16 Jan 2010. Gotong-royong bermula seawal pukul 8 pagi dengan kerjasama guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta dan beberapa orang pengawas sekolah di Perkarangan Surau SMK Bukit Rangin. Selain bubur Asyura, satu kawah Bubur Lambuk juga dibuat atas permintaan ramai. Program berakhir sekitar pukul 3 petang.
Sejarah Bubur Asyura dikatakan bermula pada zaman Nabi Nuh a.s. lagi apabila bahtera Nabi Nuh a.s. selamat mendarat di Bukit Juudiy pada hari kesepuluh Muharam. Maka Nabi Nuh a.s. memerintahkan umat baginda memasak makanan dari lebihan biji-bijian sebagai tanda kesyukuran selamat daripada banjir besar dan taufan yang melanda bumi pada waktu itu angkara perbuatan mungkar kaum baginda. Nabi Muhammad s.a.w. pula menggalakkan umat Islam berpuasa kerana fadilatnya yang besar; untuk menghapuskan dosa tahun yang lalu. Mengikut adat orang Melayu pula dikatakan campuran ramuan untuk memasak Bubur Asyura hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura. Wallahua'alam.
wow...bukit rangin..byk kn aktiviti,tingkatkan kejayaan....makin maju sekolah ku ini...hahaha
ReplyDelete