MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday, 10 April 2014

Taklimat Penambahbaikan PBS

Taklimat yang disampaikan oleh Pn. Asnor Samiza

Antara isi kandungan:

1.  Penggunaan DSP digantikan kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Tiada lagi pernyataan Band, Deskriptor dan Evidens, tetapi hanya ada Tajuk, Band dan Deskriptor. Selain itu tiada lagi evidens yg beratus-ratus atau berpuluh-puluh yang mana ianya telah dipermudahkan untuk membolehkan guru mentaksir ikut kesesuaian masa. Guru mengajar mengikut kurikulum kebangsaan.

2.  Tiada lagi Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit. Guru metekod perkembangan murid mengikut modul yg diberikan secara offline.

3.  Sistem SPPBS telah ditiadakan dan digantikan modul perekodan secara offline.

4.  PMR digantikan dengan PT3 (Penilaian Tingkatan 3). Lembaga Peperiksaan akan berikan modul yg mengandungi beberapa pilihan instrumen yg akan ditetapkan oleh pihak sekolah untuk dijadikan sbg instrumen Pentaksiran Pusat. Semakan akan dilakukan oleh guru dgn pemantauan kp dan jwtnkuasa penjaminan kualiti dan seterusnya oleh Pentaksir Luar yg membuat  moderasi dan verifikasi sblm pelaporan dihantar ke Lembaga Peperiksaan. Unit Penilaian dan Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan tempat peperiksaan berpusat serta melantik pengawas di kalangan guru serta unit jadual waktu perlu membuat jadual bertugas mengawas peperiksaan, bkn ikut jadual kelas spt peperiksaan/ ujian biasa.

5.  Matapelajaran yg akan diuji melalui Ujian Bertulis ialah:

  • Science 
  • Mathematics
  • Pendidikan Islam
  • Kemahiran Hidup
  • Bahasa-bahasa Tambahan seperti Tamil, Cina, Arab, Iban dan Kadazandusun 

6.  Matapelajaran yang akan diuji melalui Ujian Lisan dan Bertulis ialah:
        a. B Melayu
        b. B Inggeris

7.  Matapelajaran yang diuji mengikut Instrumen Pelbagai ialah:
        a. Sejarah
        b. Geografi

8.  Jadual Pelaksanaan:
        a. Instrumen Pelbagai
            Pentadbiran : 1-18 Julai
            Penghantaran gred : 15-19 Ogos
        b. Ujian Lisan (bertutur & mendengar)
            Pentadbiran : 6-29 Ogos
            Penghantaran gred : 15-29 Ogos
        c. Ujian bertulis
            Pentadbiran : 12-17 Okt
            Penghantaran gred : 1-14 Nov

9.  Format pentaksiran pusat:
       BM dan BI - ujian bertulis 2 jam, lisan 10-30 min dan mendengar 30 min.
       Sains, Math, KHB dan Pend Islam masa - 2 jam. Semua mata pelajaran hanya 1 kertas shj.

10. Soalan ujian bertulis 60% adalah berbentuk KBAT.

11. Soalan Math dan Sains adalah dwibahasa.

12.  Soalan Math soalan 1-15. Ada 4 soalan KBAT. Boleh guna kalkulator.

13.  Soalan Sains 1-15, 50% KBAT.

PN. ASNOR SAMIZA BT MOHD SALEH
Penyelaras PBS BRASS

Link berkaitan : www.slideshare.net/shukorsudin/format-pt3

Wednesday, 9 April 2014

Pasukan Nasyid As-Shabab dan Syarahan Agama Johan Peringkat Daerah Kuantan

Bermula tahun 2006 sehingga kini, pasukan nasyid sekolah masih lagi mengungguli gelaran Johan dalam pertandingan nasyid bersempena Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat daerah Kuantan 2014/1435H di SK Pandan Kuantan.  Kumpulan As-Shabab (yang dulunya dikenali sebagai Soutun Nasihah) bakal mewakili Kuantan ke peringkat Negeri minggu hadapan di Raub Pahang. Tahniah wa as-syukri lilLah! Semoga berjaya sehingga ke Kebangsaan. 



Tahniah juga diucapkan buat Raziah bt Masum dari 2 Cendekia kerana menyandang Johan dalam Pertandingan Syarahan Agama peringkat Daerah dalam majlis yang sama.


Teruskan Kecemerlangan Menuju Kegemilangan......BRASS!

Bacaan NILAM

Bacaan NILAM anjuran Pusat Sumber dilaksanakan waktu PdP Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara bergilir minggu di perpustakaan.




Tuesday, 8 April 2014

Karnival Bola Sepak 5 Sebelah "Rio To Malaysia" anjuran RTM Pahang


Skuad Bola Sepak Bawah 16 Tahun dinobatkan sebagai Johan dan meraih Piala, medal dan wang tunai RM500. 

Manakala Skuad Bawah 13 tahun menduduki Naib Johan dengan Medal dan Wang Tunai RM200.








Immersion BRASS -SMK Astana





Seramai 20 orang murid Tingkatan 5 dari SMK Astana terlibat dalam program immersion ini dan belajar di kelas 5 Etika yang mengambil subjek Prinsip Akaun.

Semoga bersana-sama memperoleh manfaat.

Monday, 7 April 2014

Pelancaran Minggu PPDa


Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua

Ceramah Bahaya Dadah disampaikan oleh En. Abdullah Sani
dari JPN Pahang


Barisan para pelakon untuk gimik pelancaran

Thursday, 3 April 2014

As-Syabab di RTM

Kumpulan Nasyid BRASS As-Syabab menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di RTM sempena Hari Terbuka RTM Pahang di Kemunting Kuantan.