MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 30 July 2022

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG BRASS 2021

 

MATLAMAT:

1) Memberi penghargaan kepada murid-murid yang memperoleh
 keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021

2) Memupuk emosi murid agar berazam ingin maju, berkeinginan bersaing
 secara sihat menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya


3) Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa, murid dengan 
pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru

CORAT-CORET SEPANJANG MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG BRASS 2021

Pelajar cemerlang kami rai,
Kedatangan YB amat kami hargai,
TERIMA KASIH daripada kami,
Atas kesudian menghadiri majlis ini😘




















BERGAMBAR SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN







Ikan siakap, ikan sembilang
2022 BRASS pasti lebih cemerlang!
INSYAALLAH-

Thursday 28 July 2022

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN

AKTIVITI KOKURIKULUM 2022

TARIKH: 27 JULAI 2022

HARI: RABU

AKTIVITI: KELAB PERSATUAN

PENGISIAN: CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN 

MASA: 2.30 PTG - 4.30 PTG

ANJURAN : UNIT KESIHATAN BRASS DENGAN KERJASAMA KELAB DOKTOR MUDA

LOKASI: DEWAN BITARA







Tuesday 26 July 2022

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021

 MAJLIS ANUGERAH PERKIHDMATAN CEMERLANG 2021

TARIKH: 26/7/2022

TEMPAT: DEWAN IBNU KHALDUN, KKTM KUANTAN

Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima APC bagi sesi 2021 iaitu Puan Junaidah, Puan Juhaida, Puan Suzana Awang, Encik Abdul Manaf dan Puan Farahanah. Semoga kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat diteruskan agar profesion yang diceburi memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada bangsa, agama dan negara. 

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

PUAN JUNAIDAH BT ABDUL JALIL

PUAN JUHAIDA BT YUSOP

ENCIK ABDUL MANAF BIN BAHARUDIIN

PUAN NORFARAHANAH BT ABDUL LATIF- AKP

TERPALING BAIK! HEHE

Bunga Seroja di tepi kali,

Bunga Melati berbunga di darat,

Orang cemerlang untung sekali,

Jadi sebutan sepanjang hayat


Sultan Mahmud mangkat dijulang,

Kisah temurun dahulu kala,

Prestasi kerja sentiasa cemerlang,

Menjadi teladan kepada semua

MESYUARAT PENYELARASAN HARI ANUGERAH CEMERLANG

 Mesyuarat Penyelarasan HAC 2021

Hari : Selasa

Tarikh : 26 Julai 2022

Masa : 2.15 ptg 

Lokasi : Bilik Gerakan

Kehadiran : Semua JK Kerja HAC




Sunday 24 July 2022

SELAMAT BERSARA USTAZAH ZAKIAH KADIR


Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Kerna
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Tak ada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Setia
Setia
Setia
SELAMAT BERSARA USTAZAH ZAKIAH KADIR. DIRIMU PASTI DIRINDUI 💓










TAKE CARE!