MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday, 22 September 2013

Akan Datang...MALAM KESENIAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2013



Marilah beramai-ramai memeriahkan
Malam Kesenian Islam
Sekolah-sekolah Menengah Negeri Pahang 2013
di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin Kuantan (BRASS)
pada Jumaat, 27 September 2013
bermula jam 8.00 malam. 
 
Anjuran bersama:
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan.   
  
Sekolah-sekolah jemputan:
SMK Sultanah Hajah Kalsom Kuantan
Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur Kuantan
SMA al-Ma'arif Kuan
SMK Seri Jengka Maran
SMK Seri Pekan Pekan
SK Permatang Badak Kuantan (jemputan khas)
     
"Kesenian Islam Pemangkin Kesatuan Ummah"

 

Thursday, 19 September 2013

Semoga mendapat haji mabrur...

Pn Zaharah Mad Amin
Panggilan haji telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah...
 
Begitulah antara bait lirik lagu nasyid yang seringkali bergema bila tibanya musim haji. Kali ini Puan Zaharah Mad Amin, SU Peperiksaan pula mendapat panggilan untuk bertandang ke rumah-Nya. Beliau berlepas ke Tanah Suci Mekah bersama suami, Encik Faizal, juga salah seorang kakitangan Lembaga Tabung Haji cawangan Kuantan.
 
Sebelum berlepas, sempat pula beliau mengadakan jamuan tanda kesyukuran. Terima kasih Pn Zaharah dan semoga mendapat haji mabrur. Semoga giliran kami akan menyusul pula satu hari nanti.
 
Hmmm...terasa-rasa haruman Mekah dan Madinah dari kejauhan!
 

Friday, 13 September 2013

Selamat Tinggal SMKBR / BRASS!


Assalamualaikum ...

Disini satu coretan seorang Guru Ganti yang menggantikan guru cuti bersalin iaitu Pn. Asnor Samiza....tahniah! Beliau adalah En.Wan Mohd Syafiq Ikhwan yang mengajar di SMKBR selama 3 bulan. Beliau juga seorang bekas pelajar SMKBR 6 tahun yang lepas ...

Pengalaman semasa mengajar di SMKBR/BRASS?

Seronok mengajar disini, pelajar semua OK, sporting, dengar kata..... walaupun tak semua. Seronok menjadi guru disini. SMKBR bagus kerana ada bacaan al-Ma'thurat dan Yaasiin. NUR ISLAM hidup disini ...

Pengalaman semasa belajar di SMKBR 6 tahun lepas? 

Memang terbaik apabila menjadi pelajar di sini. Guru-guru baik - baik belaka, selalu beri semangat dan mesra pelajar. Walaupun waktu itu tidak seperti sekarang dan pelajar pada masa itu lebih berdisplin, jadi hubungan pelajar dan guru begitu erat....









Terima kasih Cikgu Syafiq!

Thursday, 12 September 2013

Latihan Persediaan Acara Perasmian Sukan Sekolah-sekolah Asia

Latihan persediaan oleh murid-murid Tingkatan 1, 2, dan 4 BRASS untuk
acara perasmian pembukaan Sukan Asia kali Pertama di Kuantan yang
berlangsung sehingga 23 September 2013.
Seramai 183 atlet dari sembilan negara berkampung di bandar ini bagi menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Asia yang julung kali diadakan di sini, bermula semalam hingga Ahad ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, Malaysia menjadi negara pertama menganjurkan kejohanan tiga tahun sekali itu dengan China sebagai tuan rumah kedua pada 2015.

"Keputusan penganjuran itu (untuk Malaysia menjadi tuan rumah) dibincangkan dalam mesyuarat Persekutuan Sukan Sekolah Asia (ASSF) pada 2011 sebelum dibincang oleh kementerian dan diluluskan kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Asia di sini, malam tadi.

