04 Mei 2010. Agenda wajib tahunan ialah mengadakan latihan kebakaran kepada semua warga sekolah terutamanya murid-murid supaya tahu apa nak dibuat sekiranya kebakaran betul-betul berlaku. Padamkan semua punca elektrik, keluar daripada tempat kebakaran dengan kadar segera mengikut pelan kebakaran yang telah dibuat oleh pihak sekolah dan berkumpul di kawasan lapang seperti padang sekolah. Pada kali ini, murid-murid SMK Bukit Rangin telah berjaya bergerak dan berkumpul di tempat yang diarahkan kurang daripada 5 minit, iaitu masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, latihan ini akan lebih berjaya sekiranya murid-murid bergerak dalam kadar pantas ketika menuju ke tempat perhimpunan, seolah-olah kebakaran benar-benar terjadi.
Seperti kebiasaan, apabila semua murid telah berada di kawasan perhimpunan, semua guru kelas akan mengambil kehadiran untuk mempastikan tiada murid yang hilang atau `terbakar'. Cikgu Mohd Puzi, penyelaras Unit Keselamatan kemudiannya menyampaikan sedikit taklimat kepada semua yang hadir sebelum dibenarkan bersurai.