MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 15 May 2021

TUAH JARI-JEMARI SENI SEORANG ANAK BRASS

 Jangan pernah takut untuk mencuba

 Jangan pernah putus asa untuk terus berusaha

Sesungguhnya setiap kejayaan mampu dicipta

Oleh seorang insan biasa 

Yang berusaha secara luar biasa

🌻-------------------------------------------------------🌻

Raihanah Sofiyyah bt Mohd Sabri, dari kelas 5 Terampil merupakan seorang pelajar yang sangat berbakat dalam bidang seni lukis. Mungkin ramai yang tidak menyangka,  anak didik Puan Tuti Malindawati ini telah menyertai banyak pertandingan dalam pelbagai peringkat dan telah mencatatkan pencapaian yang sungguh mengagumkan. Berbekalkan ketekunan, kesungguhan dan kecekalan hati, ditambah pula dengan berkat doa serta dorongan ibu-bapa dan para guru, Raihanah telah berjaya mengembangkan bakat seni yang dimilikinya selama ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Tuti yang telah membimbing dan mengasah bakat Raihanah sehingga beliau berhasil memenangi hampir kesemua pertandingan yang disertainya. Syukur, alhamdulillah🌷

Berikut merupakan antara pencapaian terbaik beliau sepanjang tahun 2020.

Johan Pertandingan Melukis Poster Frontliners
Peringkat Daerah 2020
 Perangi Covid -19#kitajagakita #kitapastimenang
Johan Pertandingan Melukis Doodle Bertemakan
Keajaiban Sains dan Teknologi 2020
Disiapkan dalam masa 2 hari sahaja..ajaib, bukan? ☺
Johan Pertandingan Poster Reka Bentuk Digital 
 Peringkat Negeri Pahang 2020
Admin suka tengok poster ni..cantik! 😍
Johan Pertandingan Komik Anti Dadah Online 
Peringkat Negeri 2020
Harap dapat hasilkan buku komik suatu hari nanti 😁 
 Anugerah Perak Dalam Pameran Komuniti  ArtGeng 
Peringkat Kebangsaan 2020
Pameran dan pertandingan mini karya ArtGeng, Johor 

Terbaru, Raihanah telah menyertai Pertandingan IFAC Japan Peringkat Antarabangsa dan Pertandingan Poster Digital Suruhanjaya Tenaga. Semoga Raihanah dan rakan-rakan yang lain berjaya dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

"Allah sees your splendid effort"
Lukisan yang bertemakan kehidupan masyarakat di Jepun. Menarik!
Bersama guru-guru pembimbing yang bukan biasa-biasa
SEMOGA BERJAYA!
GOOD LUCK!
GANBATTE!

No comments:

Post a Comment