MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 19 April 2014

Kem Jati Diri dan Kepimpinan Tingkatan 1

PENGENALAN 

  Dalam usaha untuk meningkatkan prestasi MURID dari segi kepimpinan, sahsiah dan akademik, kita sedia maklum bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam mencapai hala tuju sesebuah persatuan. Oleh itu, mereka perlu dibimbing sebaik-baiknya bukan sahaja dari segi kepimpinan tetapi juga pemupukan rohani, emosi, jasmani, sosial, dan intelek. Kebanyakan pemimpin kecil ini masih kurang menyedari matlamat serta hala tuju, mempunyai keyakinan diri yang rendah, konsep kendiri yang longgar, dan kurang menjiwai ciri-ciri kepimpinan yang boleh dibanggakan.

Atas dasar inilah, maka satu program motivasi dan kepimpinan untuk golongan ini perlu diadakan sebagai salah satu usaha mempertingkat pembangunan sekolah secara keseluruhan.

MATLAMAT 

Mempelopori generasi muda berkepimpinan Islam

OBJEKTIF

1.    Membina jatidiri murid dan menanam sikap kepimpinan di usia muda
2.    Memberi pendedahan sebenar kaedah bekerja dalam satu pasukan untuk kejayaan organisasi.
3.  Memberi kesedaran tentang sumbangan dan potensi diri yang perlu ditonjolkan dan menjadi  sumber kejayaan.
4.   Menguatkan mental dan fizikal pemimpin untuk berfikiran positif dan mengikis fikiran negatif jauh  dari diri mereka.

TEMA

“Jatidiri Membentuk Peribadi”


JADUAL AKTIVITI KEM

Hari 1 (18 April 2014)
2.30 ptg     :  Pendaftaran/Taklimat/Pengurusan
4.30 ptg     :  Solat Asar & minum petang
5.00 ptg     :  Kawad kaki bersepadu
6.30 ptg     :  Urus diri & makan malam
7.30 mlm   :  Solat Maghrib/Solat Hajat/Tazkirah/Solat Isyak
9.00 mlm   :  LDK 1 - Ice Breaking & Team Building
11.00 mlm : Rehat/Tidur































Hari 2 (19 April 2014)
5.00 pg     :  Zikir Munajat/Solat Subuh/Kuliah Subuh
7.00 pg     :  Perhimpunan Pagi/Kecergasan/Sarapan
8.00 pg     :  PDK 1 - Explorace & Resolusi
10.00 pg   :  Kudapan
10.30 pg   :  LDK 2 - Pengurusan Organisasi
1.00 tgh    :  Makan tghari/Solat/Rehat
2.30 ptg    :  Ceramah "Keluarga Bahagia Anak Soleh"
4.30 ptg    :  Solat Asar/Minum petang
5.00 ptg    :  Perasmian penutup

Kuliah Subuh oleh Ustaz Zamri






























Nasyid dan Syarahan Agama Peringkat Negeri

Manusia hanya mampu berusaha namun Allah menentukan segala. Pasukan nasyid sekolah As-Syabab hanya mampu menduduki tempat ke-5 dalam Pertandingan Nasyid peringkat negeri Pahang yang diadakan di SMK Dong Raub Pahang. Persembahan yang terbaik pernah dilaksanakan nampaknya tidak mampu mengalahkan pasukan dari Bera yang memperoleh tempat pertama. Diharapkan pasukan As-Syabab di bawah pimpinan YM Tg Hisamudin tidak akan berputus asa dan bersabar untuk meneruskan perjuangan di masa akan datang. 

As-Syabab sewaktu persembahan

Manakala Raziah bt Maksum dari 2 Bestari pula hanya berjaya di tempat ke-3 dalam pertandingan Syarahan Agama di tempat yang sama. Peluang masih ada untuk Raziah di tahun-tahun akan datang untuk bergelar juara. 

Raziah bersama piala dan sijil yang dimenanginya

Apapun, tahniah untuk kedua-dua pasukan nasyid As-Syabab dan Raziah yang berjaya memperolehi pengalaman berharga melalui pertandingan peringkat negeri. Suatu pengalaman  yang bukan semua orang berpeluang mengecapinya. Semoga berjaya pada masa hadapan!

Friday, 18 April 2014

Tarikh Keputusan Kelayakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah

Tarikh : 25 APRIL 2014

Keputusan boleh disemak melalui:
  1. Sekolah asal semasa menduduki SPM 2013
  2. Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www..moe.gov.my
  3. SMS (MOE<jarak>No.KP@ANGKA GILIRAN). Hantar ke 15888
Tarikh pendaftaran : 5 MEI 2014
Tempat : SMK PAYA BESAR


Wednesday, 16 April 2014

Majlis Anugerah Cemerlang & Majlis Kesyukuran 2014

Majlis Kesyukuran yang diadakan serentak dengan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini lebih bermakna dan tepat pada masanya. Program serampang dua mata itu sesungguhnya memenuhi matlamatnya untuk meraikan kejayaan cemerlang calon-calon PMR dan SPM 2013 yang mencatatkan kenaikan prestasi sekolah bagi tahun tersebut. Kedua-dua majlis ini menjadi lebih bermakna dan berseri dengan kehadiran dif-dif kehormat seperti ADUN Panching, Dato' Mohd Zaili b Haji Besar, Tuan PPD Kuantan, Timbalan PPD, Ketua Sektor Kemanusiaan serta Pengetua sekolah-sekolah berhampiran.

Terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir.
Terima kasih juga kepada pihak caterer, ED Caterer yang menyediakan jamuan.
Terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan kedua-dua program ini.












Thursday, 10 April 2014

5 Emas untuk BRASS di MSSP

Pada 7-10 April 2014, 5 orang atlet BRASS telah mewakili daerah Kuantan di Kejohanan Balapan dan Padang MSSP 2014 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Kelima-lima atlet telah berjaya menjuarai acara yang disertai dengan 5 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Tahniah!

Mohd Alif Safwan b Baharuddin terpilih mewakili Pahang ke Kejohanan MSSM 2014 di Kedah pada 3-5 Mei 2014. Semoga membawa pulang EMAS untuk Pahang dan BRASS
       
MOHD ALIF SAFWAN BIN BAHARUDIN
Johan 5000m Terbuka Lelaki

MOHD SHAHIR SHAH BIN MOHD ARIFF
Johan 4x100m L15

MUHD ALIF ASHRAF BIN AHMAD ZAMRI
Johan 4x100m L15
Ke-5 Heptathlon

MOHD LUQMAN BIN MOHD NIZAM
Johan 4x400m L15
Ke-2 100m Lari Berpagar
MOHD NAIM BIN NORDIN
Johan 4x400m L15
Ke-3 200m Lari Berpagar