MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 28 January 2023

PELAPORAN AKADEMIK TINGKATAN 5

 SOLAT HAJAT, PROGRAM MOTIVASI DAN PELAPORAN AKADEMIK TINGKATAN 5

TARIKH: 27/1/2023

HARI: JUMAAT

LOKASI: DEWAN BITARA DAN KELAS MASING-MASING











Penceramah jemputan:
Encik Khairul Anuar Bin Abdul Latif dari MSU











Sunday, 22 January 2023

PROGRAM MOTIVASI SPM

Tuan Haji Roslan Bin Mansor memang tidak asing lagi dalam dunia pendidikan terutamanya dalam bidang kaunseling kerana beliau  merupakan bekas kaunselor sekolah. Admin pernah menjadi anak murid beliau dan pernah juga 'dimotivasikan' oleh beliau😂. Beliau merupakan seorang kaunselor yang sangat hebat dan berpengalaman luas. Justeru, admin berharap semoga kata-kata motivasi serta nasihat-nasihat berharga yang telah diberikan oleh Tuan Haji Roslan mampu menyuntik semangat anak-anak pelajar Tingkatan 5 untuk lebih berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi. Terus bermotivasi, ya! Jangan pernah leka walau sesaat kerana "MASA ITU IBARAT PEDANG. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu". Renung-renungkan😇





Terima kasih kerana sudi bertamu ke BRASS.
InsyaAllah, segala motivasi yang telah diberikan
akan memberi impak positif
kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 BRASS.

  Memetik kata-kata Tuan Haji Roslan yang masih segar dalam ingatan admin👇

 'Nak berjaya perlu usaha. Time management itu penting' - Tuan Haji Roslan, 2005 

BUKAN GURU BIASA

 Jika hari ini seorang pelukis tersohor setanding Leonardo Da Vinci dan Pablo Picasso,

Jika hari ini seorang pereka grafik yang mampu menjana ribuan idea kreatif dan inovatif,

Jika hari ini seorang animator yang berjaya menghasilkan karya semashyur animasi terbitan Les Copaque,

Jika hari ini seorang pereka landskap dengan pelbagai rekaan landskap yang unik dan berestetika,

Jika hari ini seorang profesor seni yang mampu melahirkan graduan seni yang hebat,

Sedarlah, sejarahnya telah dimulakan oleh seorang guru seni yang sabar mengajar melukis dan mewarna.

🌹--------------------------🌹

Cikgu Tuti Malindawati,

Engkau ibarat karang yang teguh berdiri menabur jasa,

Memberi tanpa meminta balasan apa-apa,

Kerana engkau tahu pengorbanan itu perkara biasa,

Bagi insan yang ikhlas dan berhati mulia.


 Engkau memotivasikan mereka di saat mereka leka,

Engkau menghulurkan tangan di saat mereka lemah tidak berdaya,

Pendek kata, engkau lakukan apa sahaja,

Kerana engkau sedar itulah definisi cinta yang sebenarnya.


Walau di mana engkau berada,

Engkau pasti akan berjaya,

Kerana ketahuilah bahawa,

Engkau bukan guru biasa ðŸ’–





















Daripada Kak Tuti..terasa kesayuannya😌
Semoga Allah merahmati Kak Tuti juga dan sampai jumpa lagi!
We love you! 💞

SELAMAT BERTUGAS DI SABS, KAK TUTI ðŸ’˜

#bukangurubiasa
#seteguhkarang
#permataterusbersinar

AGIHAN BAP

PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

TARIKH: 17/01/2023

HARI: SELASA

MASA: 1.10 P.M - 1.30 P.M

LOKASI: KELAS MASING-MASING

PELAJAR TERLIBAT: PELAJAR TING 1 - TING 4