MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 12 July 2013

Hari Pelaporan


Terima Kasih
kepada semua ibu bapa yang hadir mendapatkan laporan pencapaian pelajaran anak masing-masing dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. Kehadiran mereka membuka peluang kepada hubungan tiga hala yang lebih baik antara murid, guru dan ibu bapa. Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak akan terbentuk tanpa adanya hubungan yang erat ini. Segala permasalahan dapat dikongsi dan dirungkai bersama dan akan cuba diatasi secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak. Semoga apa yang dibincangkan bersama dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak BRASS.
 
Sedikit perkongsian tentang sikap prihatin as-Syahid Hassan al-Banna sebagai bapa kepada anak-anaknya dalam buku Cinta di Rumah Hassan al-Banna tulisan Muhammad Lili Nur Aulia (2008). As-Syahid Hassan al-Banna merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimin yang telah mati ditembak pada tahun 1949 di Mesir disebabkan kerja dakwah Islamiahnya. 
 
Beliau merupakan seorang pendakwah yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dakwah kepada umatnya. Tsana, salah seorang anak Hassan al-Banna, mengatakan bahawa ayahnya hanya tidur empat jam sahaja sehari kerana kesibukan urusan hariannya. Walau bagaimanapun, ayahnya sentiasa berusaha untuk bersama-sama keluarga bahkan berusaha meminta tetamu datang ke rumah supaya berpeluang makan pagi bersama anak-anak.
 
Manakala anaknya yang lain, Saiful Islam bercerita, ayahnya Hassan al-Banna melakukan perancangan yang baik untuk anak-anak dengan mewujudkan sebuah carta yang mengandungi semua masalah anak yang penting untuk diberikan perhatian seperti kesihatan dan pelajaran. Carta itu antaranya mengandungi:
a. Tarikh dan sejarah kelahiran
b. Nombor kelahiran
c. Jadual pemberian ubat dan makanan
d. Surat keterangan doktor
e. Keterangan ataupun catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci
f. Ijazah anak-anak
g. Catatan prestasi anak-anak di sekolah.
 
Dan setiap anak-anak al-Banna ada catatan masing-masing! Contohnya, 'Saif perlu peningkatan dalam hal itu dan ini...'. Wafa perlu dibantu dalam mata pelajaran ini....' Banyak lagi yang dilakukan al-Banna dalam memastikan keperluan anak-anaknya dipenuhi sama ada keperluan jasmani mahupun rohani.
 
Sesungguhnya perancangan yang hebat pastinya melahirkan sesuatu yang hebat dengan izin Allah Azza wa Jalla. Bersama-samalah kita menjadi ibu bapa dan guru yang baik untuk masa depan anak-anak yang baru nak mengenali dunia!
 




Tuesday, 9 July 2013

Hadiah Menteri Besar Pahang : Cemerlang PMR & SPM 2012 Kategori Sekolah Luar Bandar

Alhamdulillah!
TabarakalLah!
Semoga KECEMERLANGAN terus menjadi milik BRASS!

Hadiah Menteri Besar Pahang diterima oleh Pengetua BRASS, Tuan Haji Zaimi dan tiga orang wakil murid, Muhammad Faisal Izzuddin, Farhana Nadhirah dan Irdina di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan sempena Majlis Kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang 2013.








Monday, 8 July 2013

Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) Yayasan Pahang PMR 2012


TAHNIAH!!!
 
Penerima HPC terdiri daripada calon cemerlang PMR 2012 dengan keputusan
7A, 8A dan 9A. Mereka menerima sebanyak RM 200.00 seorang.
1. Noor Syakirah bt Mohammad Yusoff
2. Rabiatul 'Adawiyah bt Rosdi
3. Nur Atiqah Nabila bt Mohd Sukri
4. Muhammad Faisal Izzuddin b Suris
5. Nordiyana bt Zaidi
6. Nor Shahira bt Ramli
7. Farhana Nadhirah bt Ahmad Nadzri
8. Mohammad Syuib b Mohamed Faizal
9. Nur Fadhlin Farhanah bt Mohamed Faizal
10. Nurul Shuhada bt Roslan
11. Noor Syafika bt Baharun
12. Norhafizah bt Hamzah
14. Mohd Faris Amin b Mohd Zamri
15. Nuraqilah bt Zulkfli
16. Nur Najmah bt Moh Samsudin
17. Najwatul Syifaa bt Kamaruddin
18. Muhammad Shaiful Bashir b Mohd Azli
19. Mohamad Alif b Mohd Sabri
20. Iylia Riyana bt Rahimi
21. Hazim b Rafidi
22. Muhammad b Affandi
23. Nurfatin Aishah bt Mohammad Rashid
24. Amierul Hakiem b Azhari
25. Mohd Ikmal b Mohd Shariff
26. Muhammad Firdaus b Ahmad Tarmizi
27. Siti Zuraidah bt Adam
28. Iklil Irdina bt Mohamed Al-Khornie
29. Nur Ieffah bt Muhammad Khalil
30. Nur Hidayah bt Abd Samad
31. Wan Nur Akma bt Wan Mazlan
32. Mohammad Amar b Roslan
33. Nur Adila Fitriyani bt Nor Azman
34. Muhammad Syukri Nazmi b Mohamed Nazim
35. Ahmad Ilyas b Azemi
36. Nur Ainaa Amirah bt Che Ku Abu Bakar
37. Ahmad Najmi b Shukhairi
38. Amirah Zafirah bt Amran
39. Wan Syahirah bt Wan Sulong
40. Nornisa Saniah bt Shahudin
41. Nur Ayu Farhana bt Mohd Yazik
42. Fazira Mustika bt Md Mustapha
43. Mohamed Amirul Zuhairi b Mohd Shohaimi
44. Nurul Akmal Shuhada bt Mohd Afandi
45. Nurnadzirah bt Ahmad Kamel
46. Muhammad Saiful Hafizi b Husin
47. Danial Amin b Khalili
48. Tuan Nu Afini bt Tuan Sabri
49. Sharifah Adib Nabilah bt Syed Mohd Muda
50. Nur Aiffah Suraya bt Zainuddin
51. Muhammad Syamil b Hafizin
52. Muhammad Alif Zikri b Mat Sabri
53. Nur Khairein Anis bt Muhammad Khair
54. Nurul Iffah Izyan bt Akhirruddeen
55. Muhammad Aminul Zikri b Abd Rahim 
_________
 
