di SMK Bukit Rangin. Amat berat untuk mengungkapkan perkataan selamat tinggal, namun perpisahan bukanlah noktah dalam sesuatu perhubungan. Sebaliknya ia merupakan satu titik permulaan yang akan mengukuhkan lagi ukhuwah yang telah terjalin selama ini. Selamat bersara diucapkan kepada Puan Halidah bt Sahat. Semoga hari-hari persaraan dinikmati dengan sepenuhnya disamping keluarga tercinta.

-sekitar majlis persaraan Puan Halidah-

Majlis penyampaian hadiah oleh GPK Pentadbiran, Puan Norziah 

Cenderahati daripada GPK HEM, Ustaz Fathul

"CC, you are the best!" -Rizal

Bersama orang kuat KGKT, Pn Asnor dan En Hanafyieh

Detik yang cukup bermakna

Puan Halidah satu dalam sejuta☺️

Pn Halidah nama diberi,
 Orangnya rajin dan berdedikasi, 
Dirimu akan sentiasa kami rindui, 
Jauh di mata namun dekat di hati♥️

- Puan Halidah, TERIMA kASIH atas curahan jasa dan budi-

Wednesday 26 May 2021

TAHNIAH AIRENE!

Tahniah kepada Airene Najihah Bt Azhari(5 Bestari) yang telah menjadi Johan dalam pertandingan Hip Lets Read and Share 2021 Book Review

🌹WE ARE PROUD OF YOU🌹


Saturday 15 May 2021

TUAH JARI-JEMARI SENI SEORANG ANAK BRASS

 Jangan pernah takut untuk mencuba

 Jangan pernah putus asa untuk terus berusaha

Sesungguhnya setiap kejayaan mampu dicipta

Oleh seorang insan biasa 

Yang berusaha secara luar biasa

🌻-------------------------------------------------------🌻

Raihanah Sofiyyah bt Mohd Sabri, dari kelas 5 Terampil merupakan seorang pelajar yang sangat berbakat dalam bidang seni lukis. Mungkin ramai yang tidak menyangka,  anak didik Puan Tuti Malindawati ini telah menyertai banyak pertandingan dalam pelbagai peringkat dan telah mencatatkan pencapaian yang sungguh mengagumkan. Berbekalkan ketekunan, kesungguhan dan kecekalan hati, ditambah pula dengan berkat doa serta dorongan ibu-bapa dan para guru, Raihanah telah berjaya mengembangkan bakat seni yang dimilikinya selama ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Tuti yang telah membimbing dan mengasah bakat Raihanah sehingga beliau berhasil memenangi hampir kesemua pertandingan yang disertainya. Syukur, alhamdulillah🌷

Berikut merupakan antara pencapaian terbaik beliau sepanjang tahun 2020.

Johan Pertandingan Melukis Poster Frontliners
Peringkat Daerah 2020
 Perangi Covid -19#kitajagakita #kitapastimenang
Johan Pertandingan Melukis Doodle Bertemakan
Keajaiban Sains dan Teknologi 2020
Disiapkan dalam masa 2 hari sahaja..ajaib, bukan? ☺
Johan Pertandingan Poster Reka Bentuk Digital 
 Peringkat Negeri Pahang 2020
Admin suka tengok poster ni..cantik! 😍
Johan Pertandingan Komik Anti Dadah Online 
Peringkat Negeri 2020
Harap dapat hasilkan buku komik suatu hari nanti 😁 
 Anugerah Perak Dalam Pameran Komuniti  ArtGeng 
Peringkat Kebangsaan 2020
Pameran dan pertandingan mini karya ArtGeng, Johor 

Terbaru, Raihanah telah menyertai Pertandingan IFAC Japan Peringkat Antarabangsa dan Pertandingan Poster Digital Suruhanjaya Tenaga. Semoga Raihanah dan rakan-rakan yang lain berjaya dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

"Allah sees your splendid effort"
Lukisan yang bertemakan kehidupan masyarakat di Jepun. Menarik!
Bersama guru-guru pembimbing yang bukan biasa-biasa
SEMOGA BERJAYA!
GOOD LUCK!
GANBATTE!

Thursday 13 May 2021

BERSEDIA LAKSANA PDPR 4.0

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) yang dilakukan secara atas talian akan bermula pada 17/5/21 sehingga 28/5/21
Diharapkan pelajar-pelajar BRASS terus bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di rumah dan memiliki rasa tanggungjawab untuk mengikuti kelas atas talian yang dilaksanakan oleh guru-guru. Kepada guru-guru pula, jangan pernah jemu untuk mendidik anak bangsa. Laksanakan tugas dengan ikhlas, tekun dan bersungguh-sungguh kerana anda semua merupakan tonggak utama dalam memastikan kecemerlangan anak-anak BRASS. 
Semoga segala usaha dan amalan kita di dunia ini diterima dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.🌷



Wednesday 12 May 2021

MENJELANGNYA SYAWAL

Raya PKP 2021

Duit raya masih boleh diberi ya..hehe

Tips kekal sihat di Aidilfitri


Terimalah serangkap pantun daripada kami

Covid19 tak habis lagi,

Semua orang wajib patuh S.O.P,

Tak boleh rentas daerah mahupun negeri,

Tidak mengapa, jauh di mata dekat di hati

Seluruh warga Brass mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin 
#stayathome
#staysafe
#followsops

Tuesday 11 May 2021

HEBATNYA ANAK-ANAK BRASS

PERTANDINGAN CABARAN SIBER PBB PERINGKAT NEGERI 2021 (Top 10)

Beberapa orang pelajar BRASS telah menyertai pertandingan Cabaran Siber Pasukan Unit Beruniform pada tahun ini. Alhamdullilah, mereka telah terpilih menjadi top 10 peringkat negeri.

KATEGORI NYANYIAN LAGU PATRIOTIK  PBB

  • Peserta: Saiyed Hamdi bin Syed Ismail(Kadet Polis)
  • Guru pembimbing: Puan Nurmysita bt Mohamed Mokhtar dan Puan Hajah Asnor Samiza bt Mohd Salleh

KATEGORI VIDEO PERSONEL KRS

  • Peserta: Zainurul Nasyihin bt Zaidi dan Nur Atiqah Syuhada Bt Azuan
  • Guru pembimbing; Puan Sarifah bt Mansor dan Puan Suzana bt Awang

KATEGORI VIDEO PERSONEL PBB

  • Peserta: Nursyazlien Eryna Bt Junaidy(Kadet JPJ)
  • Guru pembimbing: Encik Abdul Manaf bin Baharuddin dan Puan Hajah Asnor Samiza bt Mohd Salleh

  Syabas dan tahniah! 

  Anda memang superb!👏👏👏

Saturday 8 May 2021

TITIPAN KASIH DI AIDILFITRI

Sumbangan Aidilfitri kepada pekerja-pekerja swasta sekolah yang merupakan  tonggak keselamatan dan  kebersihan BRASS 








Ketahuilah bahawa pemurah adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadis:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Terima Kasih kepada Unit Bina Insan BRASS serta semua guru

Monday 3 May 2021

PEPERIKSAAN BERMULA

 Kepada anak-anak BRASS, selamat menduduki  peperiksaan pertengahan tahun!


khusyuk 😁

macam-macam gaya 😆