MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 22 January 2023

BUKAN GURU BIASA

 Jika hari ini seorang pelukis tersohor setanding Leonardo Da Vinci dan Pablo Picasso,

Jika hari ini seorang pereka grafik yang mampu menjana ribuan idea kreatif dan inovatif,

Jika hari ini seorang animator yang berjaya menghasilkan karya semashyur animasi terbitan Les Copaque,

Jika hari ini seorang pereka landskap dengan pelbagai rekaan landskap yang unik dan berestetika,

Jika hari ini seorang profesor seni yang mampu melahirkan graduan seni yang hebat,

Sedarlah, sejarahnya telah dimulakan oleh seorang guru seni yang sabar mengajar melukis dan mewarna.

๐ŸŒน--------------------------๐ŸŒน

Cikgu Tuti Malindawati,

Engkau ibarat karang yang teguh berdiri menabur jasa,

Memberi tanpa meminta balasan apa-apa,

Kerana engkau tahu pengorbanan itu perkara biasa,

Bagi insan yang ikhlas dan berhati mulia.


 Engkau memotivasikan mereka di saat mereka leka,

Engkau menghulurkan tangan di saat mereka lemah tidak berdaya,

Pendek kata, engkau lakukan apa sahaja,

Kerana engkau sedar itulah definisi cinta yang sebenarnya.


Walau di mana engkau berada,

Engkau pasti akan berjaya,

Kerana ketahuilah bahawa,

Engkau bukan guru biasa ๐Ÿ’–





















Daripada Kak Tuti..terasa kesayuannya๐Ÿ˜Œ
Semoga Allah merahmati Kak Tuti juga dan sampai jumpa lagi!
We love you! ๐Ÿ’ž

SELAMAT BERTUGAS DI SABS, KAK TUTI ๐Ÿ’˜

#bukangurubiasa
#seteguhkarang
#permataterusbersinar

No comments:

Post a Comment