MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 16 December 2022

WARKAH BUAT KAK NOR

    Aku dan sekolah memang tidak dapat dipisahkan kerana aku seorang guru. Kak Nor juga seorang guru namun yang membezakan aku dan Kak Nor ialah Kak Nor telah menamatkan perkhidmatan sebagai guru pada minggu lalu (9/12/2012) dan aku tetap aku, seorang guru biasa yang masih perlu berkhidmat selama lebih sedekad lagi. 

    BAHAGIA-mungkin itulah yang dirasai oleh kak Nor pada saat ini. Mana tidaknya, Kak Nor sekarang boleh berehat di rumah tanpa perlu memikirkan hal-hal sekolah. Kak Nor boleh bercucuk tanam dan memasak spaghetti carbonara dan rendang ayam tanpa mengira waktu dan yang paling aku cemburui ialah Kak Nor tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk datang ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi dan berebut untuk mendapatkan parkir berbumbung. Selamat tinggal smart card! Barangkali smart card  bertali jingga itu telah Kak Nor campakkan ke Sungai Pahang. 

    Aku masih ingat beberapa hari sebelum majlis persaraan Kak Nor. Aku sempat menegur Kak Nor yang sedang melangkah keluar dari bilik guru sambil tersenyum simpul. 

     "Amboi, cerianya Kak Nor hari ni", aku menyapa mesra. Aku tidak pasti sama ada sapaan itu mesra atau tidak namun bagiku sapaan seperti itu jarang-jarang sekali kulontarkan. Begitulah aku.

    Kak Nor membalas "mestilah happy, dah nak pencen ni. A* lambat lagi. Jangan berangan ye", seloroh Kak Nor dengan senyuman yang cukup manis. Senyuman Kak Nor memang manis. Aku senang sekali melihatnya. ANDAI DIBERIKAN EMAS PERMATA, KUPILIH SENYUMANMU, KAK NOR!

    Jujur aku katakan, Kak Nor merupakan salah satu sosok yang amat aku kagumi di sekolah ini. Aku suka dengan perwatakan sederhana Kak Nor, sikap lemah lembutnya serta jelas terpancar ciri-ciri keibuan di raut wajah Kak Nor. Aku juga ingin menjadi seperti Kak Nor. 

    "Kak Nor doakan A* dikasihi Allah dan dipermudahkan segala urusan dan kekal bersemangat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Jangan pencen ya''. Itulah azimat terakhir Kak Nor kepadaku. Aku pun tidak tahu bagaimana untuk kekal bersemangat mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pendidik akhir zaman. Tidak mengapa, akan kujadikan Kak Nor sebagai sumber inspirasiku. 

    Malam itu sebelum kulelapkan mata, kucapai gitar Yamaha C-70 ku yang tergantung sepi di tepi jendela yang terbuka luas.  "Malam yang begitu mendamaikan", bisik hati kecilku. Ingin kurakamkan dan dendangkan sebuah lagu untuk Kak Nor namun aku malu pada bintang-bintang yang berkelipan indah di langit .

    Lantas kugagahkan jari-jemariku untuk menulis bait-bait lagu ini sambil mengimbau kenangan manis bersama Kak Nor yang telah kukenali selama hampir 10 tahun itu. Buatmu, Kak Nor~💗

 🌹 KAU ILHAMKU~🌹

Beribu bintang di langit kini menghilang

Meraba aku dalam kelam

Rembulan mengambang

Kini makin suram

Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam

Ada kerdipan, ada sinar

Itukah bintang ataupun rembulan

T'rima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu (bayanganmu)

Izinkan kumencuri khayalan denganmu

Maafkanlah, oh

Andai lagu ini

Mengganggu ruangan hidupmu

Kau senyumlah, oh

Sekadar memori

Kita di arena ini

Kau ilhamku

Kau ilhamku













  DAN....hanya ini sahaja yang mampu kuhadiahkan kepada Kak Nor. Semoga Kak Nor sentiasa mengingatiku dalam setiap sujud dan doanya. 

sejadah pink untuk Kak Nor 😇

WE LOVE YOU 💞

Saksikan Kak Nor di Youtube 💻📱

Monday 12 December 2022

MUNAJAT PERDANA DAN TAZKIRAH KHAS

 PROGRAM MUNAJAT PERDANA &  TAZKIRAH KHAS

TARIKH: 09/12/2022

HARI: JUMAAT

MASA: 7.30 A.M - 8.15 A.M

TEMPAT: DEWAN BITARA

PENCERAMAH JEMPUTAN: PU FARIS



ISI-ISI PENTING TAZKIRAH:

1.WAJIB ada sifat rendah diri jika mahu menjadi hamba Allah yang hebat

2.Maksud hadis Nabi: akan tiba satu zaman di mana apabila ingin melakukan kebaikan kita berasa seperti "genggam bara api" atau dalam erti kata lain terdapat pelbagai cabaran hebat dalam usaha untuk menjadi baik

