MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 21 March 2023

APA CERITA SEKOLAHKU???

-20 MAC 2023-
MAKA BERMULALAH 
SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

GURU-GURU BERTUGAS:
💥PUAN NORAHAYU BINTI MAT JUNOH
💥PUAN NURUL ROZALIN BINTI HAMZAH
💥PUAN NORDALINA BINTI MOHD ISA
💥PUAN SIIT NOR AZURA BINTI ABDULLAH NORHAIRI

Seawal jam 7.00 pagi,  para pelajar telah disambut oleh beberapa orang guru bertugas dengan senyuman yang cukup manis. Guru ceria, pelajar pun rasa seronok je kan untuk hadir ke sekolah😁

Baju baru, beg baru...segalanya baru👍

Kemudian, perhimpunan rasmi diadakan di Dewan Bitara. Puan Pengetua memberi ucapan serta amanat pertama bagi sesi persekolahan 2023/2024 kepada para pelajar 😇




Manisnya senyumanmuuuu~

Yang paling best ialah apabila guru-guru diberi nametag percuma. Admin suka dengan pemberian nametag ini sebab nametag admin pun tak tahu hilang ke mana😅. Bukan admin sahaja yang hepi tau, cikgu-cikgu lain pun suka sangat dapat nametag percuma ni. Tak percaya, tengok gambar-gambar di bawah👇









sukanya bila dia ceriaaa~😂

Seterusnya, lawatan daripada Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Tn Mohd Asri Bin Mohd Yusof. Terima kasih tuan kerana sudi berkunjung ke BRASS. Kedatangan tuan amat kami hargai😊



Makan apa tuuu?? hehe

Kesimpulannya, untuk minggu pertama persekolahan, para pelajar akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah👇


ALHAMDULILLAH, hari pertama persekolahan sesi baharu ini berjalan dengan lancar. Diharapkan para pelajar serta guru-guru akan kekal bersemangat untuk hadir ke sekolah. Hanya dengan SEMANGAT segalanya akan menjadi BOLEH💪

Semoga ALLAH SWT memudahkan urusan setiap warga BRASS 💖

No comments:

Post a Comment