MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 2 May 2014

Majlis Persaraan Tuan Haji Azhar bin Sudin

Hari yang dijanjikan akhirnya muncul jua. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang datang pasti akan pergi. Berkhidmat sebagai guru selama 40 tahun, Tuan Haji Azhar diraikan dalam majlis persaraan yang penuh gemilang sempena persaraannya pada umur 60. 

Banyak kenangan yang tidak mungkin akan luput dari ingatan. Kem Kepimpinan, lawatan, pot luck, program korban, program motivasi dan kecemerlangan, dan sebagainya...pasti akan mengingatkan kami akan jasa Cikgu Azhar yang bukan sedikit. Usia seperti tidak menghalang beliau untuk terus cergas berkongsi idea dan kerja bersama golongan muda. Hanya keupayaan fizikal yang semakin mundur akibat dari serangan strok pada tahun 1998, kadangkala dan semakin menyukarkan pergerakan. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Cikgu Azhar dalam neniti usia persaraan bersama keluarga tercinta. Jengahlah kami di sini sekiranya ada kelapangan untuk kita berkongsi cerita biarpun tidak lagi sama seperti dulu...

Perjumpaan khas guru-guru bersama Cg Azhar


Potluck guru


Persembahan Nasyid oleh kumpulan As-Shabab


Persembahan Puisi & Lagu

Persembahan pelajar Tingkatan 5


Persembahan multimedia

Deklamasi sajak mengiringi persembahan multimedia
Ucapan Ketua Pelajar, Faisal Izzuddin b Suris




Pengacara majlis, Pn Norazmah dan Pn Sapura



YM Tg Hisamudin,  pakar Siaraya



Nyanyian lagu Pertemuan dan Perpisahan
Hadiah dari Tuan Pengetua,  Tuan Haji Zaimi

Hadiah dari wakil Tingkatan

Gimik turun helikopter dari bekas pelajar, Naeimuddin

Hadiah dari bekas pelajar batch 1998

Hadiah dari kumpulan Sokongan

Hadiah dari Ustz. Sharifah Ruthoa'aiyah

Hadiah dari Bidang Sains dan Matematik

Hadiah dari Panitia Seni Visual

Hadiah dari Panitia Bahasa
Hadiah dari Unit Kaunseling

Hadiah dari GPK HEM, Ustaz Nazli

Hadiah dari GPK 1, Pn Haniliza

The last punch out





Konvoi menghantar pulang


Tahniah diucapkan kepada group AJK Kelab Staf di bawah pimpinan Pengerusi nya, En. Ismail Ali kerana perjalanan majlis yang begitu lancar dan hebat. Bermula dari perjumpaan khas guru-guru ke pot luck sehinggalah ke detik kemuncak Cikgu Azhar berada di atas tandu, semuanya sangat manis dan meninggalkan kenangan yang sungguh mendalam. 

Sesungguhnya,  kekuatan sebuah sekolah berdiri di atas usaha dan kesepakatan warganya. Semoga terus berjaya untuk program-program BRASS yang mendatang. 

Wednesday, 30 April 2014

AWAD : 3rd Season Finale

The third season for A Word A Day (AWAD) program has come to an end. Under the supervision of Teacher Aida, the students have done a great performance for the finale by singing the song 'Let It Go' which is a renowned soundtrack for the Disney film, Frozen. A small sketch is presented as a start by the form 4 Bestari girls; Sh. Aisyah, Aisyah Razali, Fatimah Alia and Nuralia.



It is followed by a symbolic sketch by 10 male students from form 4 Bestari and a few form 3 Dedikasi who simultaneously tear off the negative attitudes on their paper vest during the chorus, and make the positive attitudes come into appearance. It is a symbolic to let go of the bad attitudes which camouflage the students such as coward, shy, reluctant, selfish, etc.



Every cloud has a silver lining. It is only the WILL which can change us into a better person. Choice is in our hands. So, WHY wait?

"Let It Go"

The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation,
And it looks like I’m the queen.

The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn’t keep it in, heaven knows I tried

Don’t let them in, don’t let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don’t feel, don’t let them know
Well, now they know

Let it go, let it go
Can’t hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn away and slam the door

I don’t care
What they’re going to say
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway

It’s funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can’t get to me at all

It’s time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me
I’m free

Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You’ll never see me cry

Here I stand
And here I'll stay
Let the storm rage on

My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I’m never going back,
The past is in the past

Let it go, let it go
And I'll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone

Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway

Monday, 28 April 2014

Ujian PISA bagi Tingkatan 3

Hari ini, semua murid Tingkatan 3 menduduki peperiksaan PISA (Programme for International Students Assessment) yang diadakan setiap 3 tahun sekali. Ia merangkumi 3 subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa. 

Ujian ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. Ujian berlangsung selama 2 jam bagi setiap subjek. Soalan terdiri dari gabungan soalan terbuka (open-ended) dan pelbagai pilihan jawapan (multiple choice).





Sunday, 27 April 2014

Family Day BRASS

Hari Keluarga @ Family Day telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kelab Guru & Staf BRASS di Residence Inn Cherating selama 2 hari 1 malam. Program ini dianjurkan bersempena dengan persaraan Guru Kaunselor, Tuan Haji Azhar bin Sudin yang akan menamatkan perkhidmatan pada 4 Mei ini dan memulakan persaraan pada umur 60. 

Pihak sekolah merakamkan ucapan 'Selamat Maju Jaya' kepada Tuan Haji Azhar dan semoga dapat memanfaatkan waktu persaraan bersama keluarga tercinta. Terima kasih atas sumbangan bakti beliau yang telah berkhidmat di BRASS selama 11 tahun bermula tahun 2003. Banyak kenangan yang dikongsikan terutamanya sewaktu beliau menerajui Kelab Staf sebagai Pengerusi. Antaranya sambutan Hari Guru, 'pot luck' Kelab Staf, rombongan penanda aras ke Langkawi, Sabah, Kuala Lumpur dan Terengganu serta penyembelihan lembu korban sempena Aidil Adha. Kehilangan Cikgu Azhar pasti akan kami rasai nanti. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Cikgu Azhar.

Beberapa acara dianjurkan semasa Family Day antaranya telematch dan Jamuan Makan Malam persaraan. Walaupun tidak semua ahli Kelab Staf  hadir pada program kali ini, tetapi kemeriahannya tetap dirasai. Tidak kurang pula yang sedaya upaya hadir ke jamuan makan malam persaraan walaupun terpaksa memandu dari Kuantan ke Cherating semata-mata untuk bersama memeriahkan majlis yang berakhir pada jam 10 malam. Majlis kali ini pasti tidak akan dapat dilupakan kerana didahului dengan hujan yang sangat lebat yang berlarutan selama lebih kurang 30 minit.








Haji Azhar bersama isteri


Haji Azhar bersama Tuan Pengetua











Selamat bersara Cikgu Azhar.
Semoga berbahagia selamanya dan jangan lupa kami di BRASS!

Friday, 25 April 2014

Penggunaan Chromebook Untuk PdP

Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer. Dalam projek 1BestariNet chromebookdibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah. Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreachmengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.

Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
  1. 1 rak pengecaj beroda chromebook
  2. 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
  3. 1 zoom Yes 4G
  4. 1 AP wireless
  5. 1 Cache Machine
  6. 1 Pencetak Awan (cloud printer)
Para pelajar tekun mencari contoh karangan Bahasa Inggeris
melalui internet dengan menggunakan chromebook semasa kelas IPS. 



Guru-guru di BRASS menikmati kemudahan chromebook ini sebagai ABM untuk membolehkan para pelajar membuat akses kendiri pembelajaran (self-access learning) seperti mencari bahan pembelajaran melalui internet, menaip tugasan dan sebagainya.

Wednesday, 23 April 2014

Solat Dhuha

Unit Bina Insan terus komited dalam menyeru dan mendidik pelajar-pelajar ke arah kebaikan. Salah satu usaha murni yang dimaksudkan ialah Solat Dhuha yang sangat digalakkan kepada umat Islam walaupun ia hanyalah ibadah sunat. Para pelajar diberikan keizinan untuk ke surau sewaktu ketiadaan guru atau waktu relief. Program ini dilihat telah memberi kesan kepada peningkatan sahsiah diri para pelajar secara tidak langsung.




Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
..

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
(Sumber : shafiqolbu)