Program Orientasi Ting. 4 diadakan untuk memberi pendedahan dan makluman terkini kepada murid Tingkatan 4 tentang hala tuju mereka dan mata pelajaran yang akan mereka ambil sehingga peperiksaan SPM 2021. Pakej mata pelajaran ditetapkan mengikut kelayakan dan kesesuaian murid mengikut keputusan ujian PT3 dan ujian psikometrik yang diambil ketika Tingkatan 3 sebelum ini. Pihak sekolah akan memberi nasihat dan bimbingan tentang pakej mata pelajaran yang diberikan supaya murid-murid ini akan bersemangat dan membuat yang terbaik untuk masa hadapan mereka. Selamat belajar kepada anda semua. Teruskan perjuangan anda untuk memberi yang lebih baik dan terbaik buat diri anda, keluarga dan sekolah.
MENGENALI SMKBR
SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Friday, 3 January 2020
Thursday, 2 January 2020
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
Diserikan dengan kehadiran Timbalan Pegawai PPD Kuantan, Tuan Haji Yaakob bin Zaidin sebagai tugasan rutin pemantauan pembukaan sekolah pada hari pertama sekolah-sekolah daerah Kuantan. Tuan Haji Yaakob juga memberi ucapan selamat datang kepada murid Tingkatan 1 yang mendaftar di BRASS. Beliau juga memberi ucapan tahniah kepada murid Tingkatan 4 yang berjaya cemerlang dalam ujian PT3 2019 yang lepas. Terima kasih Tn Hj Yaakob kerana kesudian memberi ucapan sempena hari pertama persekolahan tahun 2020.
Pihak sekolah juga memberi hadiah penghargaan kepada 10 orang murid yang hadir awal ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada mereka dan diharapkan lebih ramai murid berusaha untuk hadir awal ke sekolah dengan penuh semangat dan iltizam.
Tuesday, 31 December 2019
MESYUARAT GURU 1/2020
Seperti kebiasaan, sekolah pastinya dibuka dengan mesyuarat untuk semua guru membincangkan tentang hala tuju sekolah dan pembahagian tugas guru dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum. Tarikh mesyuarat telah ditetapkan oleh Tuan Pengetua mengikut bidang iaitu:
Kurikulum pada 27.12.2019 jam 8.15 pagi
Hal Ehwal Murid & Kokurikulum 30.12.2019 jam 8.30 pagi
Taklimat eRPH & Mesyuarat Panitia 31.12.2019 jam 8.30 pagi
Kurikulum pada 27.12.2019 jam 8.15 pagi
Hal Ehwal Murid & Kokurikulum 30.12.2019 jam 8.30 pagi
Taklimat eRPH & Mesyuarat Panitia 31.12.2019 jam 8.30 pagi
Saturday, 28 December 2019
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1/2020
Seramai 169 orang murid telah berdaftar kemasukan ke Tingkatan 1 di BRASS. Murid-murid ini datang dari sekolah rendah berdekatan iaitu SK Sungai Isap dan SK Bukit Rangin. Mereka ditempatkan di 6 buah kelas seperti kebiasaan. Hampir kesemua murid ditemani ibu bapa masing-masing melalui proses pendaftaran, taklimat, pembelian kelengkapan sekolah di Koperasi Sekolah dan pengambilan buku teks di bilik SPBT. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang ke BRASS. Selamat belajar di BRASS. Semoga anda bakal mencipta sejarah baru di sini dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Thursday, 19 December 2019
KEPUTUSAN PENILAIAN TING. 3 (PT3) 2019
Tahniah kepada empat orang murid Tingkatan 3 yang telah mendapat semua A dalam ujian PT3 yang telah dilaksanakan pada Oktober 2019 yang lalu. Kesemua murid ini dari kelas 3 Bestari.
![]() | ||||
| Calon cemerlang yang mendapat semua A Belakang dari kiri: Fathin, Farhan, Airene dan Izzatul Asyikin. |
Tahniah juga diucapkan kepada calon-calon lain yang berjaya mendapat keputusan cemerlang seperti yang diimpikan. Kepada yang kurang cemerlang, janganlah putus asa. Dunia belum berakhir. Berusahalah selagi bernafas, dan berdoalah semoga Allah mengkabulkan permintaan anda. InsyaAllah pasti berjaya suatu hari nanti.
Saturday, 30 November 2019
BRASS PIBG CHANNEL
Bagi memudahkan ibu bapa dan guru untuk mengetahui perkembangan terkini BRASS, satu channel telegram telah diwujudkan. Caranya mudah saja......
1. Akses link https://t.me/PIBGBRASS
2. Klik JOINT untuk menjadi ahli.
Itu sahaja. Maklumat hanya di hujung jari anda. Sebarkan maklumat ini untuk manfaat bersama!
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