3. Banyak godaan yang  "mengajak" kita untuk melakukan  maksiat

4. Tips untuk  membentuk jiwa yang hebat dalam diri:-

💥 Pembersihan jiwa - jaga solat/ banyakkan zikir/baca Al-Qur'an/istighfar

💥Mujahadah-lawan hawa nafsu

💥Melazimi buat amalan soleh/kebaikan 

💥Muraqabah ilallah - dekatkan diri kepada Allah

Saturday 10 December 2022

AMALI SEMBELIHAN

Ayam..
Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda
Ayam Hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar

Ibu..
Si ibu ayam
Telor sebijik
Riuh sekampung

Kata bidalan, berkaki ayam
kalau makan, ajak-ajak ayam.
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam
Kalau tak nampak itu rabun ayam

Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng 
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kepak ayam peha ayam dada ayam
Satu tak boleh makan jangan makan bulu ayam

                                                                                                                             Nyanyian: Jalil Hamid

Ayam merupakan salah satu haiwan yang sangat popular. Lihat sendirilah, lagu yang berjudul ayam pun ada. Sebenarnya, perkataan ayam ini digunakan dalam pelbagai konteks oleh masyarakat Melayu terutamanya generasi muda masa kini. Sebagai contohnya, 'alaa kasut kau tu cap ayam je', 'macam ayam je Morocco kalahkan Portugal' (walaupun ada Christiano Ronaldo yang juga merupakan ayam tambatan Portugal, kalah juga akhirnya ditangan Morocco..ayam lagiii..haih..famous betul perkataan ayam ni). Btw, maaf peminat Portugal😆

Bahkan dalam dunia masakan, pelbagai resepi masakan yang berasaskan ayam boleh kita cuba. Antaranya, ayam masak merah, ayam masak halia, ayam masak kicap, ayam masak kurma, ayam berempah, ayam masak kunyit dan macam-macam lagi.

Namun, adakah kita tahu cara menyembelih haiwan ini? 

Sebagai seorang mukmin yang beriman, adalah penting untuk kita memastikan makanan yang masuk ke dalam tubuh badan kita adalah daripada sumber yang halal dan disembelih berlandaskan hukum syarak. Jangan tahu makan je ye..hehe..

Atas kesedaran ini, Panitia Pendidikan Islam BRASS telah mengambil inisiatif menganjurkan program Amali Sembelihan yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa yang lalu (06/12/2022). Bagi admin, usaha ini penting ke arah melahirkan generasi yang memiliki ilmu pengetahuan tentang Islam yang begitu luas skopnya. Bukan itu sahaja, dengan adanya sesi amali seperti ini, para pelajar dapat didedahkan dengan teknik penyembelihan yang berlandaskan syariat yang mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah melihat proses penyembelihan haiwan di hadapan mata mereka sendiri. Selain mengetahui tentang cara penyembelihan, mereka juga diajar tentang cara menguruskan haiwan yang telah disembelih. Mantap! Jadi, admin bagi 5 ★★★★★ untuk program ini. Admin berharap program seperti ini akan dapat dianjurkan pada masa akan datang. InsyaAllah.. SYABAS Panitia Pendidikan Islam 👍👍👍


'kito set-set laki ni kena tahu sembelih ayam'-pesan cikgu Zuhari

pastikan pisau yang digunakan tajam ye..

'mesti sembelih antara pangkal dagu dan pangkal leher tau'-cg Adnan

apa yang kau terintai-intai tu, Sudin?! 😄

teruja! Mungkin ini pengalaman pertama mereka😊

potong elok-elok ye,,jangan sampai tersakiti..hihi

part paling mudah, membasuh ayam yang siap dipotong😁

tuang ke dalam.........ke dalam tumisan kot..yedok admin ni? haha

taraa!! dah jadi pun rendang BRASSIAN😋

menu pelengkap-kacang masak campur (admin reka je nama resepi tu😂)

ALHAMDULILLAH, SELESAI.....





SEBELUM BERUNDUR, NAH ADMIN KONGSIKAN:-

💢RESEPI MASAKAN BERASASKAN AYAM YANG MUDAH DAN LAZAT. TERAI JANGAN TAK TERAI! 👇
https://ontrenz.com/30-koleksi-resepi-ayam-mudah-disediakan/

💢 PAUTAN BERGUNA UNTUK PARA PELAJAR 👇
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/

Friday 9 December 2022

PENILAIAN PAJSK BERSEPADU 2022

 PENILAIAN PAJSK BERSEPADU 2022

TARIKH: 08/12/2022

HARI: KHAMIS

TEMPAT: DEWAN BITARA









Thursday 8 December 2022

ANUGERAH ZOOM KEHADIRAN

 ANUGERAH ZOOM KEHADIRAN - NOVEMBER

TARIKH: 06/12/2022

HARI: SELASA

TEMPAT: DATARAN SAUJANA