MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 10 April 2010

Merentas Desa 2010

3 April 2010. Acara merentas desa berlangsung dalam keadaan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Bermula pada jam 8.30 pagi, murid-murid dilepaskan di garisan permulaan di hadapan hentian kenderaan berdekatan surau sekolah. Larian menjadi lebih meriah apabila pasukan sekolah kita bertembung dengan pasukan dari SMK Sungai Isap di pertengahan jalan memilih trek larian masing-masing. Acara hanya berakhir pada jam 11.00 pagi dengan kemenangan berpihak kepada Rumah Sukan Syahbandar yang memperolehi 183 mata. Tahniah Syahbandar dan bagi rumah sukan yang lain, that's not the end of the world. It was just a beginning!!!
Jumpa lagi di Kejohanan Olahraga Jun 2010.
Click to play this Smilebox slideshow: Cross-country 2010
Create your own slideshow - Powered by Smilebox

Saturday, 3 April 2010

Lawatan Belajar ke Santuari Penyu Cherating & Stesen Satelit Bumi Beserah

31 Mac 2010. Lawatan belajar selama satu hari ini bermula dengan lawatan ke Santuari Penyu Cherating. Lawatan ini disertai oleh 80 orang ahli Kelab Rukunegara, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Kelab Bimbingan dan Kerjaya. Kami bertolak dari SMK Bukit Rangin pada jam 8.10 pagi dan tiba di Santuari Penyu pada jam 8.55 pagi. Kedatangan kami disambut oleh pegawai yang bertugas, Haji Abd Karim bin Mohd Shah. Kami dihidangkan dengan tayangan video pemuliharaan penyu di santuari dan disusuli dengan penerangan ringkas tetapi padat oleh Haji Abdul Karim. Haji Abdul Karim pandai menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam taklimat beliau menyebabkan kami tidak kering gusi ketika mendengar taklimat tersebut. Beliau kemudian memberi ruang kepada kami untuk bertanyakan soalan ketika sesi soal-jawab. Antara soalan-soalan yang ditimbulkan ialah:
1.   Bagaimana mengetahui umur penyu?
2.   Mengapa hanya 2 spesis penyu sahaja yang mendarat di Cherating iaitu Penyu Agar dan Karah?
3.   Bagaimana mengetahui jantina penyu?
4.   Adakah Penyu Belimbing dianggap spesis pupus atau terancam?
5.   Mengapakah penyu selalu dikatakan menangis?
            Selesai sahaja taklimat, kami bergerak ke galeri pameran penyu dan kolam pemeliharaan penyu. Di situ kami dapat melihat gambar-gambar penyu dan informasi tambahan tentang penyu. Kami juga diberi penerangan tentang pemakanan penyu dan penjagaan. Sebelum bertolak balik, pihak sekolah menyampaikan sumbangan untuk Santuari Penyu. Kami dipelawa untuk datang lagi pada sekitar bulan Mei hingga Ogos kerana waktu itu ialah musim penyu bertelur. Kami bertolak dari Santuari Penyu pada jam 10.20 pagi.
             Lawatan kami diteruskan ke Stesen Satelit Bumi yang terletak di Beserah, Kuantan. Kami tiba di Stesen Satelit pada jam 11.00 pagi. Puan Fauziah membuat laporan kehadiran kami di Pondok Keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan stesen.
             Pengurus Stesen Satelit, En. Mohd Nafiah bin Husin menyambut kehadiran kami dengan penuh ramah. Beliau memberi sedikit taklimat ringkas terutama dalam aspek keselamatan memandangkan stesen adalah tempat terkawal. Jumlah kami yang ramai menyebabkan kami dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut bas yang dinaiki. Setiap kumpulan bertukar giliran ke Bilik Kawalan dan Bilik Taklimat. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di Bilik Kawalan untuk tujuan keselamatan stesen.
              Kami mengambil peluang merakam gambar kenang-kenagan di galeri pameran dan di luar bangunan stesen sehinggalah jam 1.15 petang untuk kami pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Gelora untuk makan tengahari. Tepat pada jam 2.00 petang, kami pun bertolak balik ke sekolah dan tiba pada jam 2.40 petang.
               Ibarat pepatah Melayu, jauh berjalan luas pengalaman. Lawatan ke Santuari Penyu mengajar kami untuk menghargai hidupan alam yang lain seperti haiwan. Mereka juga perlu dilindungi supaya tidak terancam dan mengelakkan daripada kepupusan. Penyu ialah seekor haiwan yang semakin diancam kepupusan ekoran daripada pencemaran alam sekitar dan laut. Stesen Satelit Bumi pula banyak memberi kami pengetahuan tambahan tentang satelit yang jarangkali kita dengar di mana-mana. Di situ kami mengetahui tentang fungsi sebenar satelit iatu untuk perhubungan, ketenteraan dan penyiaran. Kami diberitahu bahawa siaran TV yang diterima di rumah-rumah ialah hasil daripada pemancar yang terdapat di Bukit Pelindung termasuklah di kawasan Beserah itu sendiri dan bukannya daripada pemancar-pemancar yang terdapat di situ! Pemancar-pemancar di situ berfungsi untuk memancarkan informasi di bumi ke satelit di angkasa bagi meningkatkan hubungan telefon dan siaran TV antarabangsa. Kami di beri peluang menonton siaran langsung TV di Macau dan Cuba. Selain itu kami juga di dedahkan dengan maklumat tentang satelit dunia dalam internet. Sesungguhnya lawatan ini telah membuka satu lagi ruang lingkup pemikiran murid-murid ke arah yang lebih dinamis.
Click to play this Smilebox photobook: Santuari Penyu Cherating
Create your own photobook - Powered by Smilebox
This photo book design customized with Smilebox

