MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday, 14 April 2021

PELANCARAN IHYA RAMADHAN

Pengisian Program Ihya Ramadhan
Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang program Ihya Ramadhan di bawah Unit Bina Insan, Panitia Pendidikan Islam dan BADAR BRASS
  • Tadabur 1 ayat sehari
  • Dhuha Ramadhan
  • Khatam Al-quran individu
  • Infaq Ramadhan
  • Trivia Ramadhan
  • Kuiz Ramadhan
  • Zikir Pagi
  • Buletin Ramadhan
  • Ceramah Nuzul Quran
  • Majlis Tadarus Al-quran
  • Penutupan Ihya Ramadhan
  • Titipan Kasih Aidil Fitri




Monday, 12 April 2021

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2021

Majlis watikah pelantikan pemimpin pelajar sesi 2021 telah berlangsung pada 12 April bertempat di Dewan Bitara BRASS. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bukit Rangin, Puan Hajah Norziah binti Johod. Pelantikan ini melibatkan badan pengawas, badan ketua kelas, badan dakwah dan kerohanian (BADAR), pengawas pusat sumber,  serta pembimbing rakan sebaya. Semoga pelajar-pelajar yang telah dilantik dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab.

Tiang kepimpinan itu ada 5:

1) Perkataan yang benar

2) Menyimpan rahsia

3) Menepati janji

4) Sentiasa memberi nasihat

5) Menjalakan amanah

 -Imam Shafie-


Pengawas

Ketua Pengawas-Amirul Harith

Penolong Ketua Pengawas-Athirah Ridzuan  

Ketua Kelas

BADAR

Pengawas pusat sumber 

Pembimbing rakan sebaya

Thursday, 1 April 2021

APPM BRASS 2020

Apa itu APPM???

Jom tonton video di bawah☺

👉https://www.youtube.com/watch?v=gJlqZDDDun0

Creditvideo: Cikgu Sapura  Mat Zali

Saturday, 20 March 2021

CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ

Ceramah ringkas oleh Ustazah Rohani Othman anjuran UNIT BINA INSAN BRASS dengan kerjasama PERGERAKAN PUTERI ISLAM BRASS. Ceramah berkisarkan tentang konteks memantapkan amalan melalui ibrah peristiwa ISRAK & MIKRAJ. Fokus penyampaian menekankan kepada memantapkan amalan solat. Semoga mendapat manfaat dari ceramah ini.


👉https://www.youtube.com/watch?v=5mdV_M-ya4I

Friday, 9 October 2020

TERIMA KASIH DAUN KELADI TUAN

Alhamdulillah... Rezeki PSS AL-FURQAN, mendapat sumbangan sebuah komputer drpd YB Ustaz Tarmizi, Adun Panching.








Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan