MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 8 November 2013

Program Pasca PMR

Melaksana tidak semudah merancang. Program Pasca PMR berlangsung dalam keadaan yang sederhana dan selamat. Usaha Pn. Norita selaku Pengurus Tingkatan 3 layak dipuji kerana telah menjalankan tugasan sebaik mungkin dengan sokongan dan bantuan semua guru mata pelajaran Tingkatan 3 dan Guru Kaunseling. Kekangan tidak dapat dielakkan apabila sebahagian guru-guru yang terbabit tiada di sekolah kerana menghadiri pelbagai mesyuarat/bengkel seperti penandaan kertas PMR, bengkel KBAT, bengkel PBS Tingkatan 3/2014 ataupun mengiringi pelajar ke program luar. Tahniah juga kepada Tingkatan 3 kerana dapat mengikuti program dengan jayanya sehingga ke akhir,

Antara program yang dapat dilaksanakan:
 
1.   Perlawanan Bola Sepak




2.   Mengecat Pusat Sumber dan English Corner
di bawah bimbingan Pn. Noor Aida bt Abdul Latif.


 
3.   Ceramah Vokasional oleh Pensyarah Kolej Vokasional Kuantan:
Tn. Hj Yusof b Jaafar (Ketua Jabatan Perniagaan), En. Amiruddin b Rahman (Ketua Unit Elektronik) dan En. Amir Azlan b Mohd (Ketua Unit Automotif).
 


4.   Kursus Menjahit Manik dan Membuat Kek Keju di Kolej Komuniti Indera Mahkota
 



5.   Program Jati Diri dan Sahsiah Murid di Agro Resort Semuji anjuran JPN Pahang.
- hanya 4 orang wakil yang terlibat.
 
Fatimah Alia berjaya sebagai Tokoh Kepimpinan Terbaik Perempuan
Negeri Pahang
 
 
6. Pertandingan Karaoke
Dimenangi oleh Khairul Anuar dari 3 Jati Diri
 
 
 
 
 
7.   Bengkel Marhaban
Bertitik tolak daripada program Malam Kesenian Islam, penyelaras Tingkatan 3, Pn. Norita Mohammad mengambil kesempatan untuk mendedahkan teknik berzanji dengan lebih mendalam kepada murid Tingkatan 3 melalui program pasca PMR pagi ini. Kemerduan suara penceramah, Ustaz Amran bin Ahmad dari SMK Seri Jengka tidaklah dapat dinafikan. Beliau turut bersama-sama anak didik beliau berzanji pada malam program tersebut. Beliau yang berpengalaman selama lebih 20 tahun sejak dari zaman persekolahan lagi mengharapkan agar kemahiran berzanji (juga dipanggil "marhaban") tidakkan hilang ditelan zaman kerana ia bukan sahaja sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu tetapi juga mengandungi lirik yang memuji Rasulullah s.a.w. 
 

Ustaz Amran bin Ahmad dari SMK Seri Jengka

Ternyata mempelajari ilmu berzanji dan marhaban dalam masa 2 jam bukanlah mudah. Lebih sukar lagi bila melibatkan lenggok suara yang memerlukan kemahiran dan bakat. Ia memerlukan latihan yang berpanjangan untuk mendapat hasil seperti yang diharapkan. 
 
Terima kasih Ustaz Amran kerana sudi berkongsi ilmu yang sukar diperolehi.
Semoga dapat bekerjasama lagi di masa akan datang.
 
 

"Kemerduan suara Nabi Daud a.s. sungguh memukau sehingga burung-burung yang berterbangan berhenti seketika".


8.   Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3


 



       












Hadiah kenang-kenangan dari Tingkatan 3 untuk Guru-guru -
sebuah cermin muka yang amat cantik. Terima kasih!
  
Kepada Tingkatan 3, selamat melangkah ke alam baru di tahun 2014
..... and you will feel the difference!
 

Tuesday, 5 November 2013

Good Luck to All SPM Candidates!

Sajak khas buat mu calon-calon SPM 2013

Bangunlah!
Bangkitlah!
Berjuanglah!
Jangan menyerah sebelum kalah
Jangan biarkan dirimu rebah
Jangan biarkan diri membuat padah
Ingat mak dan abah di rumah
Ingat gurumu di sekolah
Ingat janjimu jangan pernah berubah
Mohonlah kepada Allah
Mintalah petunjuk dan hidayah
Mengiringi usahamu jerih dan payah
Tabahlah!
Yakinlah!
Tawakallah!
Insya Allah!

Jadual waktu SPM
http://www.slideshare.net/ciklaili/jadual-waktu-spm-2013

Selamat Ma'al Hijrah



Friday, 1 November 2013

Cuti Isnin dan Selasa


Hari Isnin dan Selasa cuti!

Menteri Besar Pahang telah mengisytiharkan hari Isnin sebagai cuti umum bagi rakyat Pahang kerana kejayaan pasukan Pahang mara ke Final Piala Malaysia. Manakala hari Selasa pula cuti umum Ma'al Hijrah yang ke-1435.
 
Nikmatilah cuti sebaiknya. Peringatan untuk semua calon SPM, anda akan memulakan peperiksaan penting itu pada hari Rabu, sebaik saja selepas cuti. AWAS!

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2013


Majlis Titisan Ilmu sebagai simbolik guru-guru merestui dan meredai ilmu yang diajar dan dicurahkan selama ini. Guru-guru juga mendoakan semoga semua calon SPM 2013 dapat hadir ke dewan peperiksaan dan menjawab dengan tenang berbekalkan persediaan yang telah dibuat selama hampir setahun






Ucapan wakil murid Ting.5, Nur Aqila Yasmin bt Mohd Zukhi


















Bacalah doa ini sebelum melangkah ke dewan peperiksaan:

 
Semoga segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t.

La Hawla Wala Quwwata Illa bilLahil 'Aliyyil 'Aziim
Tiada kekuatan selain kekuatan Allah yang Maha Besar!