Walaupun BRASS hanya berjaya mendapat saguhati dengan hadiah penyertaan sebanyak RM 600, tetap memberi pengalaman yang sangat mahal harganya. Terima kasih kepada pembimbing, Cg Rahaizad Md Din, guru Pendidikan Seni Visual dan Ustazah Farah Wahidah yang banyak membantu sepanjang penyediaan sepanduk. Tahun depan cuba lagi!
MENGENALI SMKBR
SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Thursday, 26 February 2015
Tuesday, 17 February 2015
Merentas Desa
TAHNIAH
kepada pasukan Syahbandar kerana menjuarai acara sukan Merentas Desa pada tahun ini. Bagaimanapun, acara olahraga yang akan menyusul pada bulan Jun ini bakal menentukan siapakah jaguh sebenar. Harapan masih ada untuk pasukan Temenggung, Laksamana dan Bendahara untuk menguji nasib. Tungguuuu!!!
Pelepas, Pengetua Tn Hj Abdul Razak |
Lelaki Ting. 1 |
Monday, 16 February 2015
Lawatan Penanda Aras SEMSAS-BRASS
Lawatan Penanda Aras BRASS ke SEMSAS Kuantan
14 Februari 2015
Guru-guru BRASS bersama guru dan Pengetua SEMSAS (tengah), Tn Hj Abdul Rahim, juga mantan Pengetua BRASS 2008-2009 |
Lawatan Penanda Aras SEMSAS Kuantan ke BRASS
16 Februari 2015
Pengetua SEMSAS, Tn Hj Abdul Rahim bersama Pengetua BRASS, Tn Hj Abdul Razak b Ahmad |
Saturday, 14 February 2015
Friday, 13 February 2015
AWAD
Bermula pada tahun ini, program AWAD @ A Word A Day yang masuk tahun ke-2 pelaksanaannya melangkah lebih jauh apabila melaksanakan 3 bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Bahasa Inggeris dilaksanakan pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Manakala Bahasa Melayu pada hari Rabu dan Bahasa Arab pula pada hari Jumaat. Suatu tindakan bijak dan paradigmatik kerana program sokongan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi minat pelajar kepada subjek-subjek berkenaan dan menaikkan mutu pencapaian mereka dalam peperiksaan.
AWAD Bahasa Inggeris |
AWAD Bahasa Melayu |
AWAD Bahasa Arab |
Semoga program ini dapat mencapai matlamat yang di harapkan.
HOTS @ KBAT
HOTS (High Order Thinking Skills) ataupun KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) merupakan sebahagian daripada nilai yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Ianya merujuk kepada 4 aras teratas Taksanomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan generasi negara yang berfikiran kritis, kreatif, logikal, reflektif dan meta kognitif. Ertinya para pelajar bukan hanya menerima dan mengingat fakta @ teori, tetapi mampu pula mengeluarkan data itu dalam bentuk lain berserta idea baharu.
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan generasi negara yang berfikiran kritis, kreatif, logikal, reflektif dan meta kognitif. Ertinya para pelajar bukan hanya menerima dan mengingat fakta @ teori, tetapi mampu pula mengeluarkan data itu dalam bentuk lain berserta idea baharu.
Thursday, 12 February 2015
Taklimat PBS
Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) BRASS, Pn. Asnor Samiza bt Mohd Salleh di Bilik Mesyuarat. Antara isi taklimat ialah perubahan borang perekodan PBS yang menggabungkan semua subjek dalam satu lembaran. Satu perkembangan baik dan lebih efektif. Sebelum ini murid akan menerima banyak helaian laporan perekodan yang hanya menyumbang kepada pembaziran! Satu pujian harus diberikan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kerana mengambil langkah proaktif untuk perkembangan kemajuan murid Ting. 1, 2 dan 3 agar lebih efisien dan dinamis.
Sunday, 8 February 2015
Majlis Penghargaan dan Perpisahan Pengawas
Majlis diadakan sebagai menghargai 6 orang pengawas Tingkatan 4 yang akan bertukar sekolah kerana mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam ujian PT3 2014. Tahniah dan Selamat Maju Jaya di sekolah baharu!
Wan Edzriani yang akan bertukar ke SM Sains Tunku Kurshiah Seremban |
Khairul Ikhwan yang akan bertukar ke Maktab Tentera Diraja Sungai Besi |
Nordaliana yang bertukar ke SBPI Kuantan |
Norsuraya yang akan bertukar ke SMAP Bentong |
Anis Nabila yang akan bertukar ke SM Sains Seri Puteri Cheras |
Noramiera yang akan bertukar ke SM Seri Puteri |
Tuesday, 3 February 2015
Penetapan Cuti Raya
Berikut ialah penetapan tarikh cuti Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Deepavali bagi tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Pahang bertarikh 26 Januari 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)