MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday, 14 May 2023

Friday, 12 May 2023

ANUGERAH ZOOM KEHADIRAN (APRIL)

 ANUGERAH ZOOM KEHADIRAN (BULAN APRIL)

TARIKH: 10/5/2023

HARI: RABU

MASA: 8.10 A.M -8.30 A.M

TEMPAT: DEWAN BITARA

KEHADIRAN PENUH MURID (APRIL) 👇














Penghargaan kepada adik Rafael
dari kelas 1 Arif
yang telah berjalan kaki dari Jaya Gading
semata-mata untuk hadir ke sekolah.
Telalu awesome! 😘

KEHADIRAN TERBAIK KELAS (APRIL) 👇

TEMPAT 1 - 2 BESTARI

TEMPAT 2 - 1 INOVATIF 

TEMPAT 3 - 5 BESTARI

Saturday, 6 May 2023

AKTIVITI KOKURIKULUM KALI KE-2

PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN

TARIKH: 3/5/2023

HARI: RABU

MASA: 2.30 P.M - 4.00P.M

LOKASI: SEPERTI YANG DITETAPKAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

PERSATUAN BAHASA ARAB

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM

KELAB RUKUN NEGARA

KELAB FOTOGRAFI

KELAB KERJAYA

KELAB KEBUDAYAAN

KELAB PENGGUNA DAN KEWANGAN

KELAB DOKTOR MUDA

Sesi Libat Urus Aktiviti Luar Semasa Cuaca Panas



Thursday, 20 April 2023

LAMBAIAN SAYONARA

 Ape kabor yob? Teman doakan kome sihat la yer (amacam, gaya orang Perak tak?😆)

Sebenarnya entri kali ini admin tujukan khas untuk Cikgu Manaf, yang telah bersara pada tahun ini. Tahniah Cikgu Manaf kerana telah berjaya menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru dengan jayanya.

Cikgu Abdul Manaf merupakan seorang guru Geografi di SMK Bukit Rangin(SMKBR). Menabur bakti selama hampir 13 tahun di SMKBR, nama cikgu Manaf memang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah ini. Cikgu Manaf seorang yang aktif dalam sukan badminton dan mendapat jolokan Ardi Wiranata BRASS. Jika Cikgu Manaf bukan seorang guru, mungkin beliau sudah menjadi pemain badminton antarabangsa setanding Ardy Wiranata..Hihi 😁. Pada pendapat admin, Cikgu Manaf seorang yang tenang dan bersahaja. Sebelum bersara, beliau kerap juga  'berkunjung' ke bilik guru berkongsi kisah dan cerita sepanjang bergelar guru dengan kami semua(rakan-rakan guru di bilik guru B). Dan dalam naratif yang dikongsi oleh beliau, admin tertarik dengan kata-kata ini "Ketenangan hidup ialah kunci kebahagiaan". Aje nge yerr! admin setuju! Masakan hidup boleh bahagia sekiranya hati sentiasa diselubungi rasa resah gelisah, bukan? 

Admin berharap agar Cikgu Manaf bertambah tenang dan bahagia selepas bersara ini. Nikmatilah hari-hari persaraan dengan sebaik mungkin, ya Cikgu Manaf. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. 

Admin nak simpan gambar-gambar kenangan sepanjang majlis persaraan Cikgu manaf dalam blog ni untuk tatapan kita semua di kemudian hari..hehe

















ALL OF YOUR GOOD DEEDS WILL NEVER BE FORGOTTEN. THANKS A MILLION💜👍

p/s: Ater, kome jadi ke idok nak menetap di Perak? 😂(sorry cikgu Manaf,teman hanya mencuba😄)