MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday, 20 April 2023

LAMBAIAN SAYONARA

 Ape kabor yob? Teman doakan kome sihat la yer (amacam, gaya orang Perak tak?😆)

Sebenarnya entri kali ini admin tujukan khas untuk Cikgu Manaf, yang telah bersara pada tahun ini. Tahniah Cikgu Manaf kerana telah berjaya menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru dengan jayanya.

Cikgu Abdul Manaf merupakan seorang guru Geografi di SMK Bukit Rangin(SMKBR). Menabur bakti selama hampir 13 tahun di SMKBR, nama cikgu Manaf memang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah ini. Cikgu Manaf seorang yang aktif dalam sukan badminton dan mendapat jolokan Ardi Wiranata BRASS. Jika Cikgu Manaf bukan seorang guru, mungkin beliau sudah menjadi pemain badminton antarabangsa setanding Ardy Wiranata..Hihi 😁. Pada pendapat admin, Cikgu Manaf seorang yang tenang dan bersahaja. Sebelum bersara, beliau kerap juga  'berkunjung' ke bilik guru berkongsi kisah dan cerita sepanjang bergelar guru dengan kami semua(rakan-rakan guru di bilik guru B). Dan dalam naratif yang dikongsi oleh beliau, admin tertarik dengan kata-kata ini "Ketenangan hidup ialah kunci kebahagiaan". Aje nge yerr! admin setuju! Masakan hidup boleh bahagia sekiranya hati sentiasa diselubungi rasa resah gelisah, bukan? 

Admin berharap agar Cikgu Manaf bertambah tenang dan bahagia selepas bersara ini. Nikmatilah hari-hari persaraan dengan sebaik mungkin, ya Cikgu Manaf. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. 

Admin nak simpan gambar-gambar kenangan sepanjang majlis persaraan Cikgu manaf dalam blog ni untuk tatapan kita semua di kemudian hari..hehe

















ALL OF YOUR GOOD DEEDS WILL NEVER BE FORGOTTEN. THANKS A MILLION💜👍

p/s: Ater, kome jadi ke idok nak menetap di Perak? 😂(sorry cikgu Manaf,teman hanya mencuba😄)

PEMBERIAN DUIT RAYA

 Admin nak kongsi beberapa video ketika majlis pemberian duit raya kepada semua pelajar BRASS pada hari Selasa yang lalu. Masing-masing muka ada senyum..hihi..Bukan nilai yang menjadi ukuran, namun kehangatan Hari Raya jelas dirasai dengan pemberian duit raya ini. Semoga anak-anak BRASS gembira dengan duit raya yang diterima😊





Monday, 17 April 2023

Sunday, 16 April 2023

AL-QURAN PENYULUH HIDUP

 TADARUS AL-QURAN TAHUN 2023/1444H

TARIKH: 14/04/2023

HARI: JUMAAT

MASA: 10.45 A.M - 12.05 P.M

TEMPAT: KELAS MASING-MASING

KAEDAH PELAKSANAAN:

💢Program ini melibatkan semua  pelajar dan guru SMK BUKIT RANGIN

💢Pelajar setiap kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan 

💢Setiap kelas diagihkan juzuk yang perlu dibaca (rujuk jadual)

💢Masa pelaksanaan tadarus adalah 10.45 pagi

💢Pelajar membaca secara bergilir-gilir ayat al-Quran dan disemak oleh ahli kumpulan serta  dibantu oleh guru . Beberapa kelas dibantu oleh Pengawas BADAR

💢Pelajar perlu menyudahkan tugasan yang diberikan, sekiranya masa masih berbaki pelajar digalakkan untuk terus membaca ayat dan terjemahan sehingga pukul 12.05 tengahari



















Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Riwayat Imam Bukhari)