MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

SENI BINA


MERCU TANDA - ARCA 'THE FIVE PILLARS'
  • ARCA 'The Five Pillars' terletak di sebelah kiri pintu masuk utama sekolah.
  • ARCA ini diilhamkan daripada sebuah graf dan telah dibina mengikut ketinggian yang berbeza iaitu 80%, 85%, 90%, 95%dan 100%. Ia adalah modifikasi sebuah graf yang menunjukkan peningkatan. BRASS sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dari semua aspek iaitu sahsiah, akademik dan kokurikulum.
  • BENTUK arca yang keras, lurus dan bersegi melambangkan warga BRASS yang berdisiplin tinggi serta sentiasa mematuhi peraturan. Ia juga menunjukkan tumpuan atau kesungguhan dalam mecapai sesuatu matlamat.
  • CORAK pada arca diilhamkan daripada motif kerawang. Ia melambangkan kehalusan dan kelembutan budaya Melayu disebalik ketegasan seni bina yang dtonjolkan. Corak ini juga dipilih bagi menggambarkan kecantikan peribadi serta kehalusan budi pekerti.
  • Lima HURUF yang digunakan iaitu S-M-K-B-R adalah akronim kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin dan juga mewakili lima sifat mulia yang disemai dalam setiap warganya; S-Strength (Kekuatan), M-Moderation (Kesederhanaan), K-Kindness (Kebaikan), B-Brilliance (Kepandaian) dan R-Resilience (Jati Diri).
PINTU MASUK UTAMA SEKOLAH
  
BUKIT RANGIN
Bukit Rangin yang melatari pemandangan sekolah
ARCA BUKU
  • ARCA BUKU terletak di pusingan bulat di sebelah kanan hadapan sekolah.
  • ARCA ini dihasilkan sebagai menyedari kepentingan ilmu yang tiada tolok bandingnya sehingga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China".
  • Perkataan IQRA' yang digunakan sebagai mengmbil iktibar dari wahyu pertama, surah al-'Alaq, yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. yang bermula dengan perkataan tersebut.
MURAL BUNGA
 
  • MURAL BUNGA dilukis di dinding luar bilik-bilik kelas aras bawah bangunan Akademik 1 dan 2.  
  • BUNGA-BUNGA melambangkan pelajar-pelajar BRASS. Bunga adalah satu unsur semulajadi yang hidup seperti semua pelajar-pelajar. Matlamat sekolah adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai keindahan budi pekerti, hati yang mulia serta perwatakan yang baik dan menyenagkan.
  • BATANG BUNGA yang tidak lurus (agak bengkok) menunjukkan pelajar-pelajar yang masih muda dan dalam proses membesar. Pelajar-pelajar boleh dibentuk, dilentur dan dinasihati supaya berubah menjadi insan-insan yang lebih baik dari hari ke hari. Guru-guru sentiasa mempunyai anggapan positif bahawa pelajar-pelajar boleh berubah.
  • LATAR BELAKANG yang menggunakan motif kawasan berbukit atau Tanah tidak rata menunjukkan lokasi sekolah dan nama sekolah ini sendiri - BUKIT RANGIN. Ia juga mempunyai unsur alam dan menekankan nilai menghargai alam semulajadi walaupun negara membangun secara fizikal.
  • TONA WARNA - lapisan warna paling gelap dan semakin cerah melambangkan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar dari hari ke hari.
  • BUNGA yang pelbagai saiz menggambarkan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 yang berbeza dari segi umur dan saiz; kecil, besar, tinggi, rendah, kurus dan sebagainya. Walau bagaimanapun, semua warga BRASS boleh bekerjasama di bawah satu bumbung dengan mengamalkan sikap toleransi serta meghormati satu sama lain.
 MURAL TEORI KECERDASAN 

  •  BENTUK imej yang agak bulat menggambarkan otak atau minda manusia. Motif dilingkari garisan-garisan atau bulatan-bulatan yang semakin besar menunjukkan minda yang aktif, sentiasa berfikir dan mencetuskan idea. Motif ini juga melambangkan pelajar-pelajar yang cerdas, mempunyai kemahiran berfikir serta daya intelek yang tinggi.
  • TEORI KECERDASAN PELBAGAI (Multiple Intelligence Theory) digambarkan dengan lebih daripada satu corak pada mural ini. Ia menggambarkan teori yang menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya 8 jenis kecerdasan. Menurut teori ini, setiap individu mempunyai kesemua kecerdasan tersebut tetapi pada kadar yang berbeza. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Teori-teori tersebut ialah Linguistic (Word Smart), Logical Mathematical (Logic Smart), Visual/Spatial (Picture Smart), Musical(Music Smart), Intrapersonal (Self Smart), Interpersonal (People Smart), Naturalistic (Nature Smart) dan Bodily.Kinesthetic (Body Smart).
  
 ANJUNG LESTARI



ARCA PERPADUAN
  • ARCA PERPADUAN terletak di ruang tengah bangunan sekolah.
  • Arca yang berkonsepkan "PERPADUAN" ini adalah mengenai kesepakatan. Kekuatan perpaduan boleh menghasilkan sesuatu yang ada kalanya mustahil untuk dicapai. Sudah terbukti sejak dahulu kala lagi bahawa empayar yang besar dan kuat mampu dibina melalui keutuhan perpaduan serta mengetepikan perbezaan ideology.
  • BATU-BATU yang menjulang ke atas melambangkan murid dan guru bersatu padu untuk mengangkat batu yang besar dan berat yang mewakili tugas dan tanggungjawab mencabar dalam bidang pendidikan. Dengan kesungguhan dan kesepaduan komitmen, kita mampu untuk menggapai kecemerlangan.
  
 MURAL PROVERBS/SAYINGS





MURAL KETENANGAN 



MURAL KEWARGANEGARAAN

  • MURAL KEWARGANEGARAAN terletak berhampiran Dewan Bitara.
  • Mural ini menonjolkan imej Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan Negara dan Ikrar Rukunegara yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.
  • Warna-warna yang dihasilkan di sepanjang bangunan Bilik Seminar A ini untuk menyemai semangat cintakan negara Malaysia seterusnya berusaha menjadi warga yang baik.

COLOUR CORNER



TAMAN KAKTUS


TAMAN KEMAHIRAN HIDUP




GALERI CENDERAMATA



TEEN PARK


DEWAN BITARA

  • DEWAN BITARA siap dibina pada pertengahan tahun 2008 sewaktu pentadbiran Pengetua BRASS yang ke-2 iaitu Puan Hajah Rokiah binti Ibrahim (yang kini telah bersara).
  • Perkataan BITARA diambil kerana maksudnya yang hebat dan unik iaitu "tiada taranya, hanya satu-satunya" yang merujuk kepada wawasan sekolah untuk menjadi sekolah yang terbilang suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment