MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 6 July 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2013

 
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2013 melibatkan 7 unit beruniform dengan jumlah pelajar yang terlibat seramai 107 orang. Perkhemahan ini diadakan bagi merealisasikan sebahagian kecemerlangan kokurikulum bagi mencapai visi kokurikulum SMKBR iaitu " SMKBR Cemerlang Kokurikulum 2013 " 
 
Tempat:
Kem Panching, Hutang Lipur Sungai Pandan Kuantan
 
Tarikh:
5-6 Julai 2013





































Thursday, 4 July 2013

Jamuan Makan Malam Pengawas Tingkatan 5


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung Tanah,
Budi yang baik dikenang jua....

Pertama kali diadakan. Pengawas Tingkatan 5 diraikan oleh Tuan Pengetua dengan jamuan makan malam di Hotel Central Kuantan (KWSP lama...) sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka selama ini dan sebagai galakan untuk membuat yang terbaik dalam SPM tidak lama lagi. Program yang baik seperti ini seharusnya diteruskan kerana mereka ini sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah, tidak kira kurikulum, disiplin atau kokurikulum. Terima kasih kepada pihak pengurusan atas inisiatif ini!
 
Dari kiri: Pn Aini Razik (GB), Pn Haniliza Sulaiman PK 1) dan Pn Zarina Aziz

Ustaz Nazli Mahmud (PK HEM) dan Tn Hj Zaimi Abu Bakar (Pengetua)






 
 
Ucapan alu-aluan
 
Ucapan Tuan Pengetua
 
Surprise!!! Happy Birthday Aida!


Monday, 1 July 2013

Jaguh Bina Badan


 
MUHAMMAD NAIM BIN ROSLAN
Tingkatan 5 Dedikasi

Tarikh lahir:
20 Ogos 1996

Penyertaan:
1. The Gym - 2012
2. Mr IKIP - 2012
3. SUKMA Bina Badan Pahang - 2013

Galakan:
Keluarga dan rakan-rakan

Harapan:
Dapat mengharumkan nama negara dalam sukan bina badan
 
 


Sunday, 30 June 2013

Sukan Olahraga BRASS Kali Ke 10

 
Diam tak diam, Sukan Tahunan BRASS telah berlangsung selama 10 tahun dan semangat warganya, terutama guru-gurunya masih membara dan hangat. Persediaan tetap juga dilakukan dalam keadaan penuh kesibukan mengejar kelas masing-masing yang juga kewajipan utama! Semangat guru-guru mempengaruhi semangat murid-murid. Maka daripada sedikit, penyertaan menjadi semakin ramai dan bersemarak biarpun di saat akhir. Perjuangan tetap diteruskan biarpun anggota badan terasa lenguh dan kebas-kebas. Itulah namanya komitmen. Kokurikulum juga memain peranan dalam pembentukan personaliti dan pencapaian murid di sekolah. Meraikan semangat anak didik seperti suatu kepuasan. Walaupun acara ditagguhkan lebih kurang satu setengah jam disebabkan hujan (mungkin hujan rahmat...), matahari yang sedikit demi sedikit muncul, memancarkan sinarnya sehingga acara berakhir kira-kira jam 2 petang.
 




Saturday, 29 June 2013

Kumpulan As-Shabab Johan Nasyid Mukmin Peringkat Negeri


Tahniah Kumpulan As-Shabab!
Semoga menjadi JUARA pula di peringkat Kebangsaan di Johor pada bulan Oktober nanti.






 
 


 

 
Vokal Terbak - Saiyed Haidir b Saiyed Ismail
 
Pencapaian:
 
Vokal Terbaik - Saiyed Haidir b Saiyed Ismail
Persembahan Terbaik


Anggota Kumpulan As-Shabab:

1. Saiyed Haidir b Saiyed Ismail
2. Solahuddin b Daud
3. Muhammad Amieroel Aqeem b Mohd Lazim
4. Muhammad Ashraf b Mohamed Asri
5. Muhammad Annuar Hakim b Mohd Abdullah
6. Muhammad Aminuddin b Mohamed
7. Mohd Azmil b Mohd Azhar
8. Mohamad Eizlan b Juzilan
9. Abdul Azim b Zainal Abidin

Friday, 28 June 2013

RAPTAI OLAHRAGA & SUKAN BRASS


Latihan Perarakan Setiap Rumah Sukan

Apapun LAKSAMANA Boleh Juara Lagi Insyaallah 

Jangan Marah Ye ... 





SUKANTARA (27/06/2013)



Sukantara acara yang dipertandingkan adalah Larian 100Meter dan lontar Peluru , Kategori Lelaki dan Wanita