MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday, 23 October 2013

Majlis Graduasi Kali Ke-2



Bermula tahun 2012, Majlis Graduasi diadakan sebagai menghargai pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menghabiskan fasa  pendidikan peringkat sekolah menengah yang berlangsung selama lima tahun. Majlis ini juga sebagai  salah satu usaha pihak  sekolah dan PIBG untuk  memberi suntikan motivasi kepada kumpulan ini agar lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan SPM yang      
bakal menjelang tiba.

 Diharapkan usaha murni ini dapat dimanfaatkan ke arah kecemerlangan pendidikan yang berterusan di SMK Bukit Rangin (BRASS), kini dan selamanya.
 
Atur Cara Majlis Graduasi
11.30 pagi
Semua Jemputan Mengambil Tempat
 11.45 pagi
Ketibaan Tetamu Kehormat
 12.00 tengah hari
Perarakan Masuk Para Graduan
Perarakan Besar
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Graduasi
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua
Ucapan Tetamu Kehormat
Pembukaan Sidang oleh PK Pentadbiran
Penyampaian Anugerah Bitara Perdana, Bitara Platinum,
Bitara Emas, Bitara Perak dan Bitara Gangsa
Penyampaian Sijil Graduasi untuk Tingkatan 5
Sidang Berhenti Rehat
Persembahan Choral Speaking
Sidang Bersambung Semula
Penyampaian Cenderahati Tetamu Kehormat
Penangguhan Sidang oleh PK Pentadbiran
Perarakan Besar Keluar Dewan
Jamuan
Bersurai

 






 
 
 
 




 

 

 
 



 

Gotong royong Surau al-Falah

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Memulihara keceriaan dan kebersihan Surau al-Falah BRASS sudah menjadi rutin ahli jawatankuasa induk. Kerja-kerja gotong royong ini melibatkan murid-murid dalam usaha untuk mendidik mereka kepada kebersihan yang merupakan sebahagian daripada iman. Kerja-kerja seperti ini juga mendidik meteka untuk menjadi manusia yang bersyukur dan menghargai apa yang ada. 

Sesungguhnya Allah itu cantik, dan Dia juga cintakan kecantikan.






Monday, 7 October 2013

Ujian Kompetensi ICT Pentadbir dan Guru


Semua PENTADBIR dan GURU seluruh negara diwajibkan mengambil Ujian Kompetensi ICT anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 8 Oktober 2013.

Klik alamat website di bawah untuk menjawab soalan :
http://ict-kpm.azurewebsites.net/

Friday, 4 October 2013

Perjumpaan Kumpulan Excel SPM


Kata-kata semangat Tuan Pengetua untuk kumpulan Excel SPM di Anjung Lestari. Beliau menasihati para pelajar untuk tidak melepaskan peluang yang ada dan beusaha untuk masa depan yang lebih baik.
 
Sedikit untuk dikongsikan di sini daripada e-buku "10 Tips untuk Berjaya":
  1. Jangan stress
  2. Berkongsi idea dan maklumat
  3. Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat
  4. Cuba benda/kaedah baru
  5. Ikut jejak idola anda
  6. Kekalkan motivasi diri
  7. Kurangkan rasa malu
  8. Menulis matlamat
  9. Jangan sombong/malas bertanya
  10. Pengurusan masa yang betul



Thursday, 3 October 2013

Pertandingan Surau Peringkat Kebangsaan 2013

Pemantauan dijalankan oleh 3 orang Sektor Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Jika bukan kemenangan, faedahnya tetap berkekalan....
Semoga Unit Bina Insan dan Panitia Pendidikan Islam meneruskan usaha murni ini.
Alhamdulillah dan Tahniah!


































Wednesday, 2 October 2013