MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 22 June 2013

LADAP 2 : Bengkel Penyediaan Pamflet

 
 
Mempelajari kemahiran menyediakan pamflet menggunakan aplikasi Microsoft Publisher menjadi pilihan bagi memenuhi agenda LADAP 2 kali ini memandangkan banyak yang boleh dimanfaatkan daripada aplikasi tersebut. Program anjuran JK Pusat Sumber Sekolah bersama JK LADAP BRASS ini dianjurkan untuk memberi kemahiran kepada guru-guru untuk menghasilkan pamflet yang berkualiti dan canggih. Bengkel ini dikendalikan oleh Jurulatih dalaman, Pn Zarina Aziz dengan bantuan beberapa orang fasilitator iaitu Pn Roeseliza, Pn Juhaida, Pn Zuhaini, Pn Normysita, dan Pn Norashida.


Pn Zarina Aziz

Program wajib bagi kakitangan kerajaan itu bermula dengan pengenalan kepada MS Publisher serta menu-menu yang disediakan yang boleh digunapakai oleh guru-guru seperti brosur, banner, kad ucapan, label, newsletter, dan sebagainya. Mereka juga didedahkan dengan kemahiran mencari imej dan tulisan menarik dengan menggunakan internet, antaranya Google Images (untuk gambar) dan Dafont (untuk tulisan). Selain itu, All free download juga sangat bagus untuk mendapatkan imej-imej menarik dan tidak pecah!

Di akhir program, guru-guru diminta untuk menyiapkan tugasan menyiapkan pamflet yang telah dimaklumkan sebelum program berlangsung. Tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Kepada yang belum, masa masih ada dan buatlah yang terbaik dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa bengkel. Pamflet yang dihasilkan akan dinilai dan ada hadiah yang menunggu untuk pamflet terbaik!
  

 



 


 
Walaupun guru-guru hanya berpeluang mempelajari kemahiran asas menggunakan MS Publisher disebabkan masa yang terhad, namun masing-masing berasa gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang dapat digunakan untuk tujuan pekerjaan. Semoga kemahiran tersebut dapat diperluaskan lagi melalui latihan yang berterusan. Semuanya bermula dengan kemahuan dan sedikit kreativiti. Practice makes perfect!

Friday, 21 June 2013

Lawatan Belajar ke Pameran Pembentukan Malaysia



Ketibaan kami disambut senyum manis petugas-petugas arkib. Seramai 80 orang ahli Kelab Rukunegara dan Kelab Pencegahan Jenayah BRASS memenuhi ruang pameran tingkat bawah Arkib Negara Cawangan Pahang Indera Mahkota yang tersergam indah. Sedikit penerangan disampaikan oleh salah seorang petugas arkib, Cik Maimunah bt Osman tentang pameran yang diadakan.
 

 
Pameran bersempena Program Lestari Ilmu Pahang 2013 memberi banyak informasi tentang pembentukan Malaysia dan keluarga Diraja Pahang. Para peserta rombongan mengambil kesempatan untuk mencatat informasi-informasi penting lantaran mendapat arahan untuk menulis laporan seusai lawatan ini nanti! Pastinya maklumat yang didedahkan juga mampu membantu mereka mengingat kembali apa yang dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah di kelas.
 
 
 
 

Friday, 14 June 2013

Bicara Putera & Puteri

Program Bicara Putera dan Puteri diadakan untuk kali ke 2 atau setiap tahun.
Program ini adalah untuk menerangkan kepada pelajar tentang kehidupan dunia dan akhirat.
Program Bicara ini telah dipecahkan kepada dua iaitu : 

Pelajar Lelaki di Dewan Bitara yang disampaikan oleh
Ustaz Jamil Haris B Abdul Rahman

Pelajar Perempuan di Surau  yang disampaikan oleh
Ustazah Rohani bt Othman (dari Kelab Rohani Motivation)







MUNAJAT PERDANA 2


OBJEKTIF
  1. Mentarbiyah murid supaya sentiasa bermunajat kepada Allah swt dalam semua aspek kehidupan seharian
  2. Menghayati konsep " raja " (berharap) kepada Allah swt dalam segala hajat yang diigini.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketakwaaan kepada Allah swt dengan melaksanakan amalan sunat yang di syariatkan .
  4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara seluruh warga BRASS
  5. Melahirkan rasa rendah diri kepada Allah swt di kalangan murid .

Imam
Ustaz Nazli bin Mahmud
PK Hal Ehwal Murid BRASS
 











Thursday, 13 June 2013

Tahsin Solat


Objektif 
  • Murid dapat mengetahui cara wuduk yang sempurna
  • Mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh murid
  • Murid dapat memantapkan bacaan bacaan dalam solat
  • Murid dapat melaksanakan rukun Qauli dan Fe'li dengan sempurna
  • Sentiasa menunaikan solat lima waktu dalam kehidupan seharian 
Kumpulan Sasaran
Murid Tingkatan 1 - 5 yang rendah kefahaman solat dan bacaan solat.
 
Fasilitator
1.    Ust Nazli Mahmud
2.    Ustz Sharifah Ruthpa'aiyah Syed Yahya
3.    Ustz Farah Wahidah Bahrim
4.    Ustz Samsiah Mamat
5.    Ustz Zainab Mohd Salleh
6.    Ustz Hjh Umbi Kalthum Abd Manaf
7.    Ustz Hjh Nagyah Abdul Wahid
8.    Ustz Zakiah Abdul Kadir
9.    Ustz Norita Muhammad
10.  Pn Zarina Aziz
 






Thursday, 6 June 2013

Lambaian Kinabalu

Lawatan Kelab Staf BRASS ke Sabah Negeri di Bawah Bayu
pada 4 - 6 Jun 2013
 
Delegasi rombongan di Kota Kinabalu


PK HEM, Ust Nazli merendam kaki di Hot Spring

Azizah Abdullah bersama makanan favourite, sotong

Gunung Kinabalu, gunung tertinggi Malaysia

Pengerusi Kelab Staf, Tn Hj Azhar & isteri, Kak Misah