MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 11 October 2011

Kejohanan Boling Badan Pengawas

Julung-julung kali diadakan dan sambutannya...boleh tahan malah memberangsangkan! Seramai 65 orang pengawas dari Tingkatan 1 hingga 5 beradu kekuatan kumpulan masing-masing di Megalanes Megamall pada petang Jumaat 7 Oktober. Walaupun ramai juga `juara longkang' tetapi suatu permulaan yang cukup menggalakkan untuk diteruskan sebagai acara tahunan Badan Pengawas. Tidak kurang juga yang sememangnya menunjukkan skill yang agak baik seperti Zahir dan Ahmad Razin. Tengok sajalah gambar-gambar ini....







Kejohanan tamat lebih kurang pukul 6 petang. Kepuasan jelas terpancar di raut wajah para peserta kerana berpeluang menunjukkan `skill' sebanyak tiga pusingan. Ucapan terima kasih wajar diberikan kepada Cikgu Nasri (PK HEM) kerana berusaha mendapatkan tempat dan sumbangan hadiah daripada Megalanes dan Nestle.

Nak tau siapa yang menang?
5 kumpulan terbaik:
1.   Kumpulan Zahir (1613 mata)
2.   Kumpulan Razin (1213 mata)
3.   Kumpulan Afiq (1213 mata)
4.   Kumpulan Haaziem (1182 mata)
5.   Kumpulan Aizad (1144 mata)

Tahniah kepada Ahmad Razin (5 Cendekia) kerana berjaya mendapat skor tertinggi dengan 397 jatuhan pin. Maknanya dialah striker terhebat tahun ni!!!! Harap-harap boleh strike juga dalam SPM.

Kepada para pemenang, tunggulah hari jamuan pada 15 Oktober di Hotel Grand Continental untuk hadiah. So, jangan tak pergi, rugi....

Thursday 6 October 2011

Selamat Hari Lahir Cikgu Nasri!

Macam tau-tau saja. Langkah kami bertiga petang tadi rupa-rupanya langkah kanan. `Orang pejabat' senyap-senyap buat surprise party untuk Cikgu Nasri (PK HEM) yang waktu itu baru saja tamat kelas tambahan 5 Dedikasi. Walaupun majlisnya ala kadar dengan sebiji kek berbunga pink, kuih bakar dan sedikit minuman ringan tetapi cukup untuk menyempurnakan tujuan. Kehadiran kami yang secara tidak sengaja juga turut memeriahkan suasana. Semoga Cikgu Nasri dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati hidup sepanjang hayat, insya Allah....



Tuesday 4 October 2011

Majlis Perpisahan Tuan Haji Abdul Rahim

19 Ogos. Jumaat terakhir Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus di SMK Bukit Rangin. Setelah lebih kurang dua tahun melaksanakan tugasan sebagai Pengetua SMKBR keempat, misi perjuangan beliau perlu diteruskan di SMK Sultanah Kalsom, juga sebagai Pengetua di sana. Majlis perpisahan yang diadakan secara serba sederhana tetapi penuh makna memandangkan pengurusan sekolah sedang sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan percubaan PMR. Beberapa agenda telah diatur sempena majlis perpisahan tersebut antaranya tayangan multimedia, ucapan akhir Tuan Haji Abdul Rahim, penyampaian hadiah dan majlis bersalaman guru dan murid dengan mantan pengetua itu.

Tayangan multimedia sempena Majlis Perpisahan Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus, mantan Pengetua SMKBR (2009-2011). Lagu `Semalam' nyanyian kumpulan Mirwana yang diubahsuai daripada lagu `Yesterday' nyanyian kumpulan The Beatles dalam era 60an merupakan lagu favourite Tuan Haji Abdul Rahim.

Dalam ucapan akhir tersebut, Tuan Haji Abdul Rahim sempat berseloroh dalam kesedihan bahawa beliau tidak mahu semua yang hadir bersedih dengan perpisahan itu kerana beliau hanyalah beralih perkhidmatan ke sekolah lain. Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana mengadakan majlis seumpamanya (yang tidak beliau sangka), beliau juga menitipkan pesanan kepada semua warga untuk memberikan lebih perhatian dan kasih sayang kepada insan-insan yang kurang bernasib baik di SMKBR, tanpa mengira guru atau murid. Ketika cuba menahan hiba di dada, air mata kesedihan gagal juga dibendung apabila menyentuh tentang seorang guru SMKBR yang perlu difahami situasinya oleh semua orang dek kerana tekanan yang dialami tidak sama seperti manusia normal yang lain. Tuan Haji juga berpesan agar semua yang hadir sentiasa perihatin tentang kesukaran yang dialami oleh adik Fakhrul (murid Tingkatan 1 Jati Diri).


Bacaan doa

Ucapan Ketua Murid

Ucapan wakil guru

Ucapan akhir Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus

Cenederamata mantan YDP PIBG, Haji Dhalan

Cenderamata Badan Pengawas

Cenderamata Ketua Kelas

Cenderamata Pengawas Pusat Sumber

Cenderamata bekas murid

Cenderamata Naiem

Bersalam-salaman





Punch card terakhir
Semoga Tuan Haji sentiasa berjaya dalam segala lapangan yang diusahakan. Amanat Tuan Haji akan kami ingat dan pegang sampai bila-bila, insya Allah. Terima kasih sekalung budi Tuan!