Terima Kasih Yayasan Pahang

Anugerah Bitara 2013


Anugerah Bitara diberikan sebagai peniup semangat kepada murid-murid yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun pada bulan Mei baru-baru ini.
 
Anugerah Lonjkan Saujana pula diberikan kepada murid-murid yang mengalami kenaikan yang ketara dalam keputusan peperiksaan. Semoga KECEMERLANGAN terus tercipta....
 
Sebahagian penerimaAnugerah Bitara. Penerima Tingkatan 3 tidak ada dalam
gambar kerana menduduiki peperiksaan Pra-Percubaan PMR.

TINGKATAN 4
1. Mohd Ikmal b Mohd Sharif
2. Nor Shahira bt Ramli
3. Mohd Faisal Izzuddin b Suris
 
 
TINGKATAN 5
5 CENDEKIA
1. Nur Aqilah bt Mohd Rosli
2. Umi Munirah bt M Shukri
3. Hanis Hazwina b Hasmizam
 
5 BESTARI
1. Muhammad Hakimi Aqil b Abdul Halim
2. Umi Najwa bt Kamarulzaman
3. Muhammad Hasan Azani bt Mohd Halimi
 
5 ETIKA
1. Nur Aqilah Yasmin bt Mohd Zukhi
2. Wan Nur Azizah bt Wan Mohd Fauzi
3. Nr Ariesha bt Rosli
 
5 TERAMPIL
1. Muhammad Sharul Naim b Fatahal Ariffin
2. Nur Nadiah bt Ismail
3. Ain Shafiqah bt Mohamed
 
5 ARIF
1. Daniel Emir Eizzat b Fzulkifli
2. Wan Ahmad Zharif b Zakaria
3. Nurul Huda bt Abdullah
 
5 DEDIKASI
1. Nur Zhahirin bt Mohd Ghazali
2. Siti Nurzamzila bt Sheikh Khalid
3. Tg Muhd Shakir Afdal b Tg Kamarulzaman
 
Anugerah Lonjakan Saujana Tingkatan 5
1. Wa Nur Asyikin bt Wan Ab Razak
2. Nur Syahira bt Raimi
3. Nor Amalina bt Mohammad
4. Ikmal Tarmizi b Mohd Isa
 
 
TINGKATAN 3
3 CENDEKIA
1. Nadhirah Afifah bt Muhammad
2. Harissa Nadhila bt Hazit
3. Aini Nazurah bt Ahmad
 
3 BESTARI
1. Wan Mohd Amirul Farhan b Wan Khairuddin
2. Nur Fatini Izzati bt Sa'adon
3. Nur Asyirah bt Azmi
 
3 TERAMPIL
1. Aisyah Farhanah bt Asruthani
2. Nur Muhammad Imadnudin Afiq b Nor Azhar
3. Nor Afifah bt Abdullah
 
3 ARIF
1. Najla Adriana b Abdul Rahim
2. Muhammad Amirul Hafiz b Adam
3. Muhammad Arif Hakimi b Ahmad Sabri
 
3 DEDIKASI
1. Hidayat Asyraf b Kamrajan
2. Ain Su Haima bt Baharuddin
3. Afrina Syaqira bt Muhammad Yusof
 
3 INOVATIF
1. Muhammad Alif Hakim b Zakaria
2. Norzahidah bt Asmawi
3. Alif Syazwan b Nazeri
 
3 JATI DIRI
1. Abdul Athif Hakim b Che Abd Hadi
2. Nur Syafiqah bt Sukri
3. Hani Syuhada bt Jasmi
 
Anugerah Lonjakan Saujana Tingkatan 3
1. Muhammad Nazman b Nazrun
2. Muhammad Naufal b Tajul Ariffly
 
TAHNIAH!!!
 

Saturday, 6 July 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2013

 
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2013 melibatkan 7 unit beruniform dengan jumlah pelajar yang terlibat seramai 107 orang. Perkhemahan ini diadakan bagi merealisasikan sebahagian kecemerlangan kokurikulum bagi mencapai visi kokurikulum SMKBR iaitu " SMKBR Cemerlang Kokurikulum 2013 " 
 
Tempat:
Kem Panching, Hutang Lipur Sungai Pandan Kuantan
 
Tarikh:
5-6 Julai 2013