Click to play this Smilebox photobook: Stesen Satelit Bumi
Create your own photobook - Powered by Smilebox
This free photobook created with Smilebox

Tuesday, 30 March 2010

Science On Wheels

29 Mac 2010. Science On Wheels ialah program anjuran Pusat Sains Negara di beberapa buah negeri termasuk Pahang Darul Makmur dengan menggunakan perkhidmatan bas PSN bersama agensi-agensi jemputan yang lain. Ia adalah selaras dengan pendekatan "Program Outreach di Akar Umbi" yang bertujuan membawa dan memperkenalkan sains ke seluruh negara dalam skala yang kecil dan mudah dibawa. Program yang dilaksanakan berkonsepkan pameran bergerak (mobile units) berserta beberapa pengisian tambahan lain. Program tersebut telah dilaksanakan di SMK Bukit Rangin bermula pada jam 9.00 pagi. Ramai murid dari beberapa buah sekolah di daerah Kuantan hadir untuk menyaksikan pameran tersebut yang berakhir pada jam 4.00 petang.
          Bersempena dengan karnival tersebut, sekolah kita mengambil bahagian dalam pertandingan Facebook Sekolah-sekolah. Hadiah tempat pertama merupakan wang tunai RM 2000.00, tempat kedua RM 1000.00 dan ketiga RM 500.00. Anda dialu-alukan mendaftar sebagai ahli Facebook sekolah kita kerana salah satu syarat untuk menang ialah mempunyai ahli lebih daripada 200 orang selain daripada facebook yang selalu dikemaskini. Satu perkara yang ingin diingatkan di sini agar ahli-ahli tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak ketika memberikan komen-komen atau maklum balas dalam Facebook tersebut. Facebook bukan tempat untuk mengaibkan orang tapi tempat untuk kita berkenalan dan berkongsi pendapat. Gunakanlah ia untuk tujuan yang baik agar membuahkan hasil yang baik, kan! kan! kan!

Click to play this Smilebox slideshow: Science on Wheels
Create your own slideshow - Powered by Smilebox

Mesyuarat PIBG ke-9 & Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

27 Mac 2010. Mesyuarat Agung PIBG ke-9 telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan senarai baru Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2010/12. Pelantikan Ahli Jawatankuasa diadakan secara dwi-tahunan supaya pentadbiran dan perjalanan program-program sekolah dapat berjalan dengan lebih lancar lagi. Pelantikan kali ini menyaksikan Tuan Haji Mohamed Dhalan bin Salleh Tais  sebagai Yang DiPertua PIBG bagi menggantikan Encik Ahmad Subri bin Abdul Rahman. Beliau telah memperolehi kemenangan tanpa bertanding dan disokong sebulat suara. Pemilihan ini dikira tepat dengan komitmen beliau selama memegang jawatan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Rangin semenjak tahun 2001. Beliau sering meluangkan masa menghadiri beberapa program sekolah dan turut menyumbang prasarana di surau sekolah. Terima kasih Tuan Haji Dhalan dan semoga Tuan Haji dapat memberi khidmat yang lebih jitu bersama-sama dengan AJK yang lain demi kecemerlangan SMK Bukit Rangin.
          Beberapa perkara yang diusulkan oleh ibu bapa telah dijawab oleh Penasihat PIBG merangkap Pengetua SMK Bukit Rangin iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus. Kebanyakan perkara yang dibangkitkan ialah cadangan yang boleh diselesaikan secara dalaman dan bukannya usul yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat.
           Mesyuarat PIBG berakhir pada kira-kira pukul 10.30 pagi untuk memberi laluan kepada Majlis Anugerah Kecemerlangan yang akan dirasmikan oleh YB En. Mohd Zaili bin Haji Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Panching.

Click to play this Smilebox slideshow: Mesyuarat PIBG
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Free slideshow design made with Smilebox

Saturday, 27 March 2010

SPM Result 2010

11 March 2010. The SPM result had finally come out as promised. The candidates were only able to get the result at about 11 a.m. at the School Hall after the teachers finished analyzing the overall result and came out with a list of the best 14 students who were 5As and above. The highest score was 8As and 1B. Congratulations to those who achieved with flying colours and don't be upset to those who didn't! What comes around goes around. There might be some other way for you to make up your life.
The achievers with the Principal and the Yang DiPertua PIBG and the School Administrator.

Here are the list of the best ones:
1.    Nur Atiqah bt Roslan                         8A 1B
2.    Raziqin Madiehah bt Abdul Wahid     8A 1B
3.    Abu Ubaidah Amir b Ibrahim             7A 1C
4.    Rohalyanti bt Sapi                              6A 3B
5.    Siti Hajar bt Mohamad Bakri              6A 3B
6.    Puteri Balkish bt Osman                     6A 2B 1C
7.    Muhammad Syafiq b Mat Ali             5A 4B
8.    Nur Ezzati bt Abdullah Zawawi          5A 4B
9.    Nur Sakinah bt Mohd Rosli               5A 3B 1C
10.  Nurul Afifah bt Zamrol                       5A 2B 2C
11.  Mim Murny bt Nor Azman                5A 2B 2C
12.  Abdul Rauf b Abd Bashid                 5A 4C
13.  Nor Azizah bt Mohamed Nor           5A 2C 2D
14.  Nisha Nasdiera bt Mohamad Nasir   5A 1C 3D

After all, don't forget the teachers who guided you and the parents who supported you all this while.
Happy life ahead!!!

Monday, 22 March 2010

PERTANDINGAN KUIZ SAINS DINO TREK 2

13 Mac 2010. SMK Bukit Rangin telah mencatatkan sejarah apabila diisytiharkan sebagai Johan dalam Pertandingan Kuiz Sains Dino Trek 2 anjuran Petrosains (anak syarikat Petronas) di Kompleks Yayasan Pahang. Kemenagan ini sekaligus mengalahkan 44 buah sekolah-sekolah daerah Kuantan dan Pekan. Kejayaan yang membanggakan ini telah membawa pulang hadiah wang tunai sebagnyak RM 700.00 selain daripada hadiah iringan dan sijil penyertaan untuk setiap peserta, guru pengiring dan sekolah.
Peserta: Raziqin Shafieyyah bt Abdul Wahid, Nur Aqilah bt Mohd Rosli,
Fatin Nur Afiqah bt Suris dan Pn. Zakiah bt Malek (Guru pengiring).
           Lebih menyeronokkon lagi apabila Tuan Haji Abdul Rahim, Pengetua SMK Bukit Rangin berbelanja makan tengahari kepada pasukan ini sebagai meraikan kemenangan untuk sekolah. Wow....
           Tahniah dan semoga lebih ramai lagi murid-murid SMK Bukit Rangin yang akan mengharumkan nama sekolah di masa akan datang. Hidup SMKBR!

