MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 18 June 2022

SELAMAT TINGGAL KENANGAN

Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh, mengapa perpisahan yang kau pinta?

Bait-bait lagu di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa berat untuk berpisah dengan insan yang pernah mencipta kenangan bersama kita. Namun, begitulah lumrah kehidupan. Ada masa kita berjumpa, berkongsi suka duka bersama dan ada masa untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada insan-insan tertentu yang pernah hadir dalam hidup kita.
Dekat dan jauh seseorang itu bukanlah penghalang untuk kita sama-sama mengekalkan ukhwah yang sedia terjalin. Mungkin perpisahan ini akan menjadikan sesebuah perhubungan itu lebih teguh terjalin. 

Selamat bertugas di tempat baharu buat Puan Zaharah Bin Mad Amin dan Encik Akmal Bin Abdul Kadir. Puan Zaharah akan bertukar ke SMK Selandar, Melaka manakala Encik Akmal akan berkhidmat di Pusat Kegiatan Guru Pantai, Kg Kempadang. Semoga kedua-duanya terus cemerlang di tempat baharu. InsyaAllah































Friday, 17 June 2022

ANAK-ANAK BRASS TERUS GEMILANG

Kejayaan pelajar-pelajar merupakan salah satu detik yang paling indah dalam kamus hidup seorang yang bergelar guru. Pengumuman Keputusan SPM 2021 pada hari Khamis yang lalu telah membuktikan bahawa usaha gigih guru dan pelajar sebelum peperiksaan SPM merupakan pemacu kecemerlangan akademik pelajar walaupun pelbagai halangan terpaksa ditempuh disebabkan oleh pandemik covid 19. 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana tanpa izinNya sudah tentu kejayaan ini tidak akan dapat dicapai. Syukur kerana anak-anak BRASS masih diberi peluang untuk menggenggam kejayaan dan syukur kerana BRASS masih lagi berada dalam kategori 10 buah sekolah terbaik daerah Kuantan.

 Kepada pelajar-pelajar yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang, syabas dan tahniah admin ucapkan kepada kalian semua. Jadikan kejayaan hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang pada masa akan datang. Kekalkan momentum kecemerlangan, ya! Bagi yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Ingat, Thomas Edison telah gagal beberapa kali sebelum berjaya mencipta lampu pertama di dunia. Bangkitlah daripada kegagalan dan melangkahlah ke depan dengan azam dan semangat yang baru. InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik anda..

MEMORI 16/6