Sebanyak 40 pingat emas dipertandingan pada kejohanan kali ini dengan tuan rumah dan Sri Lanka menghantar jumlah peserta paling ramai iaitu masing-masing 35 atlet diikuti India (31 atlet), Hong Kong (24), China (20), Thailand (21), Macau (12), Brunei (empat) dan Filipina (seorang).

Abd Ghafar berkata kejohanan yang melibatkan atlet bawah 18 tahun itu adalah penting dalam menyediakan atlet pelapis negara untuk pertandingan peringkat antarabangsa. - Bernama
 

Friday, 6 September 2013

Kenangan Dua Minggu PK Kurikulum SBPI Kuantan


Hari ini merupakan hari terakhir Pn. Azizah bt Mohd Adenan, Penolong Kanan Kurikulum SBP Integrasi Kuantan di   BRASS setelah dua minggu berada di sini. BRASS telah dipilih sebagai sebahagian kajian kursus NPQEL yang diikutinya. NPQEL merupakan Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.  
 
Apa komen beliau tentang BRASS?
BRASS merupakan sekolah harian biasa luar bandar yang sangat mengagumkan dan layak berada dalam kelompok sekolah klaster  sekiranya    mempunyai  program  dokumentasi yang  baik.  Beliau berasa senang dan berpuas hati selama berada di BRASS kerana budaya kerja warganya yang mudah dan tidak dipaksa-paksa.  Beliau pasti akan merindui BRASS kerana suasananya yang damai. Beliau mengharapkan agar BRASS semakin berjaya dalam visi dan misinya.
 
Terima kasih Pn Azizah kerana komen beliau yang begitu membina dan pastinya akan menaikkan semangat kami di sini untuk membuat yang terbaik. Semoga bertemu lagi!
 
Cenderamata kenangan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi Abu Bakar
 

Selamat Datang SMK Astana!


Program Perkongsian Bestari SMK Astana di SMK Bukit Rangin selama dua (2) minggu. Sepanjang dua minggu tersebut, murid-murid Tingkatan 5 SMK Astana akan menyertai semua program Tingkatan 5 seperti seminar, teknik kemahiran belajar dan program BIP dan IPS.
Selamat Berkongsi dan Selamat Belajar!
















Thursday, 5 September 2013

Bengkel Intensif BIP PMR di Sempurna Resort Kuantan

Pihak sekolah sentiasa berusaha melalui pelbagai cara untuk kecemerlangan anak-anak pelajar. Tidak cukup pembelajaran di sekolah, calon-calon PMR dibawa ke Sempurna Resort Kuantan untuk Bengkel Intensif PMR selama dua minggu.

Bengkel anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dengan kerjasama guru-guru Tingkatan 3 BRASS bersama-sama mengembleng tenaga memberikan tips-tips menjawab peperiksaan yang berguna bagi semua peserta.




 



 
Kepada anak-anak pelajar, gunakan kesempatan yang dinikmati untuk menghasilkan yang terbaik. Jadikan ia sebagai perangsang untuk lebih cemerlang. Jangan sia-siakan harapan yang diberikan semua pihak; guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang kalau tidak diusahakan. Tanyalah kepada mereka yang berjaya. Jawapan mereka pastinya Usaha+Ketekunan+Kemahuan. Cuba baca kisah orang hebat yang berjaya dan kisah bagaimana 25 jenama terkenal antarabangsa bermula. Orang yang berjaya juga tidak pernah berhenti berusaha, malah semakin tekun pula untuk lebih cemerlang. Malah kita sendiri umat Islam diseru 5 kali sehari untuk berjaya melalui seruan azan. Kita juga belajar di sekolah bagaimana usaha 25 orang rasul untuk mengembangkan agama Islam... penuh dengan rintangan dan cabaran. Betul tak? Jadi, tepuk dada tanyalah kemahuan. Pilihan sentiasa ada di tangan anda. Ke kanan atau ke kiri. Kejayaan atau kegagalan.