MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 24 August 2022

SEMARAK MERDEKA 2022

 SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2022

TARIKH: 22/8/2022

HARI: ISNIN

MASA: 7.40AM-9.30AM

TEMPAT: DEWAN BITARA

Majlis sambutan bulan kebangsaan  telah berlangsung dengan jayanya pada hari Isnin yang lalu.  Majlis ini penting bagi menyemarakkan lagi rasa cinta akan tanah air dalam kalangan seluruh warga BRASS terutamanya pelajar-pelajar SMK Bukit Rangin. Gimik yang menarik disusuli dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang penuh semangat daripada para pelajar telah menghiasi majlis pada hari tersebut. 

Jom lihat kemeriahan suasana sepanjang majlis berlangsungšŸ‘‡



































Namun begitu, perlu diingat, definisi kemerdekaan ini bukanlah hanya kebebasan daripada penjajahan yang berbentuk fizikal semata-mata  bahkan juga kebebasan daripada penjajahan budaya dan pemikiran.  Alexis de Tocqueville dalam bukunya Democracy in America (1835) melihat akhlak dan dan agama adalah prasyarat kepada kebebasan kerana kebebasan tanpa akhlak adalah tidak bermakna dan akhlak tanpa agama tiada gunanya. Pendeta Agung Za’ba pula mendefinisikan kemerdekaan yang sebenar sebagai kemerdekaan minda dan jiwa yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk oleh empat aspek utama: agama, bahasa, pendidikan dan sikap (akhlak). Aspek terpenting di antara keempat-empat itu sudah tentulah agama. Menurut Za’ba, hanya dengan agama sahajalah jiwa manusia akan mengecapi kemerdekaan yang sebenar.

Diharapkan sambutan bulan kebangsaan peringkat sekolah ini berupaya membentuk serta mengukuhkan jati diri pelajar agar erti kemerdekaan yang sebenar itu dapat dicapai. 


Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/45380/erti-merdeka-yang-sebenar

No comments:

Post a Comment