Diperkenalkan oleh PK HEM, Tuan Hj Fatthul Mueim bin Bustaman untuk menangani penurunan kehadiran murid BRASS dengan memberi kad merah amaran kepada kelas yang terlibat. Intervensi ini seperti memberi kesan kepada murid-murid kerana berasa tercabar apabila diberi kad merah tersebut kerana akan memberi kesan kepada prestasi kehadiran kelas terbabit. Diharapkan usaha ini akan membuahkan hasil kepada kecemerlangan kehadiran dan akademik murid-murid BRASS.