MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 12 August 2019

Majlis Penyerahan Tugas Jawatankuasa Induk Badan Pengawas 2019-2020

Majlis Penyerahan Tugas Jawatankuasa Induk Badan Pengawas 2019-2020 telah diadakan dengan baik pada Isnin, 22 Julai 2019 yang lalu. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk melatih kepimpinan baru yang terdiri daripada Pengawas Tingkatan 4 bagi menerajui jawatankuasa induk Badan Pengawas yang terdiri daripada Exco-Exco bagi portfolio masing-masing. Malah, program ini juga dapat memberikan ruang dan peluang iaitu sebagai persediaan kepada Pengawas Tingkatan 5 untuk memberi tumpuan dan perhatian kepada peperiksaan SPM yang akan datang. Dengan pelantikan yang diadakan ini, diharapkan agar pengawas sekolah dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan integriti bagi mencapai kemajuan yang cemerlang secara progresif dan bersama agar pengurusan disiplin di sekolah menjadi lebih mantap.

Thursday, 2 May 2019

Lawatan Penanda Aras Pengawas Ke Melaka 2019

Ahli Jawatankuasa Induk Exco Badan Pengawas memainkan peranan yang signifikan sebagai penggerak kerja utama dalam membantu mengendalikan Badan Pengawas BRASS. Pengawas Sekolah juga adalah aset sekolah memandangkan prestasi pengawas yang cemerlang dalam pelbagai bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Justeru peranan pengawas yang penting, satu program lawatan penanda aras telah dirancang bersama-sama Jawatankuasa Exco BADAR untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun berkhidmat. SMK Paya Rumput dipilih atas dasar rekod mereka yang mempunyai sistem pengurusan disiplin yang cemerlang
pada peringkat kebangsaan.

Objektif program ini adalah untuk:

1. Memantapkan aspek kepimpinan dalam diri setiap pengawas.
2. Memperoleh maklumat tentang sistem pengurusan disiplin di sekolah lain.
3. Meningkatkan kualiti dan mutu pengawas sekolah dan BADAR bagi memantapkan integriti organisasi.