MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 30 December 2011

Pengetua Baru

 
TUAN HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
Pengetua ke-5 SMK Bukit Rangin

Tarikh lahir
27 Februari 1961

Kelulusan Akademik
Ijazah Sarjana Teknologi Kejuruteraan di New Mexico State University (1986)
Ijazah Sarjana Lanjutan Pendidikan (Curriculum and Instruction di University of Houston, USA (1996)

Kelulusan Ikhtisas
Diploma Pendidikan Matematik/Bahasa Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1989)

Sejarah Perkhidmatan
SMK (A) Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang Jerantut (1989-1996)
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu Kuantan (1996-2001)
SMK Lepar Hilir Kuantan (2001-2003)
SBP Integrasi Kuantan (2003-2008)
SMK Air Putih Kuantan (2008-2009)
SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Kuantan (2009)
SMK Bukit Goh Kuantan (2009-2011)

Visi Pendidikan di SMK Bukit Rangin
Menjadikan Sekolah Kluster Kecemerlangan Kategori Sekolah Harian Daerah Kuantan. Watak sekolah pilihan "The Choice School" bagi ibu bapa dan komuniti setempat yang menaruh kepercayaan, keyakinan, impian serta inspirasi yang mampan bagi anak-anak. Ia direalisasikan melalui sistem pendidikan SMK Bukit Rangin yang berkualiti, berinovasi, berkreativiti dan berwawasan.

Thursday 22 December 2011

Keputusan PMR 2011

Syukur Alhamdulillah! Tahniah kepada 15 orang calon PMR 2011 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A dan 9A penuh. Ada yang tersenyum puas dan tak kurang juga yang mengalirkan air mata gembira ketika keputusan diumumkan. Gred Purata Sekolah (GPS) juga meningkat daripada 2.22 pada tahun 2010 kepada 2.17. Peningkatan ini adalah hasil daripada pertambahan jumlah calon yang menguasai keseluruhan matapelajaran. Pencapaian tersebut melayakkan SMK Bukit Rangin menduduki tempat ke-8 daripada 10 buah sekolah terbaik daerah Kuantan berbanding tahun lepas iaitu di tempat ke-10. Terima kasih kepada semua pihak guru, murid dan ibu bapa yang telah sama-sama berkerja keras demi membuahkan kejayaan. Semoga SMKBR bertambah cemerlang!!!

Kumpulan cemerlang 8A dan 9A bersama Pengetua dan PK Pentadbiran

Kumpulan cemerlang bersama ibu bapa masing-masing

Monday 19 December 2011

Mesyuarat Guru 1

Antara perkara PENTING yang dihighlight oleh Tuan Pengetua sewaktu Mesyuarat Guru kali pertama hari ini ialah:
  1. Persekolahan/Perhimpunan akan bermula jam 7.20 pagi.
  2. Pada hari-hari lain, semua murid akan berkumpul pada jam 7.20 pagi untuk bersama-sama membaca doa.
  3. Semua murid dan guru perlu sampai awal di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
  4. Guru bertugas mingguan perlu berada di pintu pagar dewan seawal jam 7.00 pagi.
  5. Perhimpunan Kokurikulum akan diadakan sekali sebulan. Semua guru digalakkan memakai uniform kokurikulum.
  6. Pemantauan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan pada hari pertama persekolahan. Pada jam 8.00 pagi, guru waktu kedua akan mengiringi murid masuk ke kelas dan memulakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) seperti biasa.
  7. Semua guru mesti memakai blazer sewaktu perhimpunan.
  8. Persembahan murid sewaktu perhimpunan.
  9. GPS SPM 2012 : 4.25. PMR : 1.93
  10. Keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada hari Khamis ini, 20 Disember. Semua calon diminta memakai uniform sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan.
  11. Guru-guru perlu menulis minit curai dan menyerahkannnya kembali ke pejabat.
  12. Guru-guru perlu membuat penarafan kendiri di laman webStandard Guru Malaysia sebelum 31 Disember.
  13. Kebitaraan SMK Bukit Rangin: Bahasa Melayu SPM (Akademik) dan Nasyid (Kokurikulum).
  14. Visi: SMKBR Sekolah Cemerlang 2016




Selamat Kembali ke Sekolah!

Sunday 11 December 2011

Amaran Hujan Lebat

Berikut ialah amaran hujan lebat (peringkat Jingga) yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada jam 06:45 petang 11 Disember 2011;

"Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Rabu, 14 Disember 2011.
 
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah."

Sehingga entry ini ditulis, hujan masih lagi mencurah bermula malam semalam. Semoga matahari akan bersinar esok ....

