MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday, 3 March 2016

SPM 2015 : Terbaik Dalam Sejarah!

GPS : 3.75
NO. 8 DALAM RANKING 10 SEKOLAH TERBAIK KUANTAN
SEKOLAH HARIAN TERBAIK NEGERI PAHANG
9 ORANG CALON SEMUA A

Alhamdulillah! 
Tahniah kepada semua calon SPM 2015 kerana kejayaan CEMERLANG anda. Kejayaan anda merupakan hadiah yang paling berharga buat warga sekolah terutamanya Guru-guru & Ibu Bapa. Semoga kecemerlangan menjadi trade mark SMK Bukit Rangin @ BRASS dahulu, kini dan selamanya, insyaALLAH...

Pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2015 Negeri Pahang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Rosdi b Ismail di Bilik Mesyuarat BRASS dan ini mencatat satu lagi sejarah kepada sekolah kerana pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan itu sepanjang 15 tahun penubuhannya. 

Syabas & Tahniah sekali lagi kepada semua calon dan guru-guru yang tidak pernah mengenal jemu dan putus asa melaksanakan kelas pengajaran sama ada petang / malam mahupun musim cuti sekolah. Segala penat lelah dan pengorbanan akhirnya terbukti dan berbaloi dengan pencapaian cemerlang SPM pada tahun ini. 

Sidang media pengumuman keputusan SPM 2015 Negeri Pahang
di Bilik Mesyuarat BRASS



Calon cemerlang dengan pencapaian 9A dalam SPM 2015
bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Pendidikan
Pahang, Dato' Rosdi b Ismail,
PPD Kuantan, Tn Hj Abdul Rahim b Mohd Yunus,
dan Pengetua BRASS, Tn Hj Abdul Razak b Ahmad

9 orang calon SPM 2015 dengan pencapaian semua A:
1. Nur Muhamad Imadnuddin Afiq b Nor Azhar
2. Muhammad Hafiq b Mohd Bekeri
3. Muhammad Addad b Azman
4. Ameyrah Najihah bt Abdul Halim
5. Mohamed Syaffiq b Mohamed Nasrudin
6. Muhamad Hazwan b Mat Rawi
7. Nur Jannatul Syukrina bt Mohd Soffian
8. Harissa Nadhila bt Hazit
9. Nadhirah Afifah bt Muhamad


Pelajar terbaik, Nur Muhd Imadnuddin Afiq b Nor Azhar






Tuesday, 1 March 2016

Pengumuman Keputusan SPM 2015



Sehubungan itu, pihak sekolah memohon calon-calon SPM 2015 berpakaian kemas dan bersopan, berambut pendek (lelaki), bertudung (perempuan) dan berkasut bagi tujuan mengambil slip keputusan peperiksaan tersebut yang di jadualkan pada Khamis ini, 3 Mac 2016.

Sekian di maklumkan.

Monday, 25 January 2016

MAJLIS ANUGERAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA KELAS & BADAR

Atur Cara  Majlis

8.00 PAGI

¨ Perarakan masuk Tuan Pengetua dan Pentadbir
¨ Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
¨ Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah
¨ Bacaan Doa
¨ Ucapan Tuan Pengetua
¨ Ucapan Perasmian oleh CP Dato’ Sri Sharifuddin b Ab Ghani
Ketua Polis Negeri Pahang
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua  Kelas dan Pen. Ketua Kelas
oleh Pn. Norziah bt Johod, PK Kokurikulum
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan BADAR
oleh En. Nazli b Mahmud, PK Hal Ehwal Murid BRASS
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
oleh Pn. Foziah bt Abdullah, PK Pentadbiran  BRASS
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
oleh Tn Hj Abdul Razak b Ahmad, Pengetua BRASS
¨ Pelantikan Exco Badan Pengawas 2016
oleh CP Dato’ Sri Sharifuddin b Ab Ghani
Ketua Polis Negeri Pahang
¨ Ikrar Pelantikan oleh Ketua Murid
¨ Penyampaian Cenderamata Perasmi
¨ Majlis selesai


Majlis Anugerah

Watikah Pelantikan

Badan Pengawas, Badan Pengawas Pusat Sumber (PSS),Badan Ketua Kelas dan Badan Dakwah & Rohani (BADAR) merupakan antara badan-badan kepimpinan murid yang memainkan peranan yang agak besar dalam membantu guru-guru dalam bidang pengurusan dan disiplin murid-murid. Mereka merupakan murid pilihan yang mempunyai keterampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Justeru,sebagai tanda pengiktirafan kepada mereka Majlis Anugerah Watikah Pelantikan diadakan untuk melantik secara rasmi murid-murid yang telah berjaya dalam tempoh percubaan mereka.

Rasional

Jawatan yang digalas dapat melatih mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.


Objektif

1. Pengawas Sekolah dapat melaksanakan tugasan dalam membantu pengurusan disiplin sekolah khasnya dan pentadbiran amnya.
2. Pengawas Pusat Sumber dapat membantu pengurusan buku dan bilik Pusat Sumber Sekolah.
3. Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dapat membantukawalan murid dan pengurusan dalam kelas.

Pengawas BADAR dapat  menguruskan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian untuk membina insan yang cemerlang