MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 10 February 2020

PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA PERINGKAT DAERAH KUANTAN

Ziarah Cakna, sebuah program ziarah guru ke rumah pelajar terpilih bersifat menyantuni golongan ibu bapa dan penjaga merupakan inisiatif KPM dalam menerapkan nilai budaya kasih sayang, saling menghormati dan memperkukuh hubungan antara sekolah dan kedua belah pihak.

Selain itu, ia juga untuk memperluas konsep sekolah penyayang. Program ini akan menjadi platform buat ibu bapa dan guru berkongsi perkembangan menyeluruh pelajar dan diadakan serentak seluruh negara pada 9 dan 10 Februari 2020. (Sumber KPM)

Bagi memenuhi agenda ini, majlis dilancarkan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Tuan Haji Miftah bin Haji Surif diiringi oleh Timbalan PPD, Tuan Haji Yaakob bin Zaidin, YDP PIBG, Pegawai Penerangan Polis Sekolah, Tuan Pengetua BRASS dan PK HEM. Tuan PPD kemudiannya menziarahi beberapa buah keluarga yang tinggal berdekatan.













BRASS JUARA NASYID DAERAH KUANTAN


Saturday, 8 February 2020

MUZAKARAH WARIS

Rasional program ini adalah sebagai perkongsian maklumat program sekolah sepanjang tahun 2020 dan keperluan sokongan dari pihak ibubapa dan  penjaga bagi merealisasikan kecemerlangan dalam PT3 dan SPM 2020.














Thursday, 6 February 2020

KEJOHANAN BOLING TENPIN SIRKIT 1 MSSP 2020

U18(P) - Tina (Johan) & Awin (Ke-3)


U15(P) - Aireen (Johan) & Ayu Zerlina (Naib Johan) 

BADMINTON PERINGKAT DAERAH (MSSD)

Pemenang pingat gangsa (badminton) bawah 15 tahun MSSD Kuantan 2020
Muhammad Azim Bin  Hairuddin

Pemenang pingat gangsa (badminton) bawah 18 tahun beregu (P) MSSD Kuantan 2020
Aina Fatanah Binti Mohd Dzulfathi & Anis Mardhiah Binti Mahadi

Pemenang pingat gangsa (badminton) bawah 15 tahun beregu (P) MSSD Kuantan 2020
Nur Adriana Damia & Nur Nabilah Binti Amran

Tahniah team badminton BRASS 👍👍👍💪💪💪