Friday 9 December 2011

Muharram 1433H

Belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah kepada semua warga SMK Bukit Rangin dan seluruh umat Islam. Tentunya ada di antara kita yang memasang niat baru atau sekurang-kurangnya mahu menunaikan azam lama yang masih juga belum terlaksana. Apa-apapun, biarlah azam kita itu disertai dengan iltizam dan usaha supaya azam tidak tinggal azam, terawang-awang sehingga tahun baru berikutnya tiba. Biarlah azam kita itu lebih kepada pengabdian kita kepada Allah s.w.t., lebih kepada amal ibadah seharian kita, lebih kepada azam kita untuk mendapat keredhaan-Nya kerana impaknya tentu sahaja kepada keseluruhan perbuatan kita lahir dan batin dan memenuhi maksud dan tujuan kewujudan kita sebagai khalifatulLah. Semoga sahaja Allah membimbing kita berada di jalan-Nya dan mencapai kekuatan iman yang sebenar.

Marilah kita bersama-sama mengetahui serba sedikit tentang bulan Muharram bulan yang mulia. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.  
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:       
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X 
Wallahua'lam. [Sumber: ashtech.com.my]

Monday 5 December 2011

Pendaftaran Tingkatan 1 2012

Pendahuluan

Ibu bapa dan sekolah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha membina generasi murid yang berkualiti. Kesepaduan tindakan antara kedua-dua pihak merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk membentuk perwatakan individu murid  agar menjadi insan yang mulia. Dengan kerjasama yang digembleng, murid mampu memanfaatkan seluruh potensi yang dimiliki untuk menjadi insan yang cemerlang dan berkeperibadian unggul.

Atur Cara

8.00 pagi   -  Kehadiran ibu bapa/ penjaga dan murid

8.30 pagi   -  Kata alu-aluan pengerusi majlis
                   -  Bacaan Doa
                   -  Taklimat pendaftaran oleh GPK Hal Ehwal Murid
                   -  Ucapan GPK Pentadbiran & Kurikulum
                   -  Ucapan Yang DiPertua PIBG
                   -  Acara simbolik penyerahan dan penerimaan murid
                   -  Pendaftaran murid di kelas
                   -  Bersurai






















                                                                              
“Orang  yang hanya membuat perancangan,
ialah orang yang bermimpi.
Orang yang hanya bekerja,
ialah hamba kepada pekerjaan.
Tetapi,
 sesiapa yang bekerja mengikut perancangan,
maka dialah golongan yang berjaya.


Sunday 20 November 2011

Perhimpunan Akhir

Semua guru dan murid berkumpul di Dataran Saujana sebelum waktu persekolahan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi menyampaikan sedikit amanat, antaranya:
  1. Semua murid diminta sentiasa awas dan menjaga keselamatan sewaktu musim banjir.
  2. Calon-calon PMR 2011 diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap sewaktu mengambil keputusan peperiksaan.
  3. Jadual pengambilan buku teks : Tingkatan 2 dan 3 pada 28 Disember 2011. Tingkatan 4 dan 5 pada 29 Disember 2012 di Bilik BOSS.
  4. Koperasi Sekolah akan dibuka pada 27 - 31 Disember 2012 untuk urusan pembelian alatan sekolah.
  5. Murid-murid diminta membeli buku latihan yang mempunyai logo sekolah sahaja yang dijual di Koperasi Sekolah.




Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar pula mengambil kesempatan untuk mengumumkan 3 orang guru yang akan bertukar iaitu Puan Noor Azizawati, Puan Siti Noor Asyikin dan Puan Zanariah bermula pada 1 Januari 2012. Tuan Pengetua juga mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru dan semoga berjumpa lagi pada 4 Januari 2012 nanti. Semua guru dan murid bersalam-salaman sebelum berpisah.









Saturday 19 November 2011

Bacaan Yaasin Perdana Akhir Tahun

Hari terakhir persekolahan sesi 2011 diraikan dengan Bacaan Yaasin Perdana oleh semua guru dan murid pimpinan Ustaz Dawami bin Talib. Tiada apa yang diharapkan selain daripada keberkatan Allah s.w.t. kerana setiap yang awal dan akhir, yang datang dan pergi, semuanya dari Yang Maha Esa. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk untuk melakukan kebaikan dan yang terbaik demi kemaslahatan bersama.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. [Sumber: Blog Mohd Isa]






Guru Bertukar

Yang datang akan pergi. Silih berganti. Begitulah adatnya dunia. Satu majlis jamuan makan ringkas telah diadakan di Bilik Guru bagi meraikan tiga orang guru yang akan bertukar pada tahun 2012 iaitu:
  1. Puan Noor Azizawati bt Musa ke Sungai Petani Kedah
  2. Puan Siti Noor Asyikin bt Idris ke SMK Sungai Isap Murni
  3. Puan Zanariah bt Musa ke Selancar Segamat Johor.

 
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua guru yang bertukar.Terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan selama mengajar di SMK Bukit Rangin. Jasamu sentiasa dikenang. Semoga ukhuwah antara kita sentiasa berpanjangan, insya Allah.