Tema warna-warni dipilih sebagai simbolik keceriaan serta kesepakatan warga BRASS meskipun setiap penghuninya memiliki pelbagai ragam serta karenah. Hidup ini bukan hanya dihiasi warna hitam dan putih, namun ia adalah campuran pelbagai warna dan warna -warna ini, sekiranya disepadukan dengan betul, akan menghasilkan satu warna yang begitu mempesonakan dan inilah yang kita dapat saksikan dalam majlis BRASS MESMERISING COLOURFUL NITE pada tahun ini. Alhamdulillah 😇
Admin suka tengok baju-baju yang digayakan oleh cikgu-cikgu dan staff BRASS. Semuanya nampak cantik dan segak😍😎tapi yang paling admin suka:
👉 costume Cikgu Adnan-paling stylo ala-ala Azroy dalam filem Gila-gila Remaja 😅
Apa-apapun, TERIMA KASIH kepada semua yang telah hadir memeriahkan majlis ini. Sebelum itu, admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada Cikgu Sarifah dan juga Cikgu Noor Mala. Semoga kedua-duanya sentiasa dirahmati dan mendapat kasih sayang Allah SWT. Aamiin 💖
No comments:
Post a Comment