Friday, 19 March 2010

Antara "Baik" dan "Memuaskan"

Dilema selepas peperiksaan awam. Dilema antara "baik" dan "memuaskan" ini tidaklah kerap berlaku. Namun, ruang "kelakuan" murid yang tercatat dalam sijil berhenti sekolah boleh menimbulkan pelbagai dilema melibatkan pelajar, guru, GPK HEM, Pengetua, PIBG dan ibu bapa/penjaga. Wajarkah dicatat "memuaskan"? Adilkah semua dicatat "baik"? Patutkah "baik" menjadi catatan nilai terendah bagi kelakuan murid?

Senario: Murid bermasalah pembelajaran kerana hilang tumpuan akibat pelbagai masalah peribadi, guru, keluarga dan persekitaran sosial. Sampai ke satu tahap, mereka hilang kawalan diri: pemarah,celupar,tidak memperdulikan peraturan dan arahan,bertingkahlaku musnah yang menimbulkan ketakutan rakan (malang) dan guru (lebih malang bagi sekolah).Usaha memulihkan keadaan murid menjadi sukar walaupun dengan bantuan ibu bapa. Kegagalan siapa? Tiada gunanya mencari kesalahan tetapi refleksi dan analisis amat perlu bagi usaha yang akan datang (perbincangan lain).

Kesan:
1. Guru merekod maklumat disiplin (ada sekolah yang mempunyai sistem 'merit-demerit' yang mantap) dan akhirnya membawa kepada keputusan GPK HEM dan/Pengetua bagi meluluskan catatan sama ada:"amat baik", "baik", "memuaskan", "sederhana" atau yang seumpamanya (barangkali tiada sekolah yang menyediakan pilihan "tidak baik", "tidak memuaskan" atau "buruk").
2. Murid tidak gembira, ibu bapa tidak puas hati, guru rasa bersalah dan PIBG dirujuk untuk membantu.(Jika demikian, saya fikir ini proses demokrasi yang amat sihat. Tiada serangan (maki-hamun) peribadi walaupun di Dewan Rakyat itu dah biasa berlaku).

Dilema 1: Patutkah guru/GPK HEM/Pengetua bertindak demikian (mencatat "memuaskan")? Jika jawapannya "patut", barangkali alasanya ialah:
1.1 Murid telah diingatkan berulang-ulang kali tentang kesalahan serta keperluan bertingkahlaku positif, perbincangan serius telah dilakukan melibatkan murid, ibu bapa, guru kaunseling dan pengurusan sekolah, amaran telah diberikan dan ... penghujungnya:tiada perubahan sikap/tingkahlaku murid,
1.2 Guru/Sekolah bersikap jujur dan tegas (berintegriti)melaksanakan tugas melapor (harapnya juga jujur dan tegas mengambil langkah memulihkan),
1.3 Sijil ini ialah dokumen sah dan rasmi yang sepatutnya memberi gambaran benar; bahkan tepat tentang diri murid. Sebagaimana nama dan nombor kad pengenalannya benar dan tepat,demikian jugalah yang lain-lainnya; hatta tandatangan di hujung sijil itu. Tiada pemalsuan, kepura-puraan atau penipuan. Tiada yang lain melainkan yang benar belaka. Jika kelakuan tidak "seindah" yang tercatat pada sijil, siapakah yang sebenarnya "tertipu" dengan catatan sekolah?
1.4 Sijil ini tinggi nilainya dan mesti terpelihara demikian kerana sijil ini ialah maruah dan identiti sekolah,
1.5 Murid mesti diajar hingga ke hujung persekolahan dan ke "luar pagar sekolah" bahawa: nilai kelakuan/akhlak mesti diambilkira di dunia dan lebih berat lagi nanti di akhirat (bagi yang beriman kepada hari akhirat),
1.6 Sekolah mesti bersedia melayan/menimbangkan/menerima permohonan maaf secara rasmi murid-murid serta menukar catatan "memuaskan" kepada yang "baik".

Jika jawapanya "tidak patut", pertimbangannya mungkin:
1.7 Murid masih mentah dan kurang mengerti, maka mereka patut diberi peluang menyedari kesalahan serta menyedari bahawa sekolah inginkan yang terbaik buat mereka walaupun kelakuan mereka kurang disenangi. Apabila memikirkan semula dan membanding kelakuan sebenar mereka dengan yang tercatat, akan timbul rasa keinsafan.
1.8 Biasanya keputusan mereka tidaklah memberangsangkan. Tidak perlu ditambah "penderitaan" ke atas mereka,
1.9 Sekolah bukan institusi menghukum tetapi mendidik,
1.10 Murid akan faham bahawa sekolah tetap memberikan harapan untuk murid membina keyakinan diri yang positif serta mendoakan kesudahan yang baik,
1.11 Adalah lebih baik/mulia melupakan dan memaafkan kesilapan sesama manusia, lebih-lebih lagi murid kita sendiri,
1.12 Sekolah tidak perlu "susah-susah" memikirkan langkah selanjutnya yang perlu/akan diambil jika timbul persoalan/permohonan/rayuan menukar catatan daripada sesiapa pun,
1.13 Sekolah tidak berniat untuk menggunakan sama sekali catatan kelakuan yang lebih rendah selain "amat baik" dan "baik",
1.14 Sekolah patut mengeluarkan/membatalkan/membuang ruang "kelakuan" dari sijil berhenti sekolah pada masa akan datang.

Dilema 2:Bagaimanakah guru tingkatan menentukan kriteria "baik" dan "memuaskan"? Ini pula barangkali disebabkan:
2.1 Sekolah tiada sistem yang jelas sebagaimana peruntukan terperinci pemarkahan kegiatan kokurikulum yang memberi wajaran A,B,C dan seterusnya. Bagi sekolah yang sedia mantap sistem merit-demerit pun ada guru (bukan semua)masih berkira-kira memberikan catatan bagi murid yang bermasalah disiplin serius,
2.2 Rasa hati pendidik yang sensitif menjadikan mereka berbelah-bahagi kalau-kalau catatan tersebut akan menjejaskan peluang/permohonan melanjutkan pelajaran. "Kalaulah budak ni anak aku, apa perasaan aku?" (dilema berganda),
2.3 Keadilan. Kalau murid kurang baik kelakuannya diberi "baik",maka murid yang baik akan sepatutnya (adil) mendapat "amat baik" dan jika murid lebih baik kelakuannya, mahu di letakkan di dalam kategori mana? Mungkin guru patut/boleh membuat catatan tambahan yang mennjelaskan tentang "sopan santun","budi bahasa", "menghormati orang", "sedia membantu", "bekerjasama", "ramah mesra", "menjadi contoh/model" dan seumpamanya.Bagi pelajar yang layak sekadar "baik"; maka tinggalkan ruang kosong tanpa catatan tambahan.
2.4 Perkataan "memuaskan" itu tidaklah negatif dan subjektif bunyinya bagi sesetengah orang.Jika seseorang melakukan sesuatu mengikut arahan yang dikehendaki, itu sudah memenuhi kehendak/"memuaskan" hati. Jika ditambah perkataan "sangat"/"amat" di pangkalnya, itu sudah lebih daripada "baik". "Memuaskan" memberi makna semacam memenuhi kehendak/keperluan/syarat/kelayakan yang diperlukan;bukanya negatif. Kerana puas hatilah maka kita katakan kelakuan itu "memuaskan".Bahkan ada guru yang mempertahankan bahawa "memuaskan" itu lebih baik daripada "baik". Yang tiada pertikaian ialah kata "sederhana" yang memberi konotasi 50-50."Memuaskan" tentunya lebih baik daripada "sederhana". Rasanya orang tak terkeliru dengan hadis Nabi s.a.w. yang menyatakan sebaik-baik pekerjaan itu yang "sederhana/pertengahan",

Hujungnya:Pengajaran/Refleksi
1. Dilema seharusnya mengajar kita menimbang dengan lebih rasional.
2. Dilema "baik" dan "memuaskan" mencabar minda kita mencari jalan memotivasikan murid agar bukan sahaja menjadi "baik" tetapi "HEBAT" (mengambil pelajaran daripada Jim Collins:"Good to GREAT",
3. PIBG mesti berperanan agar adab belajar dan amalan berakhlak mulia dipromosikan besar-besaran dan membekas ke akar umbi persatuan (ibu, bapa, guru),
4. Cantiknya jika ibu bapa membawa terus anak-anak dan meminta mereka merayu sendiri, meminta maaf serta menyatakan sokongan atas usaha sekolah mendidik murid.
5. Cantik juga jika sekolah membuka peluang dan "terbuka luas" kepada rundingan dan kesepakatan sosial dalam menangani dan mendepani tingkahlaku anak warisan